CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

October 22, 2013

Resepi Kuih Koci Labu

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Sampailah kita ke entry ke-3 utk hari yang bersejarah ini, iaitu entry syok sendiri dan bajet best - Cara-cara membuat kuih koci labu.




Saya belajar dari opah saya untuk buat kuih ini. Tapi masa 1st time buat, saya tukang bungkus saje. Yang lainnya Opah buat. Haha haih!


Lepas tu gatal pos di facebook, MIL nampak pula. Langsung balik kampung masa Raya Haji, MIL petik nak koci labu. Gila ke tak buat bila MIL suruh buat? Menggagau aku kejap nak fikir balik resepi. Nasib baik ingatan ni memang kuat lah, student lah katakan. Memang cepat tangkap visual dari mendengar. 

Nah resepi.

Inti
Kelapa parut (semua putih taknak tercampur tempurung)
Gula melaka / gula merah
Gula biasa
Daun pandan
Sedikit air

Koci
1/2 Labu (iyalah nama pun koci LABU)
4 cawan tepung pulut
Sedikit garam
Air yg dididihkan utk merebus koci

Santan
Santan kelapa
Tepung jagung
Garam

Kulit
Daun pisang yg dibasuh dan dilayur.

1. Letakkan sedikit air, letak gula melaka/merah, biarkan sehingga cair. 
2. Masukkan kelapa putih, kacau hingga kepala berwarna perang
3. Masukkan gula
Inti kelapa dan santan pekat

Rasa sehingga cukup manis dan lemak. Tak cukup sile tambah gula. Tak cukup perang tambah gula melaka/merah. Masukkan daun pandan, kacau sebentar sehingga sebati dan kering sedikit, tutup api. Sejukkan.

4. Masukkan santan kelapa dalam periuk, masak, letak garam supaya masin sedikit, bila dah masak letak tepung jagung, biar pekat sedikit. Sejukkan letak ditepi.




5. Kukus labu sehingga masak (dalam 15 minit)
6. Lenyetkan labu yg dah dimasakkan dalam mangkuk acuan



7. Habis lenyet, masukkan garam dan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga boleh dibentuk bulan-bulat.



8. Ambil inti, ambil sedikit koci, bentukkan leper, letakkan inti dan bulatkan. Buat sampai habis adunan.

9. Masukkan semua adunan tadi dalam periuk berisi air yg mendidih, masak sehingga timbul ke permukaan air.
10. Angkat dan sejukkan.



11. Ambil daun pisang yg dipotong 4 segi, letakkan santan yg telah dimasak di atas daun pisang, letakkan sebiji koci, dan kemudian curahkan sedikit santan lagi ke atas koci sebelum dibungkus.



12. Siap semua dibungkus, kukus dalam 15 minit sahaja.



Sedia utk di makan. Mudah saja. Tapi banyak step. Aduhai.

0 ideas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...