Sekarang ni saya sangat suka untuk bercakap tentang barang-barang baby *tentulah,kau kan dah masuk geng makcik2* Terbaru, saya rasa barang ni memang agak berkesan bagi baby yang baru nak bertatih-tatih berjalan. Serius.*dgn wajah yg serius habis*
Asalnya, my elder sister yg jual barang-barang baby online telah jumpa baby gear ni yang dikenali sebagai "Moon Walk". So, she decided to try it 1st sebelum menjual. Saya pula seperti biasa jarang yg amat jarang lah sekali nak ambil tahu pasal business kakak saya. Tapi bila saya lihat betapa best nya benda ni masa anak buah saya guna, saya rase – I realy have to share this with all of you yang mengalami masalah anak taknak berjalan walau dah setahun *same prob with my niece*, atau even anak yg baru 7 months tapi dah kuat kakinya, boleh jugak try guna Moon Walk ni untuk melatih dia berjalan sendiri. Jangan risau dia ada mcm safety belt segala supaya baby tak tergolek.
Dari kamu semua terbongkok2 mcm nak patah pinggang dek kerana nak pegang tangan anak semata-mata nak ajar dia berjalan, lebih baik pakaikan dia Moon Walk, dan bawa dia jalan 1 rumah. At 1st, my sis just trained my niece kat dalam rumah saja. Tapi end up rasa mcm perlu make it more fun for her, kami bawa dia jalan-jalan di luar. Hah, pergi Toys r us di Empire Galery, seronok gila dia berjalan macam dah memang pandai jalan kononnya *aku pun letih nak melayan*. Semua benda dicapainya sebab dulu duduk dalam stroller atau didukung aja, tiba-tiba boleh jalan sendiri, memang lepas geram lah kan?
Malas cerita banyak, tengok aja gambar kat bawah ni :
Tengok betapa happy nya Ariana ada Baby dalam stroller |
Hah, shopping bagai nak rak, kaut semua ye? |
Hah! Seronok dia kan? Siap pinjam jap stroller kecik kat Toys r us, berlagak betul. Dulu mama sorong dia, sekarang dia pulak nak sorong bear. Haahaa~ Bukan dalam Toys r us saja kami jalan, tapi 1 Empire gallery tu kami jalan tak payah dukung dia. Cuma jalan slow-slow lah kan *dah langkah kau mcm gajah, dia mcm semut* ikut kan ajelah. Yang lawaknya, nak keluar dari Toys r us, org kat kaunter tu siap tanya, "Moon Walk tu dah bayar ke kak?" waaaaaaaaaaahh! Then my sis jawab, "ni saya punya lah!". Sabar aje lah. Kat Toys r us ada jual juga rupanya. Tapi harganya mahal betul. Sampai RM70. Ish, pelik. Hahaha my sister jual baru RM25 sahaja kat Fesbuk dia.
Ok lah. This entry bukan nak promote Fesbuk sista saya ye. Tapi untuk share info tentang baby gear yg best yg saya pernah nampak supaya kita sama-sama boleh guna. Hehe Selamat mencuba! Tata~
p/s: sila klik pada link kat atas utk ke Fesbuk kakak saya, cakap lah dapat info dari blog adiknya yg comel lagi bergaya ini *mesti sebut comel lagi bergaya sebagai kata kunci*, semoga kau mendapat diskaun lagi dan lagi..bahahahah *ok bergurau sahaja!* atau kalau nak cari di luar pun boleh, pergi toys r us lah. Sure ada :)
5 ideas:
sgt bagus.. ptt ade di stp umah! anak aku pon dah laju n confident jln skg...hehehe
haha bagus!! nanti syamil dah pandai jalan, jalan sampai umah aunty ok!! :D
nak beli jgk la benda alah tu kt kakak ko bleh?huhuh
boleh saje....aku bawa ke opis lah! hahaha senang ko takde delivery charges...huhu
bgsla blh try bli...
Post a Comment