June 30, 2011
Plump Piece yang Lazat!
Di suatu petang yang hening, saya ternampak mereka post gambar dimukabuku masing-masing. Gambar baju-baju dan barang-barang berjenama tetapi tak muat lagi. SEDIH!
Menggunung bukan? Dan mereka nak buat kelakar pergi buang sahaja sebab almari dah sendat mcm ni.
Ooppss, cartoon itu tak menggambarkan bentuk sebenar kawan baik saya itu. Muahahahha Tapi pintu almari memang begitu lah kaedahnya kalau nak tutup. Azab!
Lantas saya pun terus beri cadangan kepada mereka dua beradik, supaya buka online shop menjual pre-loved item. Yes! Saya tau saye bijak. Terima Kasih. Maka dengan itu, wujudlah :
Menjual pre-loved item yang pelbagai. Untuk ladies dan gentleman. Dari baju, kepada kasut, kepada beg. Semua ada. Bagi saya, tak salah beli baju-baju pre-loved yang branded with low price. Asalkan kita yakin dengan owner barang-barang tersebut!
Ok guys! Sila lah menjenguk, ke Plump Piece. Kalau ada yang berkenan dihati sanubari, just email or text Emy, tapi mcm biase, nyatakan kata kunci "Aini yang comel lagi bergaya" muahahahahhahaha kidding lah!
Love you guys! Daaaaa~!
p/s: sesungguhnya saya tiade share dalam business ini. Hehe
June 22, 2011
Salah ke tak pindah rumah lepas kahwin?
Ok, looser gile lah. Sekarang baru nak cari rumah sewa. Dulu lepas kahwin taknak cari rumah sewa. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak cari rumah sewa. Ermmmm…..masa mula-mula kahwin, ramai tanya "taknak pindah?" ada pulak tanya "lepas ni duduk mana?" ade lagi jugak tanya "dah beli barang masuk rumah baru?" ek eleh. Soalan nak sama aje semua orang. Hati pun jadi panas.
Seriously, I don't have any reason to move dari rumah mama. The 1st thing mama said to me before married is, "tak payah pindah, duduk sini dgn mama". I do not know on what reason mama cakap macam tu, tapi saye setuju. Kenapa? Sebab saye takda rase keperluan untuk pindah. Tanya hub pun, dia kata tak payah lah. Nanti dulu. So I happy. Mungkin mama tak percaya lagi saya boleh atau tak jaga suami sendiri. Dia pun takut suami saya tak makan ke, baju tak basuh ke segala, so when she is around me, dia akan remind saya macam-macam perkara supaya saya taklah lalai sangat. It is ok. Saya sebenarnya boleh buat kalau dia tiada dekat dgn saya. Hahah Boleh ke? Boleh-boleh-boleh!
Tapi saya tak suka lah bila ada jugak orang-orang perasan bagus gila nak bercakap tentang kami suami isteri. Kononnya taknak keluar dari rumah mama sebab nak hidup senang. Tak payah masak, tak payah kemas, tak payah sidai baju, tak payah basuh kain, basuh pinggan segala. HELLO!!! Mahu saja saya maki mereka. Tapi dah dasar dangkal, lebih baik biarkan saja.
Let me tell you the truth, blog ni pun mama baca, hub baca, my siblings pun baca, so tak ada makna aku nak menipu dalam blog ni. Duduk sekali dengan parents after married bukan lah sesenang yang semua orang sangkakan. Bukan lah semudah mana, sampaikan segala benda tak payah buat. Nama pun TANGGUNGJAWAB, tak berkurang tanggungjawab seorang isteri dan ibu walau sedikit tak kira dimana dia berada. Tanggungjawab melangkaui batas masa. Melangkaui batas tempat.
Ok. Listen here, saya tulis entry ini bukan nak memenangkan mereka yang tinggal dengan parents atau parents in law after married ye. Banyak lagi keje aku dari nak buat perbandingan. Sebab saya percaya, duduk sendiri atau duduk dgn PIL, sama sahaja cabarannya. Cuma cabaran datang dari sudut yang berlainan. Tapi tetap, cabaran adalah cabaran.
Jangan lah nak banding-banding aku menyampah kot! Jangan lah asyik nak kata hidup anda lebih berdikari, yg duduk kat rumah parents or PIL tak berdikari, lagi lah aku geli dengar. Sama saja. Duduk rumah sendiri tak bermakna anda tak perlu masak. Tak bermakna tak perlu basuh kain, sidai kain, mop lantai, vacum rumah segala mak nenek. Itu bukan saye, tapi mungkin anda kot, yg duduk sendiri. Mungkin anda yg akan jadi macam tu kalau duduk dgn mak bapak sendiri. *emo kejap*kening angkat sikit*
Cabaran sama sahaja. Ada anak, sama jugak. Dalam pantang mungkin lah anak saya boleh tidur dengan my mum sehari dua sebab kita dalam pantang operation, ada difficulties sikit-sikit, tapi lepas pantang, mimpilah kau kan nak suruh mak sendiri tidur dengan cucu dia. Memang die "NAK" sangat! I don't know lah your mum, but mine, memang tidak lah. She always reminds me that, "semua anak mama, mama jaga sendiri, tak pernah bagi Opah. I expect the same thing from all of you. I won't help you on raising your own children, because I want you to know how hard it is and at the end, baru you akan appreciate every single moment with them" Tapi kalau dia sendiri request nak tidur dengan cucu dia or whatsoever, itu lain, untuk saya suruh dia tidur dan jaga cucu dia semata-mata saya nak berehat, memang kirim salam lah weh!
Hidup dengan PIL or parents sendiri memang agak komplex. Buat air termanis, atau tertawar, kena tegur. Basuh pinggan tak bersih kena tegur. Bilik tidur tak kemas, kena tegur. Baju bertimbun tak basuh, kena tegur. Sampaikan tak duduk semeja layan suami makan pun saya akan kena marah. Ada anak? Dukung je anak, duduk sekali kat meja makan. Layan saje suami makan. Mana nak datang senang? Lebih mencabar kot. Setiap perkara orang perhatikan. Kalau suami sendiri dah makan padahalnya, tapi die memang ada muke mcm org lapar, sure mama akan tegur, "adeq, wan tu tak makan lagi ke? Kenape tak bagi die makan dulu lepas balik kerja tadi?" hah…tension?? Harusss. Mencabar tak hidup tu? Sebab everything must be perfect. Kalau duduk rumah sendiri boleh mengelat-mengelat kot. Sape nak marah pun tak? BUT, I believe kalau anda isteri mithali tak perlu ade orang ingatkan, duduk rumah sendiri atau ruman PIL / parents sendiri, semuanya akan dibuat sehabis baik sebab? Tanggungjawab!
Isteri yang baik, duduk rumah sendiri atau rumah parents, dia tetap jalankan tugas dia. Isteri yang baik, tak berkira, dalam buat hal rumahtangga. Dan paling penting, isteri yang baik, tak sibuk bandingkan kesibukkan dia hari-hari kat rumah dgn kesibukkan isteri orang lain. Hah..padan muka kau! Aku kasi tepat. Mind your own business.
Seriously tak menangkan orang yang duduk dengan parents dan tak pulak mencemuh yang duduk sendiri. Saya sangat rasional. Cuma kalau orang tidak rasional dalam percakapan dia, terutama yang banyak sangat komplen-komplen dan duduk nak banding-banding, saya memang diciptakan Allah untuk bagi anda sikit "tamparan" harap maklum.
Harap anda di luar sana lebih rasional bila berkata-kata. Kita bercakap tak boleh dari hasil penelitian yang mudah. Nampak orang tu senang duduk dengan parents dia, kita cakap semua yang duduk dgn parents after married adalah org yang memang nak hidup bersenang lenang. Nampak orang tu duduk sendiri after married, dan nampak dia struggle gila nak hidup laki bini, kita pun terus letak perception, oh hidup sendiri adalah much more challenging dan akan bantu jadi lebih matang. Matang? Tolonglah!
Whatever it is, I love it when I have all my siblings around me, kakak saya ade rumah sewa tapi dia duduk juga dengan mama, rumah sewa dah mcm stor simpan barang, but I just love it bila Ariana ada dengan Adam main-main dalam rumah. Even if kakak saya balik rumah sendiri, I just cant wait for Ariana to coming back to mum's house. Saya suka ramai-ramai. Saya suka kalau saya masak, mama masak, my sister baking pulak, I just love the environment. Just love every moment. I enjoy it much.
Tapi……………………………sekarang telah sampai masa mencari rumah sewa. We are planning for it. Sebab akan sambung belajar di UPM. Agak jauh kalau stay di Port Klang. Jarak sama macam kerja di Mont Kiara sekarang which is 85km return. So buat macam pergi kerja sajalah. Tapi tak pe, mungkin boleh cuba cari rumah sewa. Itu akan ditulis dalam next entry.
Till then, love you guys!
Ps: sudah tentu, lain orang lain pendapat. Ada org suka duduk sendiri sebab mahukan privacy. That is true juga, saya tak kata salah. Keep on reading even though we have different opinion, I just love to share whats on my mind.
June 9, 2011
Dialog Hari Ini #5
Pernah ada JCard? I bet all of you readers mesti ada Jcard. Me? I don't have it L *sob sob sob* kerana Hubb said, saya tak perlu ada Jcard. Dia sahaja yg ada dah cukup. Daftar pun atas nama dia. Hp pun dalam borang JCard adalah HP number dia *menitik airmata lagi*
Jom cerita pasal Dialog hari ini bahagian 5.
Di suatu tengahari yg hening bening, panas pulak, sepasang suami isteri di dalam perjalanan dari Port Klang ke Jerantut. Siape pernah ada perjalanan sebegitu mesti tahu betapa lamanya duduk dalam kereta dengan lalu segala lurah dendam, gaung maung *kata gandaan saye salah, jgn guna untuk karangan SPM plis!* dan segala bukit bukau lah kan. Seronok? Memang seronok kalau kau baru 1st time, bile 100 times tengok cemane muke kau lepas tu, takkan larat kau menten muke Paris Hilton, harus makcik cleaner punya muke pun lebih indah dari rupa paras kau yg pening mabuk duduk dalam kete. Ok, pasrah je sudah!
Nasiblah kalau dapat isteri yang suke bercakap. Cakap-cakap-cakap! Tak duk diam mulutnya. Ada aje benda nak diborakkan. Bagi si isteri, tugas dia menghiburkan hati suami yg tengah pandu kereta, tapi tak semua suami suka dihiburkan begitu. Kan? Kan? Kan? Macam mana nak tau suami suka ke tak suke "hiburan" anda selama lebih kurang 3 jam tanpa henti tersebut? Cuba kasi dia soalan lepas anda berborak pasal sesuatu. Contohnya, tadi borak pasal handbag cantik kat Pavvy, jename Hermes. Yang cantik warna merah, bukan hitam sebab hitam nampak biase. Tanya balik kat dia, "warna apa tadi saye cakap yg cantik ek?" confirm die jawab "HIJAU"….. (T______T) *menitik lah airmata kau*
Jadinya, sekarang ni suami isteri tersebut telah mempunya seorang anak. Si isteri dah tak duduk dekat seat depan. Duduk belakang dengan anak dan segala mak nenek botol susu, air panas, tilam, bantal, baby toys dan lain-lain. Isteri pun dah tak ingin "menghiburkan" suaminya dan lebih baik menghiburkan anak kat seat belakang. Yelah, baik mengagah anak yg memang confirm die tak faham apa kita cakap tapi dia sangat menumpukan perhatian sambil ketawa-ketawa dan senyum-senyum keseronokkan dari duk mengagah suami yang confirm kita cakap lain, dia komen lain lepas tu. Makcik tension lah mcm tu tak?
Agaknya setelah sejam lebih perjalanan, si suami rasa "sunyi" sebab si isteri tiada apa nak dibualkan….yg kedengaran bukan lagi cerita pasal handbag ke, kasut ke, kenduri si polan tu ke, si polan ni ke, atau pun bergaduh pasal Fasha Sandha ke *sebab si suami adalah die hard fan FS…tak boleh blah*…tapi sebaliknya hanya nyanyian twinkle-twinkle little star, old macdonald dan Inchi winchi spider yang asek berkumandang dari sejam yang lepas…Maka terjadilah conversation seperti di bawah :
Suami : B, tadi abg dapat sms dari Jusco…untuk semua JCard member… *tersengih2 sambil jenguk nak tengok muka isteri sendiri kat cermin*
Isteri : Hoh????? JCard kasi sms?? Yeke??? Hikhikhik… *isteri mana tak seronok kalau suami kata dapat sms jusco utk JCard sale? Sebab selama ni hanya minta belas ehsan kawan2 supaya inform kalau ade JCard sale, suami sendiri memang takkan beritahu, sebab dia tau ape yg akan terjadi nanti sure mimpi ngeri seperti terpaksa berpuasa selama sebulan* ceh!
Suami : Yela..JCard kasi baru aje tadi pagi…
Isteri : Hehehe ape die tulis dalam sms tu? *tersenyum-senyum sambil otak dah fikir ape nak beli*
Suami : Dia tulis : PERHATIAN!! Sile jauhkan isteri anda dari mana-mana JUSCO di seluruh Malaysia kerana kami sedang mengadakan Sale sehingga 15th June, 2011. KERJASAMA ANDA ADALAH SANGAT DIHARGAI untuk masa depan anda suami isteri.
Isteri : *angkat kening sebelah*hembus nafas macam naga tasik chini*ok tak lawak….lantak lah kau selame lagi 2 jam hadap jalan…memang takkan ku layan lagi ape-ape pun sampai rumah mak nanti*
Aarrghhhhh~!!!! Tension!
-end of conversation-
P/S : kalau ade JCARD sale, tolong inform saye dgn kadar segera. Kerana saya memang takkan tahu.. *sob sob sob*