CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

January 31, 2013

Buah Zuriat atau Buah Doum

Assalamualaikum,


Duduk lepak kat warehouse supplier saya itu membelek barang-barang yang di import dari Timur Tengah, saya terjumpa buah ini.



Buah Zuriat atau nama lainnya buah Adam dan Hawa atau nama lain lagi buah Koka (kerana berasal dari pokok Koka) atau di Timur Tengah mereka panggil buah Doum. Pokok Koka ni kayu dia Nabi Nuh buat bahtera Nuh masa banjir besar :)

Susah nak dapat? Memang betul. Ada yang pesan-pesan dari saudara-mara atau sahabat handai yang ke Mekah untuk belikan buah ni.

Ada saya cuba google harga di internet, especially online retailers, sebiji buah ini mencecah RM10. Mahal juga ye?

Sebelum saya terangkan lebih lanjut, saya lebih suka share apa saya rasa. Saya baca rata-rata mencuba buah ni sebiji hingga dua biji sahaja. Kemudian give up dan berhenti. Sedangkan saya baca article dari Timur Tengah, orang sana makan hampir setiap hari semata-mata BERUSAHA. 

Kalau ikut logik pun, tiada yang MAGIC sangat dalam dunia ni kan? Makan sebiji terus mengandung atau makan sebiji terus tak sakit sendi. Kan? Cuba amalkan makan selalu atau sebiji seminggu. Tengok 8 weeks (2 bulan) macam mana.

Memang betul buah ini menguji kesabaran. Kerasnya kulit buah ni memang tiada tandingan. Macam batu! Saya harap customer yang beli banyak-banyak lah bersabar dalam membelah, memasak, meminum, memakan buah Zuriat ini.

OK, entry seterusnya saya akan post gambar macam mana saya belah / masak / minum / sagat atau buat apa saja dengan buah ni untuk di makan.

Pada yang berminat, harga Buah Zuriat atau Buah Adam dan Hawa, atau Buah Koka atau Buah Doum ini ialah :


3 biji = RM20 sahaja




HARGA TERMASUK POS


Kalau berminat boleh contact saya:


0164441497
sms / whatsapp sahaja
call is NOT ACCEPTED

Ok, selain entry untuk cara makan buah zuriat, saya akan buat entry untuk khasiat buah zuriat. So far yang saya tahu, buah ini dicari oleh mereka yang inginkan cahayamata tetapi mempunyai masalah kesuburan dan sebagainya. Saya juga baca tentang khasiat buah zuriat ini untuk mereka yang sakit lenguh-lenguh sendi dan badan.

Ok, MORE INFO WILL COME.

Tunggu saya membaca dulu ya.

Thanks guys, selamat mencuba


Usaha dan tawakal, jika Allah tetap belum mahu beri, kita redha dan berserah. Saya memang sangat "tabik" dengan mereka yang diuji dengan cara Allah "tahan" sekejap rezeki untuk menimang cahayamata ni. Sebab lumrah perempuan ingin sangat jadi Ibu. Dugaan besar mcm ni, Allah mesti beri kalian pahala yang sangat amat besar. Insya Allah. Amin!

January 23, 2013

Keluh Kesah Result Exam

Assalamualaikum.

Result exam untuk final semester kawan-kawan makcik dah lama keluar. Yang aku punya? 
Tak payah nak belek sangat result makcik nih ye!

Begitu tulisannya. Frust gila. Kenapa UPM punya sistem macam ni? Seriusnya aku tak suka membanding-banding. Bagi aku semua U ada bagus dan tidak bagus. Tapi untuk perkara kecil begini, mohon diperhalusi lah sedikit ya. 

Aku ni warga UiTM. 5 tahun dalam sistem UiTM dari Diploma sampai Degree. Jadi dah memang sebati dengan sistem UiTM. Tapi aku tak kata UiTM punya sistem bagus gila. Tiptop dan sebagainya. Cuma, bab result memang ok. Kalau announcement kata esok keluar, 1 Malaysia boleh tengok result masing-masing esok.

Tak ada student boleh tak dapat tengok result, dan memang takkan ada student yang resultnya keluar separuh-separuh macam aku ni (T__T) sedeh tau! Tetiap sem gini..

I leeepppppppp UPM. Hahaha aku suka study UPM. Tak pernah ada prob. Tapi ini lah satunya, bab register subjek dengan bab result. Aduhai. Mohon sangat-sangat diperhalusi. Pasal result ni boleh buat jantung luruh kalau tunggu lama-lama boleh buat kepala bingai dan kemudiannya mendatangkan penyakit berantai seperti kencing manis, pankreas rosak, buah pinggang gugur dan sebagainya.

Please GSM, UPM............ :)

January 22, 2013

Resepi Chinese Crab Meat Soup


Hello makcik-makcik sekalian!

Today saya nak beri resepi untuk sesiapa yang mengidam makan Chinese crab meat soup. Ni 1st attempt saya, dan Alhamdulillah menjadi dengan lazat sekali *masuk bakul angkat sendiri*

Chinese Crab Meat Soup ni sesuai untuk orang yang demam dan tekak tak berapa sedap. Rasa dia sama mcm Shark Fin Soup tapi tukar saje kepada isi ketam.

Bahan-bahan:
Isi ketam – sebanyak mana nak letak (hiris memanjang dan sederhana pendek)
Isi ayam – optional (hiriskan kecil-kecil)
Tepung jagung – 4 sudu besar dibancuh dengan 1 cawan air
Tepung ubi kayu (tepung kanji) – 2 sudu besar dibancuh dengan ½ cawan air
Cendawan butang – sebanyak mana suka
Lobak merah – dihiris memanjang, sebanyak mana suka
Kiub pati ayam – 2-3 biji (ikut rasa)
Bawang putih – 5 biji ditumbuk (tak perlu lumat sangat)
Halia – sebesar ibu jari di ketuk
Sos ikan – 2-3 sudu besar ikut rasa
Daun sup –sedikit
Telur – 2 biji (ambil putih sahaja, dan pukul sedikit)
Setengah periuk air (lebih kurang 1 litre)

Cara memasak:
Didihkan air dalam periuk
Selepas mendidih masukkan isi ketam dan ayam (biarkan sehingga ayam masak)
Masukkan bawang putih dan halia (biarkan sekejap)
Masukkan kiub pati ayam – kacau hingga larut
Masukkan cendawan dan lobak merah (biarkan sekejap)
Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau dan lihat kepekatan.
Masukkan bancuhan tepung ubi kayu, kacau dan lihat kepekatan.
Jika cukup pekat, masukkan sos ikan. Rasa kuah, Kalau belum cukup masin, tambahkan sos ikan sesudu dua lagi.
Masukkan telur dalam periuk, jangan tuangkan semua sekali terus, masukkan biar bertali dan halus.. buat mcm bulatan dalam periuk. Tak perlu kacau. Tunggu 1 minit. Tutup api.

Tabur daun sup (melayukan sikit masakan ni)

Tips:
1.Sayur boleh tukar kepada sawi dan sebagainya, tapi pastikan bukan kubis atau jenis sayuran yg ada rasa pahit bila di didih terlalu lama.
2.Jika kurang pekat, bancuh lagi tepung jagung dan tambah kedalam kuah
3.Tepung ubi kayu penting utk kekal kan kuah supaya tetap pekat walau dah sejuk. Tepung jagung saja takkan maintain kuah sentiasa pekat bila dah sejuk
4.Boleh juga tukar kepada isi ikan, udang, dan sebagainya mengikut creativity masing-masing.

Ni memang makanan fav Adam Qaiser dan Pakcik Usop (bapak saye). Hari-hari pun suruh masak. Hahaha 

Selamat ber Crab Meat Soup!! 

January 16, 2013

Pati Delima Gulsan : 1678 botol dalam 4 bulan

Assalamualaikum,


For more products, klik disini ye kawan-kawan!

Saya start jual Pati Delima Gulsan ini bulan September, 2012. Pertengahan September 2012. Dan sekarang sudah pertangahan January, 2013. Maknanya sudah 4 bulan saya jual Pati Delima pada customer dan marketing tools saya hanyalah blog kesayangan saya ini.

Alhamdulillah, dalam 4 bulan ini, jumlah botol yang saye dah jual ialah 1678 botol kesemuanya. Seronok gila. Sebab tak pernah kira inventory ni. Hanya key in saja setiap kali selesai deliver order. Hari ni total up, 1678 semuanya dan rasa nak melompat.

Thanks pada customer especially dari Sabah Sarawak yang memang sekali beli 2 hingga 3 kotak.

Customer semenanjung walau tak beli secara pukal tapi memang banyak sangat everyweek saya hantar (cash on delivery dan pos) tak pernah kurang 10 botol. Kebiasaannya lebih. Alhamdulillah.

Hopefully sesiapa yang minum dapat manfaat. Dan boleh lah nak order lagi. Minuman ni bukan UBAT. Hanya suppliment. 1 family boleh minum.

Ok gambar tak banyak. Enjoy.







Banyak lagi gambar dalam instagram dan facebook saye :)

Pada yang berminat nak beli, harga masih sama seperti di bawah:


1-9 botol : RM15/ botol
10 above : RM13/ botol
24 botol (1 carton) : RM12/botol
72 botol (3 carton) : RM11/botol

Harga exclude postage dan insurans

1.Kenapa ada insurans???
Insurans ni sangat penting sebab saya pos ni botol kaca. Sometimes pecah. Bila ada insurans item pecah boleh saya ganti yang baru FREE sahaja. Kalau tak, tak dapat saya nak ganti. Harga saya jual dah muraaaaahhh sgt :)

2.Kenapa harga pos sebanyak itu?
Harga pos adalah mengikut berat barang. Saya gunakan Poslaju. Harga agak berbeza sedikit. Kalau Sabah Sarawak memang agak mahal. Sebab disemenanjung saya boleh kurangkan harga pos sebab item tak naik "belon" :) ikut jalan darat saja. Kalau ke Sabah Sarawak barang naik kapal terbang, sebab tu hari ni pos, esok sampai :) buat masa ni harga pos adelah RM3 sebotol. Tapi beli lagi banyak, saya kurangkan harga pos, sehingga minimum RM2 :)

3. Bila saya dapat barang?
Untuk barang yang di pos, saya beri tempoh 7hari selepas bank in duit. Selalunya tidak lebih 3 hari. Kalau banjir mungkin lah sampai 7 hari. Dan untuk Sabah Sarawak jika barang ditahan kastam, maka akan ambil masa sedikit lebih kurang 7 hari.

4. Kenapa taknak pos kalau saya order 1 botol?
Harga pos ni mahal. Dan saya guna 1 packaging. Kalau 1 botol, kena lah saya cas the whole packaging hanya utk 1 botol. Kalau beli banyak botol, boleh lah share harga packaging tu.

5.Kenapa tak buat delivery kalau saya nak 1 botol?
Heheheheheeh harga minyak nak menghantar sebotol tu je dah boleh buat saye bankrup.. kihkihkih.. 2 botol ke atas saya boleh delivery. Area klang dan shah alam sahaja ok :)

Terima kasih banyak-banyak.


January 3, 2013

Brand New Quinny Buzz for sale

Hye Mommies!

Ini memang super heaven price! I sendiri survey Quinny Buzz ni paling murah RM1800.00 itu pun semput lah kan? Harga kedai ialah RM2899.00 *pengsan*

Tapi for limited time ni, ada offer Quinny Buzz 2011 and 2012, I can give you best price.... teka? teka???

RM1500.00

For those interested sila fahamkan information dibawah ya:
1. I have two types of Quinny Buzz, (a) 2010 edition (b) 2011 edition
2. For 2010, only Electric Blue is available and for 2011 only Natural Mavis is available.
Quinny Buzz Electric Blue with shopping basket


Quinny Buzz 2011 Natural Mavis WITHOUT shopping basket

RM1500.00 nett
Features: # Unique gasspring for (automatic unfolding)
# Forward and rearward facing reclinable seat
# Soft and comforable seat cushion tailored from 6 months up to 15kg
# Adjustable pushbar
# Front and rearwheel suspension
# Adjustable footrest
# Swivel wheel for easy city manoeuvring (lockable)# Ideal travel system in combination with matching Maxi-Cosi car seat and Quinny Buzz Dreami carrycot
# Including sun canopy, rain cover, shopping basket(2010 only) and adapters for use with Maxi-Cosi® infant car seat

Specifications:# Product Weight: approx. 11.4kg
# Carrying Capacity: up to 25kg
# Appropriate From: Birth
# Packaging Weight: 17kg

Terms and conditions apply.
# Item mesti self pick up di rumah saya.
# Paling jauh saya boleh deliver ke Seksyen 7 Shah Alam sahaja
# For limited time - akan saya update sampai bila :)
# In case tiada stock tetapi anda telah bayar, saya akan REFUND as soon as possible.
# Item adalah BARU.
# 50% payment needed upon confirmation.
# sms or whatsapp only for further details 0164441497

Ok Mommies!! Take care and happy hunting!

January 2, 2013

Final Exam Mode

Ya Allah,
Kau mudahkan lah yang payah
Kau senangkan lah yang susah
Kau berilah hati yang terang
Kau kuatkan lah akal yang lemah
Kau luaskan lah yang sempit

Sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui setiap sesuatu, juga Engkau yang maha memberi, juga maha berkuasa.

Amin.

Final Exam Mode - ON

Final exam terakhir sebagai student MBA

Semoga Allah mudahkan segalanya.

Amin.
Amin, Ya Allah.

Final exam timetable:
2/1/2013 : International Trade at 8pm
4/1/2013 : Strategic Management at 8pm
5/1/2013 : Cross Cultural Management at 9am


wishing all my MBA classmates, GOOD LUCK!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...