CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

January 22, 2013

Resepi Chinese Crab Meat Soup


Hello makcik-makcik sekalian!

Today saya nak beri resepi untuk sesiapa yang mengidam makan Chinese crab meat soup. Ni 1st attempt saya, dan Alhamdulillah menjadi dengan lazat sekali *masuk bakul angkat sendiri*

Chinese Crab Meat Soup ni sesuai untuk orang yang demam dan tekak tak berapa sedap. Rasa dia sama mcm Shark Fin Soup tapi tukar saje kepada isi ketam.

Bahan-bahan:
Isi ketam – sebanyak mana nak letak (hiris memanjang dan sederhana pendek)
Isi ayam – optional (hiriskan kecil-kecil)
Tepung jagung – 4 sudu besar dibancuh dengan 1 cawan air
Tepung ubi kayu (tepung kanji) – 2 sudu besar dibancuh dengan ½ cawan air
Cendawan butang – sebanyak mana suka
Lobak merah – dihiris memanjang, sebanyak mana suka
Kiub pati ayam – 2-3 biji (ikut rasa)
Bawang putih – 5 biji ditumbuk (tak perlu lumat sangat)
Halia – sebesar ibu jari di ketuk
Sos ikan – 2-3 sudu besar ikut rasa
Daun sup –sedikit
Telur – 2 biji (ambil putih sahaja, dan pukul sedikit)
Setengah periuk air (lebih kurang 1 litre)

Cara memasak:
Didihkan air dalam periuk
Selepas mendidih masukkan isi ketam dan ayam (biarkan sehingga ayam masak)
Masukkan bawang putih dan halia (biarkan sekejap)
Masukkan kiub pati ayam – kacau hingga larut
Masukkan cendawan dan lobak merah (biarkan sekejap)
Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau dan lihat kepekatan.
Masukkan bancuhan tepung ubi kayu, kacau dan lihat kepekatan.
Jika cukup pekat, masukkan sos ikan. Rasa kuah, Kalau belum cukup masin, tambahkan sos ikan sesudu dua lagi.
Masukkan telur dalam periuk, jangan tuangkan semua sekali terus, masukkan biar bertali dan halus.. buat mcm bulatan dalam periuk. Tak perlu kacau. Tunggu 1 minit. Tutup api.

Tabur daun sup (melayukan sikit masakan ni)

Tips:
1.Sayur boleh tukar kepada sawi dan sebagainya, tapi pastikan bukan kubis atau jenis sayuran yg ada rasa pahit bila di didih terlalu lama.
2.Jika kurang pekat, bancuh lagi tepung jagung dan tambah kedalam kuah
3.Tepung ubi kayu penting utk kekal kan kuah supaya tetap pekat walau dah sejuk. Tepung jagung saja takkan maintain kuah sentiasa pekat bila dah sejuk
4.Boleh juga tukar kepada isi ikan, udang, dan sebagainya mengikut creativity masing-masing.

Ni memang makanan fav Adam Qaiser dan Pakcik Usop (bapak saye). Hari-hari pun suruh masak. Hahaha 

Selamat ber Crab Meat Soup!! 

4 ideas:

wannie7984

yummyyy..akan cuba masak resepi ini..tgk pic je dh rasa terliur..skrg ni kite mmg tgh x de selera nk mkn..so hopefully your resepi soup ini akn menambah selera makan mak buyong nih..hehehe

zack irham

terliur akuuu

Aini Qamariah

haha silelah mencuba ye :)
kalau nak lebih healthy buat ciken stok sendiri.. xpayah pakai kiub...

Aini Qamariah

silelah masak weh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...