CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

October 14, 2014

Pencarian Pre-School Adam Qaiser

Assalamualaikum,

Biasalah bila dah lama tak update blog, aku akan tulis panjang sikit. Kalau rasa tak mahu baca boleh tutup screen ini cepat-cepat.

masyaAllah kembangnya hidung anak beranak

Adam Qaiser tahun depan umur 4 tahun. Sesetengah budak dah masuk pre school / play school since 3 tahun lagi. Tapi sebab aku baru pindah Melaka hujung tahun lepas aku tak ada banyak masa surfing untuk cari information tentang pre school untuk dia masuk.


Ya, aku lembab. Kebanyakkan parents lain pantas tuntas. So?anak aku ada ketinggalan sikit. Sebab masa taska lama dia belajar banyak (taska di Port klang). Lepas tu masuk taska uiTM Melaka ni memang tak belajar ABC 123, hanya lukis-warna-lukis-warna kenal bentuk dan sebagainya. Tak apa, aku tak gabra lagi walau aku akui development dia agak terbantut. Bapak dia pula asyik cakap "kesiannya anak aku, dulu belajar macam-macam, pandai, sekarang balik-balik color, balik-balik color..." aku pun sentap. Sebab perkembangan Adam di melaka fully in charge by me. 


Habis mengomel. Jom masuk hal mencari. Ada beberapa pre school di sekitar Melaka ni yang dalam list. Tapi aku yang malas ni, jangan kau harap nak hantar anak jauh-jauh sampai Batu berendam lah, MITC lah, even Paya Rumput yang 20 minit dari Alor gajah pun aku tak letak sebagai pilihan utama.


Aku, macam mak-mak lain, ada impian anak bijak lebih dari aku. Impian nak anak tu dapat paling sempurna dia boleh dapat. Jadi sebab aku lecturer, aku sentiasa baca perkembangan semasa, dan kebolehpasaran graduan, aku tahu, graduan yang ada 3rd language adalah graduan yg paling mudah bekerja dengan company besar.


Sebab itu UiTM wajibkan 3rd language utk semua program diploma dan degree. Jadi, kesimpulannya mana nak cekau anak lidah belacan nak belajar 3rd language? Aku bercita-cita masukkan anak sekolah cina. Since umur dia 2 tahun, aku dah fikir nak masukkan dia sekolah cina. Tadika cina, sekolah rendah cina.


Bagai mengantuk disorang bantal, pra sekolah paling dekat dengan UiTM lendu ialah Sekolah Rendah jenis Kebangsaan Cina Lendu. Whooaaaaaa everytime aku breakfast depan sekolah cina ni (ada warung sedap gila breakfast dia depan sekolah ni), aku dah bayang Adam Qaiser terkedek-kedek keluar dari pintu pagar sekolah tu.


Jadi, sekian lama memendam perasaan, hari ini aku jejak kaki ke sekolah cina ni utnuk cari informasi. Kita ibu bapa, kena bijak sikit. Jangan bernafsu buas. Walau hati tu rasa nak bayar saja yuran pendaftaran pra sekolah Adam hari ni jugak, tapi aku tahan, aku cakap, aku nak info sahaja.


Masuk sekolah aja aku memang tak dengar orang cakap BM atau BI. Semua cakap mandarin. Aku tengok guard, 2 orang dalam pondok guard, dua-dua makcik melayu, pakai tudung. Aku bagi salam, beritahu aku nak jumpa cikgu sekolah tadika dia, jadi dia tunjuk aku terus ke pintu sekolah tadika.


Dari jauh aku dah dengar cikgu menjerit-jerit dalam bahasa cina mengajar. Standard lah terjerit mengajar budak, aku yg ajar student tua boleh jadi bapak budak pun aku jeritkan separuh nyawa kadang-kadang. So, tak payah nak negatif bila nampak cikgu jerit pada budak.


Sampai pintu, ada seorang cikgu tengah buat kerja di komputer, dan cikgu tu, pakai tudung, Melayu. Tapi fasih cakap cina. Cikgu tadika ya ada orang melayu. Aku beri salam, dan terangkan tujuan aku datang, dia minta aku ke pejabat, jumpa PK HEM untuk maklumat lanjut. Dia bawa aku terus ke pejabat.


Kalau tak silap nama PK HEM sekolah ni ialah Puan Teo. Lembut orangnya, bawa aku ke ruang diskusi dalam office dan jemput aku duduk. Dia cakap BM dengan aku sambil senyum tanya anak umur berapa tahun, lelaki atau perempuan, sekarang sekolah dimana dan sebagainya. Aku layannnnnn kan aje.


Sampai pada ayat ini "Puan, nak masukkan anak kesini kami tiada halangan. Di sini memang ramai pelajar Melayu. Pensyarah UiTM memang ramai hantar anak pra sekolah dan sekolah rendah disini. TAPI, sebelum puan buat keputusan, saya nak tanya Puan satu soalan."


hah dah pulak, dia nak kasi aku soalan kritikal thinking ke ape ni? Gabra jap aku. PK HEM tu tanya macam ni. "Apa sebenarnya matlamat Puan, mahu anak bersekolah cina?" eh nampak macam senang soalan tu kan? tapi aku pening nak jawab. Soalan tak berjawab dia dah tanya soalan kedua "Puan bercadang hantar anak disekolah mana bila dia masuk sekolah menengah?" kena tembak dengan soalan lagi aku ni. Aku diam.


Aku pun jawab ringkas mcm ni "Saya nak dia belajar bahasa cina, tahu bahasa cina selain BM dan BI. Sekolah menengah saya tak fikir lagi, kalau pandai boleh masuk boarding school itupun kalau dia nak, kalau tak pandai atau dia taknak, saya tak kisah dia masuk sekolah mana-mana pun" cemane kau ghaser jawapan makcik tadi? Bangang ke cemane???? Yelah, anak aku baru 3 tahun lebih, dia tanya aku future planning sampai umur 13 tahun tu. Cemane? dasar pandang ke depan dia tak terjangkau dek akal aku. Aku tak pernah fikir Adam punya sekolah menengah, matlamat aku segala. Eh eh...hahahahah


Jawapan aku disambut baik, dengan penerangan dari PK HEM tu berbunyi macam ni, sila lah baca untuk yang sedang mencari info tentang sekolah cina macam aku.


"Puan, saya tanya tentang matlamat puan hantar anak kesini adalah sebab saya tidak mahu matlamat puan bercanggah dengan proses mencapai matlamat tersebut. Berbeza dengan keluarga Cina, kami hantar anak ke sekolah cina kerana kami memang mahu mereka mengusai bahasa cina disamping subjek-subjek lain. Tapi bahasa cina adalah keutamaan nombor 1 untuk kami. Buat pengetahuan puan, SRJKC dan SRJKT agak berbeza silibus matapelajaran berbanding Sekolah Kebangsaan (SK).


Disini, Bahasa cina ialah 1st language, kedua bahasa melayu, ketiga bahasa inggeris. kami ajar semua subjek dalam bahasa cina, hanya subjek bahasa melayu dalam bahasa melayu. Perkara penting perlu Puan tahu, standard bahasa melayu dan inggeris di SRJKC adalah lebih rendah berbanding SK. SK lebih high standard BM dan BI mereka, dan peperiksaan UPSR bagi kertas BM dan BI di SRJKC tidak sama dengan kertas soalan SK, kerana SRJKC standard BM dan BI nya akan direndahkan. Tapi, kertas soalan Bahasa Cina, adalah sangat susah dan standard sangat tinggi.


Oleh sebab itu, puan perlu sedia maklum, pelajar dari SRJKC sangat susah diterima masuk ke MRSM or any boarding school. Jika dari SK, 4A1B boleh lagi dalam pertimbangan, tapi di SRJKC hanya 7A sahaja boleh diterima masuk ke sekolah berasrama penuh kerajaan. Sebab kalau BM anak puan dapat grade B masa UPSR, itu sebenarnya C sebab standard soalan lebih rendah. Dan, kebanyakkan pelajar bukan cina kami agak kesian sebab mereka score semua A, tapi bahasa cina kertas 1 dan 2 dapat B (5A2B) ini menyebabkan mereka gagal ke sekolah berasrama penuh seperti yg ibu bapa mereka mahukan.


Sebab tu, saya tanya puan, apa matlamat puan masukkan anak ke sekolah cina, jika puan rasa hanya mahukan kemahiran bahasa cina sahaja, bukan pilihan bijak untuk masukkan anak ke sekolah aliran cina sepenuhnya, tapi jika puan memang mahu anak puan blended di dlm sistem persekolah cina, memang kami terima anak puan dengan tangan terbuka. Kebanyakkan ibu bapak melayu disini, tukarkan anak ke sekolah kebangsaan biasa bila anak dah darjah 4-5, atas sebab mereka baru sedar yang jika anak mereka di SK, anak mereka lebih ada peluang ke boarding school dan lebih kedepan sebab hakikatnya anak mereka bijak, cuma bila semua subjek dalam bahasa cina dan anak mereka gak lemah dan terkebelakang, menyebabkan anak mereka tak dapat score."


Haaaaaaaaaaaaaaaaaa, what a BIG thing to ponder weh! asalnya nak nasuk taska aje kan???? PKHEM ni kasi aku tazkirah sampai anak sekolah menengah segala matlamat hidup segala. Mengalir airmata cakap kau!!! Tapi kan, alhamdulillah aku jumpa PKHEM ni, dia tak down kan aku dan cita-cita aku nak anak belajar 3rd language, tapi dia bagi aku pandang dari 1 sudut yang lain dan buat aku berfikir lebih dari yang aku patut fikir.


Yela, kita parents ni selalu rasa instinct kita paling tepat sebab anak tu anak kita, bila kita nak dia bijak mandarin kita rasa nak humban dia masuk sekolah cina (itu penyelesaian bagi kita), tapi sebenarnya ada penyelesaian lebih bagu kalau kita fikir panjang sikit lagi. Berborak dengan PKHEM tu tak berakhir kat situ saja. Ada macam-macam lagi soalan dan pendapat kami bertukar-tukar, lama jugak lah aku dlm office dia. Dan semua staff office dia adalah orang melayu. Mereka pun beri pendapat sebab anak mereka memang sekolah situ.


Bila balik ni, aku cari matlamat. Cari halatuju anak aku. Aku masih lagi mahukan dia tahu mandarin, tapi aku tak rasa nak masukkan sekolah cina. SRJKC Lendu balik sekolah pukul 3 petang. Dah bilanya Adam Qaiser nak pergi sekolah agama pulak? Tak boleh jadi tak sekolah agama, kena sekolah agama jugak. Sekolah agama nanti start pukul 2pm. Haihhh pening.


Aasalnya nak masukkan pra sekolah aja oi!!!


Bagaimana dengan penyelesaian ini, tadi PKHEM bagi alamat pre school / play school yang ada 3 bahasa, dan paling bagus, dia dekat taman sebelah rumah aku aja rupanya, apehal aku tak pernah nampak? Maybe sebab tak rajin ronda taman sebelah. Hahahahaha aku nak ke play school tu, dan again, cari info dan pendapat.


By now, mesti ada yang tengah caci aku cakap macam ni "pergi hantar anak sekolah kafir buat apa, pergi hantar sekolah pre school yg islamic lah! nanti anak baca talkin bahasa mandarin baru kau menggelupo dalam kubur.."


Haipp!! cili mulut kau nanti baru tau! i'm trying to gather info. Of coz lah taska islamik memang ada dalam list cuma jauh dari rumah, aku ada anak kecik, husband pula weekend husband, aku banyak benda nak fikir, benda yang memudahkan aku, lebih baik. Tapi, aku baru nak cari, belum daftar. Jangan caci lagi.


As for now, plan nya ialah, masukkan play school yang ada 3 language, kemudian pantau development adam sehingga 6 tahun, kalau ok, cikgu dia kata dia boleh ke chinese school, aku hantar, kalau cikgu dia kata dia so-so saja, maka dia akan ke sekolah biasa, cuma tetap tuisyen mandarin sekali seminggu untuk penguasaan bahasa saje.


Itu plan................................... tuhan punya plan, aku tak tau. Insyaa Allah! Kalau korang ada pendapat jangan segan silu boleh tulis kat komen. Ok bye



Balik dari jumpa PKHEM dan aku terus lapar

17 ideas:

Hannah Johary

HAHAHA! Part haip cili mulut kau nanti baru tau, I terus gelak geli hati siap tepuk-tepuk meja!

But this conversation is so, soooooo good lah! I pun fikir benda yang sama, nak dia belajar cina, masukkan sekolah cina. Tapi sebenarnya banyak yang kena fikir lagi kan?

This is really an eye-opener!

Aini Qamariah

Tulah HJ, banyak sangat nak fikir sebelum decide. Kita ibu bapa zaman millenium memang bernafsu buas bab nak anak kita konon serba boleh.

Kita lupa kalau masa kita dulu parents kita gelojoh macam kita, entah jadi sampah masyarakat agaknya kita ni sebab tak terkejar dengan kemahuan parents kita. hhehehehehehe

Anonymous

really thanks for this info!!!
i pon tgh pening2 nak hantar sek cino or islamic or biasa saje. kakak i hantar anak sek cina dari 3 tahun. anak die pandai bahasa cina dah. subject yglain2 tak pasti.
now nak searching lagi..

Aini Qamariah

Banyak kena fikir bila bab sekolah anak sebab ianya long term. Tak boleh main sebat aje. Redah2 aje nanti esok2 anak kite yg suffer..

eda

weh .
aku new reader .
aku suka cara ko tulis .
sempoi .
kene dengan tekak aku ..

aku suka cara ko pk .
walaupun aku tade anak , tp cara ko aku suka ..

dan tq for the info pasal nak anak 3rd language and sekolah cina tu , baru aku paham ...

tq .. teruskan menulis !
nt aku dtg lg ..

Aini Qamariah

Thank you drop by!

Unknown

AS Salam. boleh ke share senarai playschool yg pkhem tu bg? :)

Salawati Fisol

Assalam..bagus info..sy tengah survey tadika/taska untuk anak jugak ni di area alor gajah..tak tau nak hantar mana yg baik..

Aini Qamariah

amni:
PKHEM share hanya 1 playschool cina yg MRC3Q dengan preschool sekolah lendu.

Salawati:
ada tadika pasti baru bukak depan uitm

Anonymous

Salam,

Pendapat saya (wlpn dh terlbt nk komen..hehe), kalau nak anak pandai ckp apa2 jenis bahasa skalipun,peranan parents amat penting. X ckup kalo kita hntr anak lets say ke tadika Cina,tp blk rumah kita ckp melayu dgn anak n x ckp Cina langsung anak xblh nk praktik n apply apa dia bljr kt sekolah. Tadika Cina byk homework (base on my experience), bila anak xtau nk buat homework,kita lak xtau nk tlg sbb kita pon bkn tau bahasa Mandarin ni smua,rasa helpless sgt altenatif,kalo nak anak kuasai 3rd language,meh la kome kita join kelas bahasa skali..haha..kalo x, x bermakna hntr anak short term mcm tu.

Aini Qamariah

Betul juga.. Parents pun perlu ada asas yg baik..

hazel

Salam,
Pendapat saya pula.bagus anak tahu bahasa mandarin.sebab peniaga di malaysia majoriti is chinese.saya pon teringin sgt nk masuk kan anak chinese school.tp dr pengalaman saya.kene pantau waktu rehat mereka.sebab dulu masa sy skolah cina.semua non-halal food.my mom yg sediakan bekal hari2.tp xtau la skang canteen ade sedia halal food tuk pelajar islam.

Anonymous

Nak tnya. Kalau kita hantar anak ke pre-school cina yg mna cikgunya mungkin cina jugak, xde isu hal makan ke? Risau jgak. Mungkin cikgu2 sediakan makanan halal tp boleh pastikan ke stp anak2 dibekalkan makanan halal oleh parent dorg. Mna nak tau kn bdk2. Mau dipelawa mkn shja dorg

Hasliezah Lisz

Terima kasih sangat atas perkongsian. Baru memahami untuk merancang semula sekolah anak. Thanks ya

Cik Puan Diksu

thanks sharing.

silencesmile

Salam. Sy tgh mencari playschool utk anak 4 tahun area alor gajah, ada suggestion yg bagus? Sy tinggal area pengkalan, ada jumpa little caliph n pasti. Tp xtau OK ke x Kat situ. Kalau sesiapa yg ada experience boleh share.. Thanks.

Unknown

Ya Allah..nasib sy buat research ni.nak masukkan anak preschool cina.first born..plan mcm2 la.yela.kita grad nk cari keje semua mntk 3rd lang.nk anak kita pandai lg.tp skrg..xpe la.skola biasa.cuma dah bsr sket hantar cls mandarin.never too late.thank u sis untuk info ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...