Hari ini nak cerita tentang MBA. Kelas. Lecturer dan hidup sebagai student. Dah berbulan tidak tulis apa-apa sejak hari pertama menjadi student semula.
Dulu, masa kerja, bila cakap nak sambung belajar, ramai orang takut-takutkan saya. Cakap susah lah buat MBA, belajar susah, tak ada duit, kalau dah jadi isteri lebih susah, kalau dah jadi mak pulak berganda susah. Yang saya dengar hanya SUSAH-SUSAH dan SUSAH!
Tapi saya nekad, bila saya rasa corporate line tidak sesuai dengan saya. Saya suka bercakap, corporate line bukan tempat untuk bercakap 24jam. Even bersosial pun agak susah. Sebab waktu kerja semua akan tumpu perhatian kepada kerja. Jarang berkomunikasi selain perkara kerja. Dan hanya berborak bila waktu lunch atau lepak di surau waktu sembahyang zuhur dan asar.
Corporate line ada cabaran yang tersendiri. Tapi saya lebih inginkan kerjaya yang saya minat. Jadi lecturer atau involve in education line. Seriously, saya suka. Pernah dulu saya fikir, kalau tidak dapat jadi lecturer pun tak mengapa asalkan dapat kerja di dalam bangunan education. Sekolah ke, Universiti ke, tak kisah.
Dan kalau nak masuk corporate line pun, saya rasa saya mahu dalam education industry juga. Haha gila lah! Memang minat dan sangat mahu berada dalam education line. Belum lagi cerita cita-cita yang terpendam nak belajar sampai PhD. Haha *tergelak kejap*. Amboi-amboi, Masters pun baru semester satu dah rasa macam isi perut hampir terburai. Ada hati PhD katanya? Cehs
Begitulah cita-cita saya. Dah mcm karangan sekolah rendah. Sekarang Alhamdulillah, saya sedang melalui zaman belajar semula. Dulu masa diploma, saya student yang pemalas. Ini kisah benar. Malas sama macam masa sekolah menengah yang saya cerita dulu. Klik sini. Saya 'tuang' kelas hari-hari. Iya lah diploma ada 2-3 kelas sehari tau. Penat. Jadi korbanlah 1 kelas dalam sehari. Tapi kalau ada hari yang kelas memang ada 1 saja? Korban lah jugak. Siapa suruh letak 1 kelas aje. Bazir je tenaga bangun tidur. Hahahahahaha
Kalau study pula, saya study last minit yang memang very the last minit. Study sampai tertidur pun iye. Dan tetap berangan nak dapat 4.00! Hahaha verangan!
Kalau study pula, saya study last minit yang memang very the last minit. Study sampai tertidur pun iye. Dan tetap berangan nak dapat 4.00! Hahaha verangan!
Study last minit saya pun tidak lah sangat amat last minit macam BFF RASHIDA NAJIHAH! Kau dating sampai malam baru balik baca buku. Siap suruh aku study dulu, nanti kau balik, kau suruh kasi kat kau summary sahaja apa yang ada dalam otak aku ye! Oh, teremosional sekejap.
Tapi memang saya jenis begitu. Study dalam 12 jam sebelum exam. Kalau exam 8am, tak payah tidur lah. Terus pergi exam saja. Balik exam tidur 2 hari, tak payah bangun. Result? Tentulah..............................Hampeh! Tapi tak segan nak share dengan kamu semua, CGPA saya hanya 2.98 untuk diploma. *diam kau!*
Tapi memang saya jenis begitu. Study dalam 12 jam sebelum exam. Kalau exam 8am, tak payah tidur lah. Terus pergi exam saja. Balik exam tidur 2 hari, tak payah bangun. Result? Tentulah..............................Hampeh! Tapi tak segan nak share dengan kamu semua, CGPA saya hanya 2.98 untuk diploma. *diam kau!*
Waktu ambil Degree pula di UiTM Melaka, saya datang dengan azam baru. Iyalah, masa diploma sangat amat pemalas, dan result sangat hampas, bila dapat sambung Degree rasa seperti Allah beri peluang kedua. Jadi haruslah digunakan sebaik mungkin. Tapi 1st semester saja saya dah fail 1 subjek. Huaaarrrghhh!
Terus CGPA menjadi sangat hampas sekali lagi. Masa tu yang saya hairan, saya tak rasa bersalah pun fail subjek Managerial Economics tu. Haha mungkin saya tak suka atau kurang selesa dengan lecturer yang mengajar. Lecturer tak salah. Saya yang salah sebab sebagai pelajar lembab matematik (ekonomi penuh kira-kira), saya patut berusaha berlipat ganda. Tapi saya tidak. Saya amat berharap lecturer explain in details. Lecturer pula lelaki, memang tidak lah kan?
Akhirnya reseat paper itu, dan masa reseat saya study bersungguh-sungguh hingga tahap saya sendiri terkejut, macam mana saya boleh sangat-sangat amat rajin. Akhirnya saya dapat 4.00 atau A+ untuk subjek Managerial Economics yang saya fail 1st semester.
So, semester kedua sehingga semester ke 4, saya belajar dengan agak baik, walau masih last minit, tapi last minit yg teratur dan full swing! Last-last saya grad dengan CGPA 3.45. Yey~!
Sekarang saya buat MBA. Kelas hanya ada 4 kali seminggu. Dan hanya 3 hari saja. Isnin ada 1 kelas petang. Selasa ada 1 pagi dan 1 petang. Rabu ada hanya sebelah petang. INDAH! Hidup ini indah! Lecturer Masters lebih cool. Mereka lebih relax dan lebih banyak member info dari membebel. Haha Yela, mungkin mereka faham, student bukan lagi fresh SPM holder atau fresh grads Diploma lagi, tapi ada yang dah bekerja sehingga 10 tahun, dan ada juga mempunyai syarikat sendiri dan sebagainya.
Less stress! MBA lebih mudah dari study Diploma atau Degree. Serious! Dulu kalau datang kelas lambat, lecturer kunci pintu.
Saya selalu kena. Haha sebab kelas pukul 8pagi. Saya bangun tidak lah lambat sangat, dalam pukul 750pagi. Ok ape! Tapi Masters class, kalau lambat, masuk dan duduk saje terus. Buat-buat macam tadi pergi toilet. Hahahaha adoilah.
Mungkin sebab yuran MBA ni mahal, jadi lecturer lebih suka student fikir dengan lebih matang. Bayar mahal, jadi hargailah setiap saat. You come late, you will lose some! Time is money. Saya tak pernah lambat ke kelas. Ajaib kan? Dulu masa diploma, kelas hanya 5 minit berjalan kaki dari bilik. Saya akan lambat dalam sejam atau at least 30minit. Sekarang, dari rumah ke kelas, adalah 45km jaraknya. Saya ambil masa sejam memandu ke kelas. Tapu saya TIDAK PERNAH lewat! Waaaaaaaaahhh...ada trofi kah untuk saya? Hehe
Saya juga belum pernah ponteng tanpa sebab kukuh. Tak macam dulu, saja-saja tuang kelas sebab nak tidur. Sekarang saya akan rasa amat tak best kalau tak pergi kelas walaupun sebenarnya saya demam panas dan kena MC. Sebab kelas Masters lebih fun. Student involvement adalah 70% dan lecturer pula 30%. Dah tiada lagi 2jam kelas dengar lecturer membebel entah apa tak faham macam dulu. Lecturer Masters akan masuk, beri input atau buka topic, dan 1 kelas akan bercakap untuk discuss about the topic itself. Best! Terutama untuk yang banyak cakap mcm saya.
Tidur dalam kelas? Hehehe tak pernah....ok tipu. Pernah. Sebab mengantuk. Topic kurang menarik dek kerana kurang pengalaman nak dikongsi. Ada 1 hari, saya sangat mengantuk. Saya keluar dari kelas. Dan terus ke toilet untuk basuh muka. Dan basuh muka pun saya masih mengantuk! Mata saya hanya buka separuh. Saya jalan dari toilet ke kelas semula. Sampai saja saya buka pintu kelas, terus ke tempat duduk.
Tiba-tiba ada seorang negro sedang duduk ditempat saya. Saya terus STRESS! Muka saya berkerut-kerut nak marah negro tu. *amboi-amboi, aku hilang 5 minit pergi tandas, suka-suka hati kau saja duduk tempat aku!* baru saja saya nak buka mulut marah negro itu, negro tu terus tegur saya "Miss, i think you enter the wrong class......."
Gulp!! Saya bukak mata luas-luas. Pandang 1 dewan kuliah. Iye, saya duduk depan selalunya, jadi saya ada betul-betul didepan dewan kuliah ye. Semua mata melihat saya. Saya pandang pula lecturer. OK! Lecturer tu saya tak kenal. Jadi? Berjalan macam lipas kudung, muka tunduk ke lantai, capai tombol pintu, buka dan tutup sambil cakap "sorry....". Muka ketika itu adalah setebal kulit gajah!
Terus saya segar sepanjang hari. Huhu oklah. Saje je hari ni nak share hari-hari saya sebagai student. Pada yang nak further MBA, saya nak beri kata-kata semangat. Jika anda memang berminat, teruskan belajar. Kalau buat part time pun kelas bukan setiap hari. Hanya 2-3 hari seminggu. Di mana ada kemahuan, disitulah ada jalan. Sekarang ini graduan degree dah terlalu ramai. Compete less with MBA. Just another 15months sahaja. Sangat sekejap.
Kita boleh, kalau kita mahu. Jangan dengar apa orang cakap. Ilmu itu memudahkan....tidak sesekali memberatkan. Take care everyone!
8 ideas:
reaLLy Love your entry! sebab currentLy saya pun bercita2 untuk further master (in Engineering). aLthough this is my new target (t0 become a successfuL & wonderfuL Lecturer one day nanty, insyaAllah), truLy h0pe Allah memudahkan jaLan. errr.. can y0u pLiss wish me Luck? thanks darL! :p & aLL the best to you too! :)
Liyaa Mf: You will get whatever you want! Wish you a very good luck for your masters!
kena ingat one thing, buat sebab kita memang nak buat, if we do not have passion, we will end up half way...kalau ada minat, kita akan sentaisa happy dan tabah walaupun susah... :)
good luck!! i never regret study mba..walaupun asgmnt byk..i enjoy making lots of frens~
hehe betul....seronok sangat study walaupun assignment and test banyak sangat.. :)
thanks!!
Salam sis.. Wow, entry yg sangat-2 membantu. Sis gred lulus utk MBA b- dikira lulus or fail ye. Rasa takut pulak bila nak sambung study balik..
B- is fail. B and above, baru lulus
As slm. Sis, sy dot smbung MBA di UPM nxt month dan sy bekerja dan juga seorang ibu. Course ni mmg mhl compare to other course, sis rase berbaloi x kalau sy teruskan niat utk buat MBA? Trget sy nk dpt more knowledge,improve diri n better position in future. Mntk advise please..thanks!
menarik perkongsian ni.Terima kasih.Btw saya adalah RA atau pembantu kajian utk akademik.Jika ada perlukan bantuan saya utk penulisan kajian/research/spss analysis,nak cari jurnal or analisis jurnal atau asgmt biasa meliputi MBA dan finance eco boleh wsp 0166371460.Saya memang dah lama membuat kajian kajian dan membantu utk kerja kerja thesis.T
Post a Comment