CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

February 28, 2013

Invitation : Adam Qaiser Superheroes party!

Assalamualaikum,

Sabtu ni free tak? Jom datang celebrate Adam Qaiser punya birthday yg ke 2.



Party start at 3pm - 6pm
Cutting cake at 330pm
Clown show start at 330pm
call / sms kalau sesat 0164441497

Jom bawa anak-anak semua enjoy the party. Pakai baju superheroes fav masing-masing atau kalau tak ada sut, boleh pakai t-shirt with logo superheroes atau kalau tak ada juga, no problem, just wear your superheroes fav colour!

Datang tau!!!

Thanks :)

From,
Mummy Adam and family

February 25, 2013

Wajarkah cikgu sekolah pukul anak kita?

Assalamualaikum.

Ha, kontroversi sangat kan? Asalnya nampak keratan akhbar di bawah ni di share oleh FB friends secara meluas.



Menarikkan? Aku ada pendapat sendiri mengenai perkara ini. Nak kata cikgu jangan pukul langsung anak murid, aku rasa tak boleh juga sebab cikgu-cikgu ni ibarat ibu bapa kedua, dan mereka ni adalah orang yang kita "lepaskan" tanggungjawab kita untuk mendidik anak dan beri ilmu, pada golongan ini.

Tapi golongan pendidik pula tak boleh lah sewenang-wenangnya pukul murid. Serius! Jangan pukul sesuka hati. Setiap kali dipukul, mesti pastikan ada sebab. Macam budak nakal sangat sampai membahayakan pelajar lain, atau degil sangat sudah 2,3 kali tak buat kerja sekolah.

Masa sekolah rendah dulu, aku tak sebegitu petah bercakap macam aku disekolah menengah. Naik ke darjah 4 baru aku cakap banyak sampai setiap kali majlis ibu bapa datang ambil report card, cikgu mesti complaint aku tak reti duduk tempat sendiri, dan asyik bercakap dengan kawan sebelah. Hahaha

Tapi masa darjah 2, masa belum pandai cakap banyak, aku masih ingat 1 insiden yang memang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. Asalnya aku tersalah tulis tarikh hari itu. Contohnya, patut tulis 19 Februari 1992, aku tertulis 20 Februari 1998.

Cikgu pula tengah round dari meja ke meja untuk check murid salin atau tak nota kat depan. Sampai saja meja aku, tiba-tiba cikgu tariiiikkkkkk aku pergi depan, dengan buku nota aku sekali. Terus tanya aku nampak ke tak tarikh dia tulis kat papan hitam 19 Februari 1992?

Aku angguk je sebab takut gila. Terus dia tunjuk buku nota aku, dan tanya kenapa aku tulis 20hb?????? dan.......... terus aku kena penampar. Depan kelas. Sakit gila! Sedih. Takut gila! Serius! Panassss je pipi aku time tu. 

Bayangkanlah, aku baru 8tahun masa tu. Darjah 2. Aku kene lempang sebab salah tulis tarikh je. Fuhhh.. cerita balik dalam entry ni je dah buat aku sakit hati dan bengang gila. Aku harap sangat Adam Qaiser takkan kena benda yang sama.

Yg paling ajaib sekali, aku tak mengadu pun pada mama atau ayah. Aku balik jalan kaki hari tu, sambil nangis je. Dalam kelas masa kene penampar tu aku tak nangis setitik pun. Balik tu aku nangis.

Fuhhh... so persoalannya sekarang, wajarkah cikgu pukul anak kita? Ermmm aku minta sangat cikgu-cikgu lebih rasional. Jika bukan kesalahan berat, jangan dipukul murid-murid tu. Mungkin kita boleh guna pendekatan lain, mcm tolak mata merit, atau denda yang tiada physical contact, macam berdiri atas kerusi dan sebagainya.

Kalau murid terlalu bingai, maka kita rotan sebab masalah disiplin. Ini pendapat aku lah. Tapi parents please lah, semak kerja sekolah anak masing-masing, ambil masa bersama anak dan pantau aktiviti mereka supaya kita tak menyusahkan golongan pendidik untuk mendidik anak-anak kita.

Ok, dah lah. Cerita pasal pengalaman kena penampar ni buat aku sakit jiwa pula. hahahaha aku nak minum teh ais jap! Taaataaaa

February 23, 2013

Promosi Pati Delima Gulsan

Assalamualaikum.





Ok nak buat 1 promosi. Harga Pati Delima Gulsan saya bagi hanya :


RM12 sebotol

Dengan syarat customer datang rumah saya ambil Pati Delima ini. Tak kisah berapa botol pun ya! Dan, saya bagi juga harga :


RM11 sebotol

Dengan syarat ambil dirumah saya dan beli lebih dari 3 cartons (72 botol)

Haaaaaa.... Apa lagi? Boleh sms atau whatsapp saya cepat. 


016-4441497 - AINI

Tolonglah jangan call. Sebab saya memang tak ada masa nak angkat sangat.

Sms atau whatsapp saya, memang saya reply secepatnya. Tak payah risau ok?

Nak tanye entry-entry saya mengenai pati delima gulsan ni, boleh pergi di bahagian kanan blog saya ada "label", klik "Pati delima". Nanti keluar entry dari yang mula-mula sampai terbaru!

Boleh tahu khasiat dan cara makan. Klik label ok!



Selamat mencuba :)

February 15, 2013

Adam Qaiser 2nd birthday party planning!

Hi,
Nampak sangat saya tak ada kerja nak buat hari ini. 2 entry sekali saya tulis. Haha baca saja lah. Kali ni dah terfikir pula nak cerita tentang majlis hari lahir anakanda seorang ni.

Adam Qaiser


dah nak masuk 2 tahun dah anak Mummy. Alahai, cepat sangat. Rindu masa Adam Qaiser baru keluar dari perut. (TT) Masih teringat lagi macam mana susah senang lahirkan anak Mummy sorang ni dalam entry ini.

Invitation untuk birthday party? Jangan risau, akan di buat bila dah nak dekat majlisnya nanti ya.

Tahun lepas punya entry tentang birthday party Dadam memang mendapat sambutan meriah sangat. Yang datang pun memang ramai. Yang baca entry dan email tanya-tanya tentang vendor pun memang ramai gila. Thanks ye membaca apa saya tulis :)

Yang tak baca lagi, klik sini.



Last year buat tema ANGRY BIRDS. Tahun ni Dadam dah pandai tengok TV dan pilih toys, pilih baju sendiri, kasut sendiri, dia suka sangat Superheroes. Yelah, baby boy memang macam ni. Mummy pun selalu kena "fire" kalau tak kena sikit.

So theme this year ialah SUPERHEROES party!!!!!!


Berangan banyak benda. Tapi rasanya tak boleh terlalu membazir duit ke arah benda-benda yang pakai buang. Jadi hunting list saya begini saja:



Candy Buffet Table:
Birthday cake
Sweets and Chocs
Macarons
Lolipop
Popcorn
Tartlets
Crepes
Choc fountain

Buffet for adults:
Makanan biasa untuk minum petang saja.

Entertainment:
Clown show

Deco:
Balloons arch, balloons everywhere

Goody bag:
Air
superhero mask
makanan
toys
chocs/sweets


Bab goody bags ni tak finalized lagi lah. Tengah fikir apa lah yg boleh buat budak-budak seronok. Yang lain dah ada vendor siap-siap dah. Payment pun dah buat. Excited gila nak tengok semua babies datang dengan baju superhero masing-masing! Parents also pakai ye! Hahahaha

Ok, nanti saya buat official invitation di FB dan di blog. Sekarang banyak kerja nak kena settle. Oppssss.... khemah lupa call pulak dah! Zasssssssssssss

Perihal Mencari Rumah

Hi,
Jom kita borak pasal rumah nak? Ye. Aku tengah cari rumah. Insyaallah akan posting ke UiTM Puncak Alam, June 2013. Jadi aku kena cari rumah sebab memang aku dah plan untuk hidup semata kami bertiga saja bila aku dah posting.

Harga rumah sekarang boleh buat aku berak cair. Serius wey! Aku tak ada spesifikasi tertentu dalam membeli rumah. Cuma aku mahu ianya selesa dan berpatutan. Kondo ke, servis apartment ke, teres ke, banglo ke, lantak lah. Oleh kerana aku ni masih belum start kerja, maka aku tiade slip gaji. Jadi sekarang aku boleh beli pakai slip gaji Mr.Hubb aje lah.


Mula-mula aku tengok rumah ni, Condo Puri Aiyu. Batu 3 Shah alam. Memang lokasi ni strategik sebab access dia mudah mcm kan ape je lah. View kondo ni ialah faderal highway. Dari faderal highway boleh nampak kondo ni. Punya lah dekat aku cakap dengan korang. Memang habis dekat nak kemana-mana. 

Dadam siap santai lagi tunggu Agent datang tunjuk rumah ni.

Cantik gila pool. Mr. Hubb nak pergi kerja memang senang. Aku nak g Puncak Alam pun senang walau tak dekat sangat tapi jalan lurusssssssssssssssss sampai pintu gate UiTM. Tingkat 1, sama level swimming pool. Tapi view ke luar, tak view pool lah. RM300,000.00. Berbaloi sebab dekat gila dengan MSU, Politeknik, segala mak nenek student lah. Kalau nak move ke rumah  lain boleh sewakan. Sebab sewa sini RM1400 minimum. 


Aku boleh jamin 1 benda. Duduk sini memang ko akan rasa 100% privacy dan tenang. Sebab yg duduk sini bukan lower class income. Semua middle class income jadi org-org mcm ni dia akan menekankan bab "ketenangan" tu dan memang fussy gila. Security, kebersihan segala memang TIP TOP!


Lepas tu tiba-tiba Mr.Hubb kata, yg duduk situ rupe tak campur orang. Dia risau anak dia tak ada kawan. Risau kami jadi kera sumbang. Risau orang sebelah mati tak ada sape tau. Almaklumlah laki aku mesra alam. Dia paling penting bab jiran tetangga tu. Jadi dia rasa tak seronok duduk condo yg ala-ala mini Mont Kiara ni, sebab orang tak bercampur.


Kisahnya dia nak rumah teres pulak dah. Maka surf lagi lah aku rumah-rumah teres ni. Ada kecik, ade besar. Kecik harga besar ada. Besar harga kecik pun ada. Tapi tepi hutan belantara. Mampuss lah. Hahahahaha


Siap rumah teres belakang ada swimming pool pun ada, ko mampu?? Harga tak sampai RM320,000.00. Kat Meru lah tapi kan. 



Ini rumah yg ada pool siap kat belakang tu. RM310,000.00

Huhuhu Puncak Alam new development di Shah Alam 2, minimum teres 2 tingkat ialah RM 370,000.00 dan semi D cluster pun same price. Corner lot RM470,000.00 minimum. Itu new development by IJM Land siap 2015. 

Intermediate RM370,000.00. Belum launch lagi, kalau dah, harga intermediate dia jadi RM442k

Yang dah sedia siap baru Dec, 2012 dapat kunci, dijual dengan harga RM400,000.00 untuk intermediate house. Corner tak payah tanya. Setengah juta dah confirm. Tu Shah Alam 2 tau. Yang dah hujung tu. Hahaha pening! Pening! Nak rumah yang ade mini water park dalam kawasan perumahan? Ada! Dekat area ni juga. Under Cahaya SPK. Tapi harga aku tak tanya sebab aku dah boleh agak, bulan-bulan membayar boleh masuk ICU. 

Ni waterpark dalam kawasan perumahan Cahaya SPK

Harga rumah makin naik, secara serius, aku menyesal masa aku start kerja tahun 2008 dulu aku tak beli rumah terus! Lantaklah rumah apartment tingkat 5 kecik gila pun. Kena naik tangga ke ape ke kan? Pasal after 5 tahun macam ni aku dah boleh jual dan beli rumah lain. Haih....


Agent hartanah beritahu average harga rumah minimum pun akan naik RM4000 setahun. Dah habis sedeh lah tu. Ada sesetangah kawasan boleh naik sampai RM20,000 setahun especially Shah Alam, Mont Kiara, Damansara dan sebagainya.


Kawasan puncak alam tu, tahun 2008 di buka. Harga rumah semi-d cluster dia hanya RM180,00 je. Keluasan tanah 35x55. Besar tu. 5 tahun kemudian, iaitu 2013, semi-d cluster tersebut berharga minimum pun RM380,000.00. Tu basic house. Ko bayang tengok betapa macam sengalnya harga tanah situ naik dalam 5 tahun. Ceh!


Last but not least before aku tutup entry, aku bagi anggaran lah monthly payment, untuk rujukan kanak-kanak baru mula hidup, habis degree dengan gaji sekarang ni, korang fikir lah sendiri macam mana nak cari rumah nanti.


RM100k-200k : RM400-RM700 / MONTH

RM200K - 300K: RM800 - 1200 / MONTH
RM300K - 400K : RM1300 - 1800 / MONTH
RM400K - above : dah tentu-tentu monthly RM2000.00

Ni anggaran, loan ikut umur. Maximum boleh buat 40tahun. Adik-adik g lah beli rumah kecil-kecil. Flat seksyen 7 tu nak jual RM180k, g beli. Buat sewa. Nanti dah kawen pergi jual, boleh buat deposit rumah lain.


Kata kunci hari ini, MENYESAL aku tak beli rumah awal-awal. Makin lama tunggu, makin tak mampu lah membeli!

February 13, 2013

PENGUMUMAN PENTING UTK SEMUA CUSTOMER

Assalamualaikum.

Straight to the point. HANDPHONE SAYA HILANG kerana di curi. Semua data customer dari bulan SEPTEMBER 2012 - FEBRUARY 2013 telah HILANG!

Minta tolong sangat-sangat customer berikut untuk call atau sms atau whatsapp saya sebab saya baru buat semula simkad semalam. Hilang on 9th FEBRUARY 2013.

Customer:
1. YANG PERLUKAN REPLACEMENT PATI DELIMA SEBAB BOTOL PECAH SEMASA PENGHANTARAN OLEH POSLAJU PADA 5-8 FEBRUARY 2013

2. MEMBELI STROLLER QUINNY ZAPP XTRA SECARA INSTALLMENT (1st payment dah received, saya perlukan details anda semula)

3. CUSTOMER YANG DAH BUAT BAYARAN UNTUK PATI DELIMA PADA 5-8 FEBRUARY DAN PENGHANTARAN SEPATUTNYA SAYA LAKUKAN HARI INI 13/2/2013 - sangat PENTING!!!!!!! saya tak ada alamat anda. Semua dah hilang.

TOLONG SMS / CALL / WHATSAPP SAYA SECEPAT MUNGKIN. Saya sangat susah hati sebab customer dah buat bayaran. 

Nama dan details anda saya memang tak dapat nak ingat sebab ramai sangat. Tolong ye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...