CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

November 10, 2009

Kursus Pra Perkahwinan Di MAIS Shah Alam


Hi all,


Today nak update about our Kursus Perkahwinan at MAIS Shah Alam. Semua pun tahu, based on previous post, aku ade marah En.Azuan sebab tak pergi daftar lagi kursus kahwin sedangkan majlis kami bakal berlangsung lagi kurang 4 bulan (hoh??? yeke? erk...).


So, pada 7hb dan 8hb November,2009, both of us pergilah kursus kahwin ni. Actually, thanks to one of my schoolmate, Lieza, yg drop by kat blog aku and cadangkan kursus kahwin kat MAIS ni. Memang best dan value for money. Sebab, gagal buat aku tertido. Cuma ade jugak slot2 yg aku hampir menyerah kalah kepada mata aku ni, tapi tak byk. 1,2 slot je yg mengantuk. Yg lain..TIP TOP! :) makan pun best dan sedap.


Ok lah, takkan lah aku nak cerita pasal makan plak kan? Better aku cerita sikit pasal ape yg aku dapat dari pegi kursus tu. Kursus ni merangkumi byk modul, ada NIKAH,CERAI,RUJUK,KESIHATAN,STRESS DLM RUMAHTANGGA,ADAB2 & TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI dan lain2.


Buat pengetahuan korang semua, mulai tahun depan, 2010, Negeri Selangor akan jadi ala2 negeri Kelantan. Dah takde lagi wang hantaran. Mas kahwin tu adalah wang hantaran. Buat masa sekarang, Mas kahwin adalah RM80 utk negeri selangor (kalau janda rm40). Tapi starting 01/01/2010, mas kahwin negeri Selangor adalah minimum RM300. Maximum boleh laa seberapa byk yg korang nak. Jadi, itulah dia hantaran negeri selangor. Kalau nak bagi rm20k pun boleh as Mas Kahwin. Takde masalah. Best jugak kan? Cuma, kalau dah bg rm20k, as mas kahwin, tak boleh lah digunakan sebagai duit belanje kahwin, sebab tu hak mutlak isteri dimana suami tak boleh amik walau 1 sen pun. Ermm...tu info pertama ye.


Info kedua adalah peringatan untuk aku jugak, iaitu step2 nak buat PERMOHONAN BERNIKAH. Semua ni aku nak setelkan before sebelum Krismas. Hahaha..pasal family En.Azuan akan buat last discussion dengan family aku on Krismas nanti :). Boleh laa tempah santa klos! yey~ oh? =P ok2, termelalut lagi pulak..haih...step2 adelah seperti dibawah :


1. Kursus Pra-Perkahwinan (done on 7th & 8th November,2009)

2. Pergi pejabat agama daerah, amik borang nikah.

3. Jumpe nazir masjid kawasan perumahan aku, nak amik tanda tangan sokongan.

4. Pergi Klinik Kesihatan berdekatan utk buat ujian HIV.

5. Pergi ke pendaftar nikah utk luluskan permohonan nikah.


senang je step aku ni. ke aku ade tertinggal step. Cuma masalahnyer, dokumen and org2 yg nak dibawa sepanjang nak buat semua step2 ni. Wali kena ada, saksi pun. Semua aku kena inform, suh amik cuti ikut aku g amik tandatgn semua. adoi laa...byknyer keje. haih!


Tak tau laa bila nak start buat semua ni. Huhu.. nanti lah aku buat. Bulan depan. Kesimpulannyer, sekarang ni aku dah mule rase mcm sesak2 nafas, sakit2 otak, dan sakit2 dada. Mane nak buat preparation, mana nak buat permohonan nikah, mana nak g buat kad, tempah itu ini...adeh..help~~~~


ok lah..tetibe otak aku pening. En.Azuan ketika aku tulis blog ni, die sedang membuta dgn jayanya sambil berdengkur seperti tidur di tepi laut gamaknyer...walhal..die berada diatas sofa mama aku di ruang tamu rumah aku. Hahahahha..sgt lena setelah penat hari ni meneman aku buat application utk biasiswa master aku pagi tadi. Kesian die. Thanks to you laling~


Sekarang giliran aku plak masuk bilik dan tidur. Kalau aku tido kat hall ni mungkin ayah aku yg berada didapur akan ke ruang tamu dan memijak2 perut aku kerana gatal2 nak tido tepi en.azuan. Oh...sgt ngeri...hahahahah ok bloggers!!!! daaaaaaaaaaaaaaaa~

5 ideas:

Diella Mustafa

kaya la ko dpt mas kawin 20K...huhuhu

sista_siska

wey org cakap taun depan kursus kawen seminggu ek?? masak mak cenggini...

Aini Qamariah

diela: hahaha aku takde maknenyer nak letak 20k....aku takde hantaran laa..mas kawen aje..kalau letak byk2 t die nak sebut "aku terima nikahnyer bla bla bla berape2 ribu.." tersasul nahas je nak ulang2..hahahah
BffG: ye..g laa tahun ni sengal..valid seumur hidup!

cikcida

nak kawen nati aku refer kat check ko je laa ye aini. bagus :)

Aini Qamariah

ye cida, refer disini...boleh aku advise, masa tu aku telah terer! ekekekekekek~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...