CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

November 1, 2013

Pada Usia yg ini

1 November 1984 - 1 November 2013
Ya Allah
Telah 29 tahun

Pada setiap hela nafas yg cukup
Juga setiap nikmat yg sempurna
Tuhan masih memberi

Syukur
Pada usia yg ini
Masih punya ayahanda bonda disisi
Suami pencinta,
Anakanda pintar sempurna

Syukur
Pada usia yg ini
Punya keluarga yg erat
Keluarga mertua yg pengasih
Sahabat handai yg tak pernah mensunyikan

Ya Allah
Malu aku nak meminta-minta
Sedang semuanya Kau atur kemas-kemas
Memberi sehingga aku tak rasa kosongnya dimana

Tapi
Andai boleh diselit doa hari ini
Kau berilah nikmat sihat pada ayah bondaku
Juga nikmat sihat buat bonda mertua
Tak lupa kasihkanlah arwah ayah mertua ku disana

Cukupkan rezeki dan sempurnakan segalanya buat anakanda Adam Qaiser
Bahagiakan hati suamiku yg tak pernah jemu memberi bahagia

Ya Allah
Pada setiap seorang sahabat yg Kau kelilingkan aku
Ambil semua duka mereka
Gantikan dengan baik-baik
Gantikan dengan yang paling cantik
Berikan yang paling bagus bisa Kau beri
Gembirakanlah hati-hati mereka

Malu aku meminta-minta
Tapi Tuhan
Tunaikanlah
Kerna mereka semua
Terlalu banyak memberi padaku
Sampai tak mungkin terbalas

Amin Ya Allah.
Terima Kasih.
Beri aku peluang hidup
Yang entah ke berapa kali.





October 31, 2013

Tuhan tak beri apa kau nak

Dulu aku masa sekolah 
Cita-cita nak jadi penulis novel
Aku tak suka matematik
Aku benci sains
Menyampah subjek akaun / perdagangan
Aku nak masuk kelas Sastera

Tapi Tuhan bagi lepas PMR
Nama masuk kelas Sains
Belajar lah sains

Aku fikir tak apa
Janji bukan kelas perdagangan
Aku benci menjaja
Aku benci business
Aku benci jual-jual

Hujung selepas SPM
Tuhan "arahkan" akan ke Dungun
Diploma Business Study
Lepas itu corak aku ke Melaka
Degree International Business
Kemudian bawa aku ke UPM
Master Business Administration
Mungkin Tuhan kata
"punyalah kau taknak kan? Nah amik kau! Padan muka"

Gila
Aku bengang!

Dulu,
Aku taste lelaki kulit gelap
Bagi aku, kulit gelap nampak "lelaki"
Kulit cerah ni macam pondan
Tak nampak "gagah"
Nampak lembik 
Nampak tak adventurous

Tapi,
Tuhan kahwinkan aku
Dengan lelaki kulit cerah dari aku
Tak tahan panas matahari
Berpeluh sikit tak boleh
Bahang sikit tak selesa
Cahaya sikit pun silau katanya
Matahari kena kulit sikit mengadu pedih!

Banyak-banyak kita pinta
Mau dijodohkan dgn yg ini
Mau jadi seperti yg itu
Mau hidup yg begini
Mau ada yg begitu

Tuhan tak beri apa kau nak
Dia beri apa kau perlu
Beri apa kau boleh
Beri apa kau mampu

Mungkin apa kau minta tu nafsu saja
Bukan diri kau
Tak sesuai
Takkan beri faedah

Bersangka baik pada tuhan
Pada setiap pemberian
Pada setiap takdir

Aku dah lama belajar redha
Sejak Dia jarang memakbulkan pinta-pinta aku
Sebab aku tau
Mesti yang aku pinta tu merapu.....

So take a deep breath, sit back, and relax :)

October 25, 2013

Kenapa aku pilih natural remedies

Assalamualaikum.

Entry ini link dengan entry sebelum ini tentang bahan-bahan alam semulajadi yang aku guna bila anak aku demam. Tapi entry ni lebih kepada kenapa aku pilih bahan-bahan ini lebih dari ubat dari doctor.

Tolong jangan salah anggap, macam aku tak percaya perubatan moden dan sebagainya. Aku cuma kalau boleh nak kurangkan ubatan yang mengandungi bahan kimia dalam badan anak aku. Tu saja.

Speaking about hospital, doctor, medicine dan sebagainya, aku rasa dengan pengalaman Dadam admitted ke SDMC sebanyak 4 kali dalam masa 2 tahun, aku rasa aku "pakar" dah pasal ubat-ubat doctor untuk kanak-kanak so tak payah cerita banyak-banyak dengan aku. Aku naik hafal sudah.

TAPI, aku tak nafikan, ubatan moden kalau diperlukan, kita tak mungkin elak. Serah saja pada Allah, untuk sakit, untuk sihat dan sebagainya.

Aku join 1 group facebook ni yang aku tak boleh nak inform nama group ni sebab dia private. Hanya untuk parents yang percaya perubatan secara alam semulajadi sahaja. Kebanyakkan yang ada dalam group ni beli buku "Rasullullah is my Doctor" by Jerry D. Gray. Si Jerry ni dah masuk Islam pun dan pernah keluar TV3 ke TV9 cerita tentang buku dia.

Kenapa aku guna garlic?



“No other herb comes close to the multiple system actions of garlic, its antibiotic activity, and its immune-potentiating power.”
- Stephen Buhner in Herbal Antibiotics.

Jadi mak kena rajin, baca lagi kebaikkan garlic untuk immune system kita. Mat saleh siap minum saje cuka bawang putih untuk kesihatan sebab ia adalah ajen antibakteria yang sangat bagus.

Kenapa bawang merah/bawang besar?



They’re antibacterial, anti-infectious and antibiotic, a valid ally above all against infections of the respiratory tract and to fight the flu.- growththeplanet.com

Onions:  a close relative of garlic, onions have also been shown to have excellent antibiotic properties with a history of usage dating back to ancient Rome.  There is a long list of beneficial medicinal properties which has been directly attributed to the onion such as; herbal analgesia, anti-inflammatory substance, increases circulation, alleviating angina, and used in the treatment of the common cold and flu, and for people who have a persistent cough.


Kenapa cuka apple?



(NaturalNews) Apple cider vinegar has been used in folk medicine for hundreds of years. Apple cider vinegar has also been utilized to treat allergies, acne, flu, pets, and dermatitis. Apple cider elevates pH levels, increasing alkalinity in the body. It is anti-bacterial, antiseptic, anti-viral, and anti-fungal. Hippocrates recommended apple cider vinegar over 400 years ago.It's easy to come by, and inexpensive to use. Apple cider vinegar treats a wide variety of health problems It's an aid to the digestive system and cleanses skin and hair. It's best to purchase apple cider vinegar from organic apples. Vinegars that have been processed are stripped of the health-giving nutrients, so look for a natural unfiltered organic apple cider vinegar.(naturalnews.com)
Bagaimana sifat asid lemon / acv membantu merawat demam atau menurunkan suhu demam panas?

Ini kerana sifat asid membantu menarik haba daripada kulit dan menarik haba keluar dari kepala dan bersurai ke seluruh badan. Apabila haba dapat bergerak ia menjadi satu alat aktif untuk melawan jangkitan.



Kenapa aku letak di kaki?

Kerana kaki kita mengandungi kepekatan yang lebih tinggi kelenjar peluh daripada seluruh badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba.-Dr. Mehmet Oz, MD (http://www.sharecare.com/user/dr-mehmet-oz)


Kenapa aku tak pergi saja klinik?
1. Sebab sometimes dah malam buta, aku taknak dah buat kerja macam dulu pukul 2am seret anak pergi emergency klinik dekat SDMC semata sebab anak demam.

2. Aku rasa aku mula percaya perubatan secara semulajadi, bila aku dah selalu baca artikel-artikel mengenai ubatan yg kita beri pada anak adalah tidak berapa sesuai.

http://www.steadyhealth.com/articles/the-most-powerful-natural-antibiotics-a2496.html?utm_medium=web&utm_source=steadyhealth&utm_campaign=sideRelated

Paracetamol dan ubat yang masuk ikut punggung tu, ermmmmmm kalau boleh dielakkan better kita elakkan. Aku tak nafikan langsung, ubang punggung tu kalau masukkan pada anak aku, paling lewat, 1jam, anak aku confirm suhu badan turun punya.

Tapi bahan-bahan dalam tu? Tak suka aku nak terang panjang lebar. Mohon google apa ada dalam paracetamok dan ubat-ubat punggung segala tu, dan bagaimana organ badan akan nyahkan bahan-bahan kimia itu secara bersusah payah, dan apa pula kesan kepada organ badan kita kemudiannya.

Jadi, bukan aku kata TAK BOLEH MAKAN UBAT DOCTOR, aku kata kalau setakat demam biasa atau boleh di fikirkan OK lagi, kita cuba saja yang biasa.

Ok mak-mak, banyak gila aku belajar pasal perubatan secara alami ni. Teknik stoking saja ada pelbagai. lemon socks, garlic socks, wet socks, apple cider vinegar socks etc. 

Kalau rasa nak tahu, aku kena buat entry khas. Itu kena requet sebab malas aku tulis secara syok sendiri. Hehehehe

Selamat jadi ibu bapa bertanggungjawab. Aku tau kita semua sayang anak-anak kita. Kan?

Bye-bye all

Ubat Demam Adam Qaiser

Assalamualaikum

Hari ni korang buat apa je? Oklah, atas permintaan ramai di facebook after aku post gambar "ubat demam" Dadam masa dia demam beberapa hari lepas, nah, ini entry untuk terangkan apa yang aku guna.

Aku try ubat ni atas sebab-sebab tertentu. Sebelum korang judge aku macam-macam, aku nak tulis secara besar-besar dan terang-terang :


Anak korang, tanggungjawab korang, dan ikut suka hati korang nak buat apa pada anak sendiri. None of us is a good Mom to other's babies. We are a good Mom, to our babies sahaja. Jadi, kalau rasa ubat-ubat ini tidak relevan, tiada paksaan untuk amalkannya.



Demam Biasa:
Ok, kalau anak demam biasa, maknanya cek suhu dalam 36-38c sahaja, bagi aku yang anak dah selalu keluar masuk hospital sebab demam panas ni, itu suhu "normal" demam untuk anak aku. Kalau kena macam tu, aku akan sediakan:

2 biji bawang putih (ditumbuk tak payah lumat, pecah sikit je)
1 biji bawang merah / bawang besar (potong menjadi 2 bahagian)
Sedikit cuka apple
Air
Tuala kecil

Letak air dalam besen kecil. Letak tuala. Letak lebih kurang setengah cawan cuka apple. Rendamkan tuala dalam air tersebut dan lap badan anak. Kepala, leher, kaki, tangan etc. Buat ulang-ulang.

Bila anak tidur, letakkan garlic di tapak kaki anak, pakaikan stokin. Ini kita panggil garlic socks. CAUTION, ada budak tak tahan panas garlic ni, so esok pagi tapak kaki dia jadi merah-merah.

Gambar kaki Adam esoknya

So kalau macam tu, boleh bakar dulu, campurkan minyak masak/minyak kelapa, sapu je pada tapak kaki.

Bawang merah / bawang besar, letakkan berdekatan anak masa dia tidur, kalau die selsema, boleh bagi hidu masa die tidur, bagi bau sikit-sikit saja.

*cuka apple tu kalau tak ada, tak apa lah, kalau ada lebih baik*

Demam panas:
Untuk demam panas, aku pernah kena masa tu Dadam dekat Pahang, pukul 11 malam, tak ada klinik dah,suhu dalam 40c, aku buat mcm ni:

1. Ambil asam jawa, letak dalam air (ini bukan asam jawa dengan air yg cair-cair tu). Buat pekat gila, sampai rasa melekit. Macam paste yg cair sikit aje. Terus lumur 1 kepala anak, mcm pakaikan dia conditioner rambut. Kalau ada daun bunga raya, pergi petik, dan ramas-ramas dalam tu. Dia akan jadi berlendir sikit.

2. Ambil tuala basah, balutkan kepala anak yg berlumur asam jawa tu. Biarkan, tapi lap-lap juga pelepat kaki dan tangan. Minta maaf lah ya, tak payah harap dapat tidur, sila lap everytime rasa pelepat tu dah kering, sila lah berjaga malam.

*aku buat juga segala yg untuk demam biasa tu bila Dadam demam panas*

Batuk dan selsema
Yang ini aku tak buat lagi pada Dadam, tapi aku pernah baca jadi aku share. Bakar sikt bawang putih, sapukan dgn minyak, dekat dada dan belakang badan anak. Buat selalu masa dia tidur.

Mesti duk terfikir kejadah apa si Aini membebel ni pasal ubat dah mcm nak buat anak masak sweet sour plak ada segala macam bawang lah apa benda lah. Tapi aku cakap berdasarkan pengalaman. Dadam demam hari Rabu lepas, aku buat, Khamis dia dah panjat kepala katil, terjun atas lantai secara berirama.

Boleh rujuk entry ini pula, sebab kenapa aku prefer ubatan secara natural ni, berbanding sumbat Dadam dengan paracetamol.


Aku doakan anak-anak kita semua sihat walafiat. Kita-kita pun sihat supaya boleh jaga anak-anak kita.

*mood sedih bila ternampak gambar pegawai Ambank yg kena tembak dikepala, lepas tu nampak gambar sepasang anak-anak allahyarham yang umur 12 dan 8 tahun. Umur macam tu, kehadiaran "mak" dalam hidup adalah amat penting. Sebab nak membesar dan faham persekitaran, pergaulan dan sebagainya. Aku doa Allah sentiasa lindungi kedua anak-anak yatim tersebut, semoga mereka besar jadi anak-anak bijak dan soleh serta solehah. Amin*


October 22, 2013

Resepi Kuih Koci Labu

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Sampailah kita ke entry ke-3 utk hari yang bersejarah ini, iaitu entry syok sendiri dan bajet best - Cara-cara membuat kuih koci labu.




Saya belajar dari opah saya untuk buat kuih ini. Tapi masa 1st time buat, saya tukang bungkus saje. Yang lainnya Opah buat. Haha haih!


Lepas tu gatal pos di facebook, MIL nampak pula. Langsung balik kampung masa Raya Haji, MIL petik nak koci labu. Gila ke tak buat bila MIL suruh buat? Menggagau aku kejap nak fikir balik resepi. Nasib baik ingatan ni memang kuat lah, student lah katakan. Memang cepat tangkap visual dari mendengar. 

Nah resepi.

Inti
Kelapa parut (semua putih taknak tercampur tempurung)
Gula melaka / gula merah
Gula biasa
Daun pandan
Sedikit air

Koci
1/2 Labu (iyalah nama pun koci LABU)
4 cawan tepung pulut
Sedikit garam
Air yg dididihkan utk merebus koci

Santan
Santan kelapa
Tepung jagung
Garam

Kulit
Daun pisang yg dibasuh dan dilayur.

1. Letakkan sedikit air, letak gula melaka/merah, biarkan sehingga cair. 
2. Masukkan kelapa putih, kacau hingga kepala berwarna perang
3. Masukkan gula
Inti kelapa dan santan pekat

Rasa sehingga cukup manis dan lemak. Tak cukup sile tambah gula. Tak cukup perang tambah gula melaka/merah. Masukkan daun pandan, kacau sebentar sehingga sebati dan kering sedikit, tutup api. Sejukkan.

4. Masukkan santan kelapa dalam periuk, masak, letak garam supaya masin sedikit, bila dah masak letak tepung jagung, biar pekat sedikit. Sejukkan letak ditepi.




5. Kukus labu sehingga masak (dalam 15 minit)
6. Lenyetkan labu yg dah dimasakkan dalam mangkuk acuan



7. Habis lenyet, masukkan garam dan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga boleh dibentuk bulan-bulat.



8. Ambil inti, ambil sedikit koci, bentukkan leper, letakkan inti dan bulatkan. Buat sampai habis adunan.

9. Masukkan semua adunan tadi dalam periuk berisi air yg mendidih, masak sehingga timbul ke permukaan air.
10. Angkat dan sejukkan.



11. Ambil daun pisang yg dipotong 4 segi, letakkan santan yg telah dimasak di atas daun pisang, letakkan sebiji koci, dan kemudian curahkan sedikit santan lagi ke atas koci sebelum dibungkus.



12. Siap semua dibungkus, kukus dalam 15 minit sahaja.



Sedia utk di makan. Mudah saja. Tapi banyak step. Aduhai.

Korean Street Cafe

Hello,
entry kedua untuk hari ini ialah review utk Korean Street Cafe. Salahkan cerita-cerita Korea yang asyik tunjukkan makanan Korea sampai menjejes air liur makcik!



Suggested by my ex schoolmate, i finally managed to come here setelah memujuk husband sendiri yang memang tak makan makanan alien-alien. Alien utk dia, tak alien utk saya :)

Dan entry ini agak terlambat, saya dah lebih 3 kali ke sini. Saya combine semua makanan yang pernah saya order lah ok.

Senang cakap, Korean Street Cafe ni sangat selesa, environment sangat baik. Walau tempat ni susah parking (depan Taylor's college Subang Jaya) tapi owner dah sediakan parking khas utk pelanggan. So, anytime pergi, insyaa Allah ade parking.

Parking reserved


Makanan yang saya order banyak sangat sebab dah 3x lebih pergi kan, ada saya ingat ada tak ingat. Sila rujuk gambar di bawah, eceh.

Kalau duduk di bahagian atas boleh bersila

Husband order Ramen hahaha

kek beras pedas dengan ayam. Tak pedas sangat. Tabokki

ini ikan tuna salai

ni macam sate ayam

happily playing with daddy

Ni pergi dengan family tapi gambar makanan hilang ke mane ntah

ini pergi dating berdua

dinding dia boleh conteng-conteng



set menu

menu lagi

yang ni bulgogi rice. sedap!

tabokki without ayam. street style

my fav kimchi

tabokki atau kek beras pedas ni mcm makan pulut tapi pedas dan manis

interior atas

sebahagian contengan
ni dalam instagrem saya dah upload

Alahai, gambar masa pergi dengan family patutnya di upload tapi hilang mana tatau. Sebab ada Mee Kacang hitam, husband order, memang sedap. Dan ada nasi goreng utk Dadam, memang sedap gila. Rasa nak upload video lah. Tapi mana video aku masukkan dalam instagrem tu eh?? nanti jumpa saya upload lah. Missing segalanya pun.

So review Korean Street Cafe ialah 8 bintang. Kurang 2 bintang sebab kat atas tu ruang dia sempit bila duduk beramai rasa sesak nafas. hahahahaha :)



Vacation to Sabah with in laws, Sept 2013

Hello, 
Baru nak update vacay bersama in laws ke Sabah. Ya betul. Tahun lepas dah pergi tahun ni pergi lagi? Jawapannya tahun lepas family sendiri, tahun ni bawa MIL dan ipar biras segala pula. Lagipun, Sabah is such a beautiful place, great view and value for money too. Tahun lepas saya bawa 18 adults and 5 kids. Tahun ini bawa 14 adults and 2 kids.

Tiket pergi balik including tax insurans, luggage and seat ialah maximum RM200/person sahaja pergi dan balik. Beli masa AA sales lah seperti biase. I must say that this isnt the cheapest i got sebab sebelum ni, saya dapat RM130 returns for 3 person ke Sabah tahun lepas.

23hb Sept, 2013
Bergerak ke LCCT dari Shah Alam dalam pukul 4pm. Sampai dalam pukul 5pm dan kami check in dalam pukul 6pm. Sepatutnya flight pukul 715pm tetapi delayed selama setengah jam.











Gambar dalam kapal terbang.











Sampai di airport KK dah pukul 1030pm, jadi kereta sewa dah menunggu, kami terus ke homestay kami di Tanjung Aru Lama iaitu D'Putih Homestay. Kami ambil 2 rumah, 1 rumah 3 bilik, dan 1 rumah lagi 2 bilik. Review utk homestay ini ialah, selesa, katil baru, ada peti ais dan tv juga wash machine, lokasi tidak terlalu jauh dari pusat bandar, dan bersih. Cuma panas sedikit sebab aircond tidak dipasang di semua bilik di dalam rumah. Harga homestay ini ialah RM160 (utk 3 bilik) dan RM130 (utk 2bilik).













Sebab lapar, kami cari makanan dan hanya terdapat 1 restoran thai dekat dengan homestay, tapi harga makanan ya ampunnnnnnnnnnnnn mahalnya. Mee goreng biase, RM8 sepinggan oi. Bersyukur lah kat semenanjung RM3.50 sahaja hahaha.



Esoknya check out. 

24hb, Sep, 2013
Check out dari D'Putih Homestay dan kami memulakan perjalanan ke Kundasang. Yes! Tempat paling best sekali di Sabah selain pulau-pulau yg saya pun tak pernah jejak. On the way ke Kundasang, kami singgah di Rumah Terbalik. Dalam ni, semua terbalik, toilet pun terbalik.









Kemudian singgah di jambatan Tamparuli, oleh keranan saya dah pernah pergi, saya tak turun sebab cuaca panas sangat, takut Adam Qaiser demam. Yang lain sibuklah bergambar di atas jambatan.







Perjalanan diteruskan sampailah ke pekan Nabalu, berhenti membeli barang-barang macam padi huma, pisang merah, dan mcm-mcm lagi.




Seterusnya kami singgah pekan kundasang, semata nak ambil gambar sahaja :)





Dan akhirnya perjalanan selama hampir 3 jam dari KK ke Kundasang, kami sampai di Kiram's Village. Tempat saya menginap bersama keluarga tahun lepas. Sangat-sangat cantik dan berbaloi.






Kami check in, dengan mengambil 4 unit chalet iaitu:
Carrot cabin : 7 adults 1 kid
Broccoli : 2 adults
Chilli : 3 adults
Onion : 2 adults 1 kid

Sampai dalam pukul 3pm, pukul 4pm kami bersiap ke Desa Cattle Farm, apa lagi kalau bukan tengok lembu-lembu putih hitam dan ambil gambar pemandangan yang sangat-sangat cantik. Dia bukak sampai pukul 5pm sahaja dan RM3/person utk masuk ke sini.

















OK, selesai tengok lembu, kami balik ke chalet untuk berehat. Suhu di Kundasang ialah 18c dan adalah disarankan membawa baju sejuk serta stoking utk kanak-kanak. Malamnya kami adakan BBQ (boleh request dengan Kiram's Village mereka akan sediakan dengan additional fee) dan karaoke (free) sehingga jam 10pm.


























Esoknya kami check out pagi-pagi selepas breakfast, oh ya, di Kiram's village tak perlu makan jauh-jauh, makan sahaja di cafe dalam kawasan chalet, tukang masak cafe ni muslim dan dia masak memang sedap. Serius tak tipu :) dan ini ialah gambar-gambar pagi di Kiram's village berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu yg cantik.










Check out time!







25hb Sept, 2013
Kami turun semula ke KK, tapi sebelum itu kami naik ke Ranau utk pergi Sungai Moroli melihat ikan kelah. Kat sini ikan kelah jinak dan akan gigit-gigit kaki untuk hilangkan sakit kulit rasanya. Syok gila :) lepas tu sambung mandi di sungai tu juga.























Dari Ranau nak ke KK, akan jumpa semula Kundasang, jadi kami singgah ke Kinabalu Park, lepak di kaki gunung kinabalu tapi hari gelap dan hujan renyai, tak ada view. Last year pergi memang sangat cantik. Tapi this year tak ada rezeki. Walau mcmmana pun, bergambar adalah mesti!







Perjalanan diteruskan sampai ke KK, dan kami menginap di A&J hotel memang terletak betul-betul di depan Pasar Philippine. Sesiapa yg datang KK hanya utk shopping dan makan seafood, saya suggest duduk dekat sini, sebab dekat gila 20 langkah aja sampai pasar, 20 langkah saja pasar malam, dan jalan dalam 5 minit, tempat makan seafood. 







Tapi kena tahu juga ini budget hotel, jangan tanya swimming pool kat mana pulak ya? haha Tahun lepas memang tak berapa shopping sedih gila sebab tak ada banyak masa macam trip tahun ni. dan tahun lepas lokasi apartment Marina condo tu agak lenguh lah nak berjalan sampai tempat shopping.

Malam terakhir kami makan seafood! yeayyyy as usual mencari lobster. Masih murah macam last year, seekor lobster sekali masak RM30. Oklah kan? sebab masa preggy dulu husband belikan seekor lobster sebab mengidam dekat RM100. Pastu aku masak sendiri plak!







Kami makan utk 1 group ni dalam RM20 seorang lauk pelbagai lah ye, ada pari bakar, sayur, sup dan sebagainya, tapi saye suggest utk pergi survey semua gerai baru decide makan di mana. Tempat ni ialah bersebelahan pasar kraftangan. Dekat saja. Jalan kaki dari A&J Hotel.

Sempat jumpa member sekolah yang kerja kat Sabah kat tempat makan ni jugak, berborak-borak sambil yang lain dah start shopping kat pasar malam bagai. 



Rumah si Mira ni dekat Port Klang satu taman aje dengan saya. Tapi Raya pun tak berjumpa. Cuti biase pun tak dapat jumpe disebabkan kekangan masa dan selalu clash activity. Rupanya dekat Sabah baru jumpa. Hope to see you soon lah bila habis projek Sabah tu ok! Member pass kan kopi Tenom untuk parents dia dan saye pun dapat juga "upah" kopi Tenom. Eh, sedap kopi tu. Yg tak minat kopi pun boleh minum habisssssssssss :)
26hb Sept, 2013
Esoknya kami check out jam 730pm, dan terus ke airport nak balik ke KL semula. Semua muka happy saja, semoga kenangan di Sabah ni terpahat dalam ingatan dan menjadi semangat utk kita kumpul duit lagi, dan pergi vacay lagi!! yeayyyyy




Details:
D'Putih Homestay : 013-874 3761 Pn Hjh Saadiah
Kiram's Village : 016-6950057 En.Jamal
A&J Hotel : Booking.com
Kereta sewa avanza : 013-874 3761 Pn Hjh Saadiah
Kereta sewa Myvi dan Saga : 013-2009720 Redzuan

saya sangat puas hati dengan kereta sewa yg saya ambil ni. Kereta baru, good condition, bersih, dan alhamdulillah berpatutan. Avanza RM180, Myvi dan Saga RM100, sehari.

Untuk rujukan, trip saya ke Sabah last year, sila klik Family Vacation To Negeri Di bawah Bayu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...