CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

December 24, 2010

Birthday bersama BFF

Entry telah lapuk. Namun perlu diletakkan kerana memang birthday celebration tahun ini adalah best seperti tahun2 lepas. Saye ade 3 org BFF. Bukan bermakna selain dari 3 org ni anda bukan kawan baik saye ye :) cuma 3 org ni adalah org yg selalu ade dgn saye susah dah senang.

3 budak hitam ini juga adalah seperti medicine setiap kali saye "keracunan"...hihihihi kalau saye marah org, bengang dan rase seperti nak pergi mencalarkan kereta seseorang disebabkan emosi yg terlampau, maka BFF saye akan jadi "perisai" dgn berkata "sudah lah Aini...udah aku kate!!"... atau ayat berbaur berlagak seperti "eleh,yg dia kutuk2 kamu tu die hengat die tu bagus sangat, u are much more better lah!! believe me!" fuyyooo inspiring kan? kan? kan (T_T)

Kami jumpa masa kami di UiTM Dungun Terengganu. Dan kami melekat seperti adik beradik sampai kesudah. Hihihi after habis belajar, kami buat macam satu perjanjian, sebab masing2 duduk sgt jauh and further study juga jauh2 utk degree, kami kata, setiap kali birthday salah seorang dari kami, kami akan kumpul dan celebrate! yey~!!

Jadi setiap tahun pun tak perlu risau memang akan dapat hadiah dari BFF :) Tahun ni sama lah, menyambut hari jadi saye bersame mereka. Nani dan Gee. Emy tak boleh join sebab dia jauh. Biase akan bertukar hadiah dengan Emy sebab mak die beranakkan die sehari selapas mak saye memberanakkan saye..ekekekeke :)) Tapi tahun ni hadiah mcm pending aje..kan emy??? hahahaha

Tahun ni celebrate di Italianese The Curve, makan dgn banyak. kemudian kami bergambar sakan, Dan sesi penyerahan hadiah pula sebelum melangkah menonton Harry Potter. Cerita En.Potter adalah fav kami since Emy beli buku Harry Potter masa belajar kat Dungun, dan Nani asek lah bace buku tu, lantas saye dan Gee yg mmg tak suke membace buku tapi nak tau ape saje lah cerita Potter ni terus kene tengok wayang dari Potter 1 sampai yg latest supaya tak ketinggalan zaman bila Emy dan Nani cerita pasal dunia magic En.Potter!

Oklah, layankan gambar-ganbar di bawah ye. Sesungguhnya melepak bersama BFF adalah saat2 yg sgt menyeronokkan seperti sangat2 muda bila bergossip dan ketawa bagaikan kuntilanak di tengah2 org awam, sungguh tidak sopan. Yg mengandung (saye lah siapa lagi) lagi lah seperti tak tentu arah, dan seperti terlupa perut besar dan tak boleh nak cakap banyak nanti mengah. Eh, i noticed something, apesal tak pulak mengah kalau bergossip dgn BFF?? AJAIB~!! hihihihi...
 my bffs :)

 Menu ke 2 - sedap!

 Menu ke 3 - masih sedap cuma tawar

 menu ke 3 - rangup dan sedap!

 Menu terakhir - yummy!!

 hadiah dari BFF nani - Love it!

 Hadiah dari BFF Gee - LOve it to :)

 Aktviti bergambar :)

Tiba2 nampak Fafau..hihihi

eh lupa, bodyguard of the day :)

To Nani and Gee + Moktam,
Thanks for the celebration. I love you bff, from the day we met, until forever! U are just like my siblings. Lets grow old together ya! Muuuuaaaahhhxxxxx~

November 27, 2010

Resepi Paprik Ayam (hahaha)


Hi Readers,
Ini adalah entry paling sadis (T.T) kerana tidak tahu nak tulis apa diblog, dan entry terdahulu telah pun 7hari berlalu. Hehe Sila abaikan entry ini jika ia muncul di dashboard blog anda ok!

Saban minggu, Isnin hingga Jumaat, kami suami isteri bekerja. Hanya Sabtu dan Ahad sahaja masa untuk bersama-sama berbual panjang dan me-relax-kan diri. My the other half adalah seorang yg rajin ke dapur (lebih rajin dari saya (T.T)) Errkk... dia suke memasak dan saya pun suke cuma tahap kemalasan saya mungkin agak lebih berbanding dia.

Hari ni, dia bangun pagi dan mintak saya masakkan sawi goreng cina. Saya terpinga2, "oh apekah sawi goreng cina? tak pernah dengar pun. Ape mintak pelik2 ni.....urghhhhh". Dia diam dan angkat towel terus pergi mandi. Saya pula turun bawah dan buka lemari es (peti sejuk) utk lihat apa ada dalam peti sejuk. Hasilnya, bukan sawi goreng cina yg ku masak, tetapi paprik ayam. Hahahaha ini resepi org pertama kali membuat paprik ayam mengikut citarasa sendiri (nasib baik menjadi). Kuikuikuikui

Bahan-bahan:
1/4 daging ayam (bahagian isi sahaja) di potong kecil
Sedikit kacang panjang di potong
Sedikit lobak merah di potong memanjang
Sedikit kubis
1 batang saderi di potong kecil
1/2 cawan sos cili maggi
1/4 cawan sos tomato
3 sudu kicap manis
1 kiub pati ayam maggi
2 batang serai dititik
5 helai daun limau purut
5 biji bawang putih dan merah ditumbuk
1 labu bawang besar dipotong 4
1/4 halia di titik
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :
1. Goreng ayam sehingga separuh masak
2. Masukkan bawang putih dan merah yg telah ditumbuk, dan kiub pati ayam (tumis hingga naik bau)
3. Masukkan sos cili dan sos tomato dan kicap
4. Masukkan serai, halia dan daun limau purut (biarkan seketika)
5. Masukkan sayur-sayuran yg telah dipotong
6. Masukkan bawang besar
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
Biarkan seketika sehingga ayam masak dan sayur2 agak layu supaya bila makan gigi tidak tertanggal dek ayam yg mentah jugak sayur yg keras. Hehehe

Ok dah siap, pastikan apabila telah siap die seperti gambar dibawah atau paling tidak pun seperti Paprik ayam di kedai siam yg selalu anda pergi. Sekian

My the other half makan sebelum dia pergi kerja (Sabtu kerja? Ya..kerja, Bangla pun salute dia sebab Sabtu pun pergi office! Haih). Kemudian saya pula makan bersame air sunquick ais (ooopss, husband kata tak boleh minum ais, bila dia dah pergi kerja baru saya makan...boleh minum sejuk2..hehehe) Burp~ Alhamdulillah! Selamat mencuba...(ahahaha ade ke org nak cube atau dalam dunia ni saye lah org terakhir yg tahu masak paprik) theeeheehee (T.T)

Ok, sekarang terase malu, bye!

November 15, 2010

Jangan Tolak Rezeki dgn Alasan Bodoh

 alalalala comelnya awak ni.. :)

Bercerita pasal masa pertama kali saya disahkan mengandung, rasa mcm satu dunia ni seronok dan happy sangat2. Walaupun pada masa tu, ada masalah yg melanda rumahtangga (bukan masalah suami isteri), tapi semuanya mcm lenyap, bila saya tau, saya bakal menjadi ibu. Alhamdulillah.

Masa tu, saya sms semua kawan2 baik. Saya share perkara ni dgn org2 yg bermakna dalam hidup saya, dan rase seperti dunia ni meraikan "kedatangan" seorang lagi insan baru 8 bulan lagi nanti...Indah....perasaan yg saya akan rasa hanya sekali seumur hidup, iaitu rasa pertama kali mengandung.

Rezeki, memang rezeki, kami suami isteri tak pernah merancang utk dapat anak cepat atau lambat. Go with the flow. Dan redha. Tu kunci kebahagiaan kami sampai sekarang. Ada duit, tak ada duit, masa susah, masa senang, cukup makan, tak cukup makan, ada duit minyak, tak ada duit minyak...semua tu bukan masalah kalau perkara tu terjadi. Kami suami isteri happy. Ada duit byk pun kami ketawa, tak ade duit byk pun kami tetap bersyukur.

Semasa semua org yg tau akan perubahan hidup yg bakal kami lalui 8 bulan lagi ketika itu mendoakan yg terbaik buat kami sekeluarga, juga mendoakan yg kami suami isteri tabah dan cekal dalam mengharungi hari2 bahagia menanti cahayamata pertama kami, ada juga rupanya insan yg kurang senang dgn apa yg kami ada.

Lantas, mereka2 ini mengata dibelakang kami, kononya kami ni tak sabar nak dapat anak, tak plan, gelojoh, dan tak ada persiapan rapi sebelum decide untuk dapat anak. Terkejut? tak perlu terkejut. Manusia kan memang mcm tu. Apabila tak mendapat sesuatu, mula mereka cerita karut marut kononnya meraka tak mahu perkara tu, tak ingin, tak kisah, tak nak langsung bla bla bla bla bla....

Aneh..sebelum teruskan membaca, saya harap anda tahu, ini adalah sekadar pandangan peribadi saya. Pandangan saya, mungkin berbeza dgn pandangan anda. Jgn tersinggung tak tentu hala. Saya tidak bercakap mengenai sesiapa, hanya sekadar ingin berkongsi idea dan kisah2 yg terjadi disekeliling saya hari ini.

Ada mulut2 dan bibir2 yg rancak berbicara soal zuriat. Kononnya tidak mahu mendapatkan cahayamata pertama (pertama tau, bukan kedua,ketiga dan seterusnya) kerana takut kedudukan kewangan tidak mencukupi lantas memberikan impak kepada anak yg bakal lahir. Bingung sebentar saya dgn kenyataan ini. Anak adalah rezeki, anak pertama lebih2 lagi, umpama pembuka pintu rezeki baru bagi pasangan suami isteri. Kenapa perlu takut? kenape perlu gelisah ?

"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS Nuh : 10-12)

Anak itu anugerah dan "rezeki" yg tidak ada nilainya. Dari dia, Allah salurkan rezeki yg kemudiannya ibu dan bapanya pun akan menumpang atas rezeki itu insyaallah. Jadi, kenape mesti telinga saya mendengar sebilangan org2 berkata "aku memang taknak ada anak. Aku nak ada rumah dulu." atau "aku memang taknak ada anak, aku nak ada semuanya lengkap dalam hidup aku, senang nanti anak aku lahir dia cukup segalanya."

Sadis...seperti org yg tak percaya wujudnya tuhan utk memberikan rezeki yg halal dan mencukupkan apa saja yg tidak cukup dalam hidup kita seharian. Takutkan harta yg tidak mencukupi lebih dari menerima amanah Allah. Dah la selama ni pun ape yg dipertanggungjawabkan tak buat2, lepas tu sekarang tolak pula bila Allah beri green light utk menambahkan pahala dgn mudah. Pening aku ni eh!

Org sebegini patut berfikir dulu sebelum mengulas tentang org lain mengandung dan dia taknak kahwin atau mengandung. Kalau lah ibu bapa dia dulu fikir mcm dia, mungkin sekarang ni dia baru lahir kedunia atau tak pernah dilahirkan ke dunia. Dulu masa ibu bapa kita kahwin, mereka pun tak kaya. Harta tak ada 1 juta pun. Kereta pun tak ada. Ambil contoh diri sendiri, when i was born, 26 years ago, my parents dont have anything in hand yg luxury. They dont have their own house, they dont even have a good car. I remembered watching my father tolak kereta buruk kami yg rosak tepi highway, kereta tanpa aircond, yg ada hanya kipas kecil, ayah halakan kebelakang utk kami adik beradik tidak panas bila pergi jalan2.

My mother at that time bukan executive pun, clerk aje kat bank before long after that she has been promoted lah kan. But masa i kecik, i dont have anything yg nak dibawa kesekolah dan show off pada kawan2. Saya tak ada Barbie doll house. Tak ada barang2 branded utk ditayang pada kawan...but look at me now...how they raised me up?memang hidup saya tak mewah masa tu,tapi I belajar, masuk Universiti, ada Diploma..ada Degree, coming ada Master and insyaallah akan terus habiskan belajar sampai yg i boleh. I jadi org, takde jadi "binatang" pun. I jadi manusia yg tahu bersyukur, tak ada jadi manusia yg lalai dgn kebendaan. I ada sifat kemanusiaan, kasih sayang dan rasa malu utk bermegah2, tak ada pulak i jadi mcm tikus jatuh ke beras sampai nampak gaya mcm nak mati dalam beras dah sekarang. Kan?

So, mana kebenaran akan kata2 dan pendapat, kawin jgn ada anak awal. Prepare habis semuam baru fikir ada anak. Jgn gelojoh. Jgn itu, jgn ini. Kalau dah gila tu...gila jugak HELLO.....KAU POYO. Sepatutnya mereka merasai dan menginsafi diri sendiri, kalaulah rahmat itu Allah tarik. Macam insan2 dan pasangan2 yg dah kahwin lama, tapi belum dikurniakan rezeki. Mereka2 ni Allah uji dgn sangat HEBAT. Berusaha, berhabisan wang ringgit, hanya utk mendapatkan apa yg dinamakan CAHAYAMATA. Kesimpulan kat sini mudah. Kalau dah taknak anak, atau mmg dah tak tau nak bagi alasan apa sebab kau sehat walafiat tapi tak ada anak, anggap saja tiada rezeki. Nothing is wrong with that answer. Org akan faham, tak perlu burukkan dan bandingkan pula dgn org yg dapat anak cepat. Dan mengata mcm2. Macam org hilang akal. Kan mudah?

I got a friend of mine, my bff, facing this prob. Tapi, dia belum pun setahun kahwin, which mean, this condition still ok lah. Kalau dah 3 years and above maybe itu akan saya pandang dgn sgt2 serius. Tapi betapa tabahnya hari2 yg dia lalui dgn penuh harapan tu membuatkan saya rasa dia more than a tough lady! and that is why i love her so much and always pray to Allah supaya dia dapat apa yg dia hajatkan selama ni.

Mungkin yg diluar sana juga ada yg melalui keperitan sukar mengandung atau susah untuk dapatkan anak atas masalah2 kesihatan dan sebagainya nak share any info or share perasaan dgn my friend ni, boleh klik disini. She is a good friend of mine, dan dia juga suka share macam2 dgn org lain terutama berkenaan dgn how to get pregnant ni. Dan dia dedicate kan her blog untuk share ape saje yg dia cuba dari masa ke semasa utk mengandung.

Semoga isteri2 diluar sana yg menahan diri dari hamil bace dan fahamkan perasaan sukar menjadi ibu bukan kerana tidak mahu jadi ibu, tapi kerana TAKDIR. For Emy Suraya darling, you will get ur angel soon enough, insyaallah. Keep on trying and never give up. Bila dapat aje, kena ingat, aku hari ni dah booked as GODMOTHER, biar lah tahun bila pun anak kau nak lahir...Faham? Love you always!

Sekian utk anda, dan untuk saya. Utk semua pengantin baru yg saya kenal, yg baru aje kahwin last week, atau last 2 weeks, atau akan kahwin, ingat pesan saya, rezeki datang dari DIA, kalau tak tahu bersyukur pun, at least kita RESPECT apa yg DIA dah plan utk kita. God knows the best! Selamat Pengantin Baru, utk officemate, Haslam & Muriani, schoolmate, Sutila & Ma, ex-officemate Reen & Ishak. Welcome to our club!

p/s: nak wish utk BFFG & Moktam, tapi tah bile nak kawen entah...lambat betul nampaknye kamu ni ye!
 Pada yg lain, ini doa murah rezeki ye. Jom amalkan :)

November 12, 2010

My birthday and Baby 3D / 4D scan

hubby siap cakap, takkan nak tulis happy birthday B, romantik sgt nanti mama tgk malu..hahaha

Hi all,
Lama tak update dan tak ada entry baru since hati melonjak riang after dapat tawaran TPM last month. Well, November.............dari dulu lagi November memang bulan yg paling i suka. Kenape? Sebab hari lahir i adalah bulan November, dan ramai orang2 istimewa dalam hidup saya juga lahir dalam bulan best ini.. hohohoho~ as if bulan lain tak best kan? Ok, saje aje membakar hati kamu..ok lah, bulan kamu semua lahir jugak best, cuma bulan November lebih2 best! hahaha :)

I was born on 1st November,1984 (cewah,mcm nak buat karangan kan?karangan english pasal "My Self" kan) mentang2 hujung minggu ni kene pergi exam PTD ade segala karangan English BM bagai, kau dah merepek kat blog...huhuhu..ok kembali....dan every year, 1st November memang hari yg i akan tunggu (mcm budak2), dengan harapan ade dapat hadiah...waaaaaahahahaha~

This year is the 1st time i celebrate my birthday as a wife. Jadi, few days before (eh few days ke? bukan sebulan sebelum ke??hahaha) i dah hint2 dah hubby, supaya dia tau birthday i dah dekat sambil tersengih2...hubby i mmg cool...cool sampai die pun buat tatau je walau dihint hampir ratusan ribu kali dalam sehari.....die buat tatau aje dan hatiku kesakitan betul..lebih sakit bila BFF yg sedang berYM bersama i setiap kali office hour juga lupe yg next weeknye adelah besday i...haih

Apekah sebenarnya tahun ni? On 1st Nov,2010, hari Isnin, i KERJA!!! aaarghh,,,tak cuti :( bangun pagi2 i pergi keje hubby hantarkan, then die wish lah Happy Birthday semua kan...actually dia dah wish tepat pukul 12 midnight malam tadi. Then after woking hour, hubby amik i balik kerja dan beli cake Tiramisu + coffee + coklat :) sedaaaaaaap! Tenkiu ye darling. Then BFF semua juga ucap selamat hari lahir, kawan2 fb, sms byk masuk dan fb juga byk post pada wall.. Thanks again semua ye... :) *dah mcm ucapan anugerah skrin tv3* hahahahaha

Hadiah? Oh, hadiah dari hubby adelah sandal for pregnant lady..brand SCHOLL...memory cushion, sgt selesa ye Puan2 :) sila cuba kalau tak percaya, Cari Memory Cushion, mesti korang habis terpikat sebab habis selesa mcm tak pakai kasut dan walaupun badan berat rase mcm tak susah berjalan...best! Ye...memang last month telah beli sandal Hush Puppies, tapi hubby kata die tgk i pakai HP mcm tak selesa (padahal cemane laaa dari tengok dia boleh rase? i yg pakai, i tau laa selesa ke tak!) so die belikan kasut for my birthday. Yela, maybe dia tgk HP tu mcm utk bergaya bukan nak selesa sgt, so kalau suruh i beli SCHOLL ni mesti i taknak sebab ni kasut and brand org tua kot..ekekekekeek so bile die beli as present, takleh tolak..oh??? Bijak kau! Hadiah from BFF?? oh belum lagi ye...semuanya postpone sehingga hujung bulan ini untuk celebrate kate mereka...well tak kisah, sebab dah biase! hahahaha :) Love u still BFF..no worry!

Ok habis, jom cite pasal baby, munchkin now dah 6months, and i buat scan details, 4D scan last week, hari sabtu....besstttt...bukan dgn Dr.Ummul, sebab die invite pakar dari luar bila nak buat detail scan ni..chinese doctor....lady, dan sangat baik..sebab melayan lah i yg byk tanya ni. Actually pada sape2 yg tak tau, detail scan dibuat adalah utk mengenal pasti sebarang kecacatan fizikal dan juga kecacatan otak yg terdapat pada bayi....juga mengetahui keadaan fizikal bayi sepanjag development die as fetus lah kan..

Ok, on that day my appointment was at 530pm. I pergi UMRA and tunggu sana sampai lah they called my name. Hubby and i sgt excited sebab bila 4D dapat tgk video muka anak..nak tgk sgt *sgt tak sabar punya manusia!* masuk aje bilik tu i terus baring, then start lah activity scan2 ni..at 1st die buat 2D aje...sampai lah beberape keping gambar die amik, puluh2 keping..doc cakap mcm ni...

"otak, normal, bagus, tempurung ade belum tutup, meaning brain still can grow lagi, tangan..ade dua, jantung bagus, kaki ade dua, tulang paha bagus, tulang tangan bagus tak bengkok2, tulang belakang tirus dihujung, maknanya sgt bagus dan normal, bahu lurus, jarak antara dua soket mata normal, hidung normal.mulut penuh, bibir penuh maknanya tak ada sumbing....bla bla bla.." yg i dengar just NORMAL, BAGUS, GOOD....tu je..hahahahaha :) otak masa ni melayang sebab nak 4D..taknak 2D ni..mulut tak sabar ni,,terus je potong cakap doctor tu...

"Today i tak dapat tgk muka dia ye? semua 2D aje....." masam sikit muka time ni...yela, berpuluh keping gambar die amik, semua 2D kot...mcm takde 3D and 4D aje..then doctor tu cakap camni :

"nanti2, i akan tunjuk u 3D punya gambar and 4D utk video...kasi u tgk hows ur baby looks like"...melonjak hati aku terus! hehe

Saat yg ditunggu2 tiba juga akhirnya, Dr buat 3D / 4D scan utk tgk ape entah lah munchkin buat kat dalam. Oh, lupe beritahu, my munchkin ni teramat sgt lah active Dr kata.. Cepat dia lari, pusing tempat lain, paling muka, dan setiap tempat scan machine tu ada dia akan tendang tempat tu. I nampak dan rase jugak. So, i urut2 sikit perut i, sambil dalam hati suruh dia duduk diam2...i cakap mcm ni aje " Haip!! Baby duduk diam, mummy nak tgk muka, kalau tidak mummy rotan nanti!!!" ok......tak diam pun...tendang jugak. Pasrah..

Dalam video tu masa pertama kali tgk, Dr very focus.....kasi i tengok lama2...Ya Allah...indah saat tu. Sebab i nampak munchkin macam tengah minum air. Mulut ternganga, then kemam2, lepas tu nganga balik, mcm tengah makan....Then, die senyum lebar sangat2, dan ternganga sikit, mcm tengah ketawa. Mata tutup rapat, tangan pulak garu2 pipi, pegang2 mulut sendiri, and after few minit, mcm tau ramai sgt tengah tengok ape dia buat, terus die pusingkan muka kebelakang....tak dapat lah i tengok lagi.

Semua Dr captured, and simpan dalam CD. Dari 3D/4D ni jugak Dr. kata confirm lah munchkin adalah boy :) Alhamdulillah tak kisah lah boy atau girl asalkan sihat dan i boleh bawa balik secepat mungkin after give birth. Hubby and i was so happy and excited seperti biase. Dr kata baru masuk 6 months jadi baby tak ada isi lagi.. tak berisi laaa tak tembam2.. kalau nak tgk yg berisi sikit, dia suruh buat lagi end of Dec or Jan 2011. Memang i akan buat sebab mcm asyik suke nak tgk muka anak sendiri. hehehehe

Ok, total cost utk scan detail ini adalah RM135.00 termasuk 17 keping gambar 2D (kaki,tgn,tulang kaki, tulang belakang, otak, jantung, soket mata, hidung, mulut etc), 7 keping gambar 3D dan 2 video baby movement plus, consultancy dan ubat. Murah? yeeeee...sangat murah dan berbaloi yg teramat sgt ye :) highy recommended juga.

Baiklah, kat bawah ni video munchkin yg i dah edit (padahal hubby yg edit, i arah2 aje..hahaha), enjoy it ya!

Oh ok, for those yg tak tahu ape beza 3D and 4D scan (dulu i pun tak faham), ni i quote dr babycentre.com:
"3D scans are still pictures of your baby in three dimensions, like the photos you sometimes see in newspapers and magazines. 4D scans (with time as the fourth dimension) are moving 3D images of the baby. If you decide to have a 4D scan, you may be given a recording of it on DVD."

ok, tata :)

October 20, 2010

Tawaran Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM 2010

Hi all,
Tak tahu mana nak mula. Oklah, early this year, could not really remember maybe bulan February or Mac, i dapat panggilan from UiTM utk di interview bagi mendapatkan biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM 2010. Ape tu TPM??Adeh...TPM ni skim biasiswa utk siapa2 yg berminat untuk jadi lecturer UiTM tapi tak ada Master atau PhD. So, UiTM akan bagi biasiswa utk further study dengan syarat lepas habis pengajian mestilah berkhidmat dgn UiTM selama at least 7 tahun atau kene bayar gantirugi.

Ok lah,i memang nak jadi Lecturer, since i habis degree Nov, 2007, i apply for TPM ni tapi tak pernah dapat untuk interview pun...huhu nampak sgt lah i tak mampu bersaing dgn ramai gila org best2 yg apply at that time. Tapi i still believe konon2 i bijak laa kan, boleh buat Master, and result Degree i bukan hampeh pun, i sgt layak berdasarkan result tu. Huhuhuhu tapi, rupenye, memang lah walau menepati syarat tak semestinya akan dapat utk dipanggil interview. *sigh*

Then kisahnya, i apply lagi end of 2009, utk biasiswa 2010, dan tiba2 i dapat surat untuk interview. Wah, betapa gumbiranya hati beta hahahaha dan i pun dgn happynya terus lah konon2 study entah ape2, but frankly speaking, tak study sgt pun sebab i dah kerja 2 tahun, i betul2 lupa ape tu study! aarghhh....so dgn ala kadarnya i pergi interview tu dgn harapan menggunung i dapat biasiswa ni. Oh please lah. Sgt pemalas masa tu! I kene buat presentation slide (mock teaching), so i pilih tajuk Recruitment and Manpower Planning sebab sekarang i keje bende tu kan.....siap 10 slide saje..hahaha

On that day i went for interview dgn hanya slide dan notes2 kecik ala2 nak berdebate gitu. Then, guess what happened next? ah tak payah next, terus end of that interview day tu kan..ape jadi, i keluar bilik panel tu, i cepat2 terus masuk kereta i, dan ape lagi, i pun menangis laaaaa...hahahahhaa sebab, rase mcm telah membodohkan diri sendiri! i tak jawab soalan2 yg diberi panel. Of cos soalan tentang diri sendiri i jawab dgn excellent nya, tapi bila tanya issu semasa, Ya Ampunn!!!!!! Aku FAIL semuanya....cuma i pandai lah merepek2 kan, so i merepek aje sepanjang dalam interview masa soalan issu semasa tu. Dalam tu dah rasa nak menangis dah..i tahan aje.

Sebelum tu mock teaching dulu, before i was a group of Human Resource punya applicants tau. Dorang apply TPM untuk jadi lecturer HR, i pulak apply utk jadi lecturer International Business, konon nak further study IB lah, sambung sebab dulu degree i amik IB....then bila nama i kene panggil, panel terkejut sebab i buat presentation utk tajuk HR....tgk tu!!!!!!!!!!! arghhhhhhhhhhhhhhhhh~!!!! mane i tak menenges, i tak ikut tajuk ok.........benci laa masa tu, nasib baik panel suruh i teruskan aje mock teaching. Tapi masa tu i dah kelam kabut sebab tau i silap dah..benci!

Well, itulah cerita interview TPM.....berakhir dgn cerita sedih dan i terus cakap pada few officemate yg tanya "how was ur interview for TPM??", i jawab "kalau i lah panel, tobat lillah i tak amik org mcm i....sebab sengal sgt!" dan i rase itu sgt seperti nightmare...dgn itu, TERPADAMLAH semua impian i nak further master and jadi lecturer...sedih jgn cakap lah...rase mcm LOSER! uurghhhh!

-END of THAT-

Today i balik rumah, lepas kerja, i lepak atas sofa, hubby baru 5 minit pergi outstation ke JB..i baru lepas like sedih2 so ever lah kan sebab konon2 akan duduk sorang without my the other half until Jumaat...haih...tiba2, my BIL dtg dekat i.."Dik, nah surat ko.." sambil dukung anak buah i yg comel itu..heheh
inilah budaknya, gambar masa gigit tgn hubby sebab geram..haha 

Then i pun amik lah surat yg besar itu, dan bace kat depan ade lambang UiTM.. i konfius jap. I fikir, kenape lah UiTM kasi aku surat besar2 ni...tebal pulak tu..ish, i duk laa fikir ni ape ek? sijil degree aku ke ape?? aku ade lupa amik pape ke masa clearance degree dulu? penuh konpius i bukak envelope coklat ni,

Bila bukak...............
TAWARAN BIASISWA DI BAWAH SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UiTM TAHUN 2010/2011

Melompat i kejap, bace byk2 kali........betul ke ni??? Hah?? Tak caye ni......i terus jerit2 mcm org gile, hubby tak ada, if not i really want to hug him..sebab happy gile...terus i mcm pening2 eh sape i nak inform eh??? so, i called my aunty, the person behind the scene ni...yg selalu support i kalau i nak jadi lecturer UiTM...so dia at 1st blur, after i ulang2 inform die..die pun excited gila! hahahahhaha oh syoknya masa tu..then i inform my husband, dia dekat tol Bukit Raja, Klang......

same jugak, blur2..and dia tak dengar kot ape i cakap...bila dah faham...i dengar hubby said "yeke? Alhamdulillah..." sejuk hati i....ini yg dia harapkan jugak dulu, nak i jadi lecturer...tak mcm kerja ofis sangat..and ada byk masa untuk anak...dan boleh laa i jaga anak dan ajar anak since i pun "pengajar" kan? dia nak sgt i dapat, i pun...and Allah finally give what we wanted most.... Alhamdulillah.....

Rasanya ucap syukur juta2 kali pun tak boleh nak balas apa yg dah dikurniakan Allah utk kami sekeluarga...mula2 rezeki dapat anak...lepas tu sekarang rezeki dapat biasiswa sambung belajar and jadi lecturer....satu2 impian dah tercapai...Rupanya target untuk i dapat Master before age 30 adalah possible..i ingat dah tinggal cita2 aje....Rupanya Allah bagi lambat....tapi tetap bagi....alhamdulillah.....syukur sgt2...thanks pada BFF Nani yg tolong i surf internet and kasi i info pasal isu semasa masa i interview dulu...sebelum masuk interview BFF Nani laa yg i kacau mintak tolong tgk itu ini...last minit punya budak...hahaha oh...cant describe ape i rasa sekarang..rasa best..mcm melayang2...huhuhu

To my beloved husband and baby,
Alhamdulillah, at last kita dah makin hampir dgn apa yg kita plan dalam hidup kita...org kata ni rezeki baby, tapi walau ape org kata, kite percaya yg semua pun datang dari DIA.......harap2 ni adalah permulaan baru bagi setiap kejayaan lain utk kite dimasa akan datang........i love both of you more everyday....tak sabar nak tunggu B balik dr outstation and lagi tak sabar nak tgk muke baby mummy ni
Love-love-love

October 17, 2010

Your 1st kick!

Kejadian berlaku lebih kurang sebulan lepas..
waktu malam
masa angin sejuk sgt (tipu aje, tido aircond,jd sebenarnya aircond lah yg sejuk..haha..oopss)
kepala atas bantal yg empuk
badan atas tilam yg lembut...
tapi tak dapat nak menandingi rasa lapar secara tiba2
ada suami....
walaupun die mungkin tiada di alam sebenar akibat mimpi yg indah gamaknye
kedengaran juga dengkuran2 manja dari suami sendiri
jadi sendiri mau ingat lah kalau kejutkan dia waktu ini, tak mungkin die layan kau...hahaha
pasrah...
toleh ke kiri...
tangan mengusap perut 
tiba2...
terase seperti perut dijentik...
tapi dari dalam..
kaget
cacing kah???? (oh please....ade baby dalam perut aku, please go mr.cacing, how dare u!)
dahi berkerut...
30 saat kemudian
sekali lagi dijentik....ditempat yg sama
kaget lagi, tgn pantas diletakkan diperut
dijentik lagi!!
terus teringat (hey, this is maybe my baby's 1st kick!)
tersenyum! terharu........ (malam2 senyum sorang2 dalam gelap...bayang kan..)
hati tiba2 berbunga2, happy sentiasa....
dan mula merepek..
bercakap dgn perut sendiri
suruh baby tendang lagi...mummy nak rase..please...
dan mcm faham......dijentik lagi!
haaaaaaaaa.......
ini rupanya...
begini rupanya..
perasaan menjadi ibu...
yg tinggal hanya beberapa bulan...
untuk jadi realiti...
Alhamdulillah... :)


For baby,
A day after kejadian malam tu mummy nak bg daddy pulak rasa apa mummy rasa...Daddy masa 1st time mummy cakap, "meh sini tgn, baby dah tendang" die buat muke pelik like "yeke ni??" then mummy malas cakap dgn dia, mummy amik tgn die, letak kat perut mummy....mummy suruh die fokus, sebab baby kecik lagi, takkan boleh tendang kuat gila pulak kan...baru 5months :)

lama lepas daddy letak tgn atas perut mummy and dia fokus, mata die mmg bertentang dgn mata mummy....until baby tendang sekali, kuat sangat.....mummy pun tak sangka...daddy excited gila...tersenyum lebar and ketawa....i can see from his eyes, that dia terkejut, dan tak sangka dan sgt teruja....haha...rindu that moment...a moment where we both as parents terasa mcm baby depan mata dah! happy sangat....dan daddy masa tu harap baby tendang lagi dan lagi..dia nak rasa lagi....dan macam faham, baby tendang lagi...lagi...dan lagi...sampai 4 kali... :)

Daddy was laughing and seronok gila kami masa tu......sebab kami tau, baby recognized us as your parents...maybe sebab dah selalu dgr suara mummy membebel..and suara daddy....Alhamdulillah....sekarang ni mummy sorang2 buat entry ni. Daddy kerja, and baby teman mummy dari petang lagi...tendang2...tak penat ke darling? hehehe i love you, even you are not here yet in front of me...but you already closed to my heart.. :)

gambar di ambil masa mummy & daddy survey barang baby, tgk lah daddy yg happy nak beli nursery bag yg comel tu :) he looks cute dgn bag tu kan?! haha

October 14, 2010

Kegilaan survey barang baby bermula


Gila..memang gila....sebenarnya anak yg dalam perut ni bukan ade taste lagi, bukan die kisah pun mummy beli apa untuk dia. Asalkan dia mandi dan tak sejuk malam2, wangi, sudah lah kot. Tapi jadi mummy ni yg payahnye ade keEXCITEDtan (uik....marah cikgu bahasa Inggeris i kalau bace,hahaha) yg tersendiri.

Hari2 mummy akan survey dalam internet segala barang2 yg mummy rase kena ada (padahal semua ni angan2, tak ada pun tak ape,tapi mummy konon2 nak semuanya lengkap untuk anak mummy). Walaupun mummy rase mcm lemah jantung, kurang waras, dan hampir pitam setiap kali mummy membuat budget baby. Haha *eh ketawa pulak, padahal duit nak melayang mcm layang2 ni* mummy akan jadi lebih2 lagi mcm nak tumbang bila budget mummy kemudiannya di potong oleh Daddy dgn sekali jeling...adussss

Mummy telah tetapkan date utk bershopping, iaitu akan mula dgn hujung bulan ni. Jadi bulan ni mummy memang sibuk sgt survey dari barang2 asas sampai lah barang yg bakal melalaikan baby tapi menyenangkan hati mummy supaya mummy boleh tido malam dan baby kalau terjaga kau pandai2 lah cari permainan yg mummy gantung kiri kanan depan belakang untuk menghiburkan hati sendiri. Hahaha...

Tengok dekat tepi blog mummy ni, dah mummy gantikan dulu mummy tulis WEDDING CHECKLIST, tapi sekarang BABY CHECKLIST..huhuhu everytime mummy dah beli, mummy akan tulis done. Ini je yg mummy rase baby perlukan ye!! (psss..mummy tipu, ini sebenarnya yg daddy luluskan dari senarai sebenar yg mummy buat, yg daddy tak luluskan kite beli senyap2 ok!)

Sementara tu, sila lah menatap gambar2 berangan yg mummy sempat copy. Tapi kite belum tentu lagi akan beli semua ni sebab mummy sekarang bukan lagi Menteri Kewangan dan jawatan tu daddy dah ambil alih sebab dia takut mummy salah guna kuasa dan pecah amanah sepanjang membuat preparation ini.*Oh,sakitnya hatiku!*

ESPRIT baby playpen

Peg Perego Pliko3 travel system

ESPRIT Baby carrier

Bathing set 
*mummy beli toiletries wangi2 ok!*
Baby grooming set 
*kalau baby taknak makan ubat,mummy ade injection! rasakan!!haha*

ESPRIT nursery bag
*semoga daddy hensem tatkala memakai bag ini,mummy wont wear it*

Fisher Price Bouncer
*main lah dalam ni dan jgn kacau mummy tengok Gossip Girls, please*
Sleeping bag-mengada2 aje
*hahaha mummy nak sangat masukkan baby dalam ni*

Ok lah, enough! Mummy asyik berangan. Kita tengok ape mummy beli sudahnye nanti ye. Love you. Tata

October 6, 2010

my lil munchkin updates!

Hati sgt gumbira ni...sebab mood masih lagi baik, since pergi last check up Sabtu lepas dekat UMRA...sekejap lagi upload gambar yg masa 11 weeks preggie, lupa nak update kat sini.. at that time, baby dah nampak mcm baby dah la..no more peanut! hehehehe~ comel aje dia baring, memang excited habis. Teruja tgk dia dah ade rupa baby...dah poyo terbayang comelnye dia masa tu :)

Then, berlalu lah segala puasa and hari raya, dan i pula asyik tangguh2 nak jumpa gynea after hari raya sebab busy dengan open house lah, makan sana sini lah, sampai lah Sabtu lepas, pagi2, i tengah tidur, then hp berbunyi, masuk SMS from my schoolmate Her, she said that dia baru balik dari scan baby die and dah tau gender! i was like...what?? *mata terbukak luas,seluas2nya* then i bangun mcm lipas kudung, i kejut husband i yg tidur nyata lebih lena dari i, suruh mandi dan siap...ape jadi? Husband i LIAT, ok!!! bergolek sana, sini....last2 i suruh die bukak mata and bace sms my friend tadi, terus die sengih2, and bangun mandi..haaa..tau pun excited nak tau anak ape..*puas ati aku*..

Sampai je kat UMRA, i memang dah excited, so, i pergi kaunter setel kan ape2 yg patut, then tunggu turn..rupenyer turn i 2nd last, before Dr.Ummul habis shift dia for that day, pukul 12 tengahhari i dipanggil masuk.
Macam biasa, terus Dr minta i baring, dan suruh husband i jgn duduk jauh2, duduk dekat dengan monitor..bermula lah dialog2 i yg excited ni dgn Dr yg penyabar melayan seorang perempuan mengandung yg agak over dan mendesak sikit..hahahahaha~

Dr. Ummul: Dah berape minggu ye sepatutnya Puan?


Saye: 19 weeks....maybe..hehe *sengih2 pulak..*


Dr. Ummul: Puan ni macam tak mengandung aje, dah nak masuk 5 bulan, perut kecik betul..*sambil ketawa2*

(padahal dia tatau yg ayat tu telah buat aku gabra tak hengat2, sebab takut laaa aku ni tak normal ke pregnant takde perut pulak..pergh~!!)

Saye: Ade org tegur jugak, tapi........takde masalah kan dengan fizikal i ni?


Dr. Ummul: Takde2, dari pemerhatian ni, semua ok..normal *senyum*, jom saye tunjukkan baby Puan, ok....sekejap saye cari tangan die...Haa...ni tangan die, tgk, ade 5 jari kan? Puan nampak tak? Dia bg puan Hi Five!! hehe ok tu tangan kiri ye Puan....


Saye: Hehehe *airmata nak meleleh*, haah i nampak......... (kaki i tiba2 ade org garu2, oh, terlupa, ade org lain pun teruja tgk anak dia dalam screen...hahaha)

Dr. Ummul: Ok, kita cari tangan kanan pulak, nak bagi Puan tengok jari2 dia..kalau Puan nampak, beritahu saya, sebab kita nak sama2 confirm memang nampak so that tak ada isu timbul bila lahir nanti..Puan tgk betul2 ye...sekejap...Ok, dah jumpa, nampak tak dia wave tangan kanan dia?? Ada berape jari Puan nampak?

Saye: *dengan tekun i kira* lima....hehehe~! (teruja gila dah nampak dua2 sekali....)


Dr.Ummul: Sekarang kaki pulak ye...susah sikit yg ni, sekejap saye carikan....haa...tgk, dapat tapak kaki die...Puan nampak? ada 2 tapak kaki...(doc pun macam excited...hahaha)

Saye: Eh..hahaha happy feet!! Comel~ *pengaruh cerita katun yg kuat disitu*

Ok, i puas hati tengok semua, tapi ada 1 je lagi, yg memang mission i of the day terus i tanya doctor yg masih tengah scan perut i,

Saye: Doc, is it possible i tau gender die...please~~ *penuh mengharap muka i masa ni*

Dr. Ummul: Boleh..sekejap ye Puan, sebab tadi saya rasa saya dah nampak dah dia lelaki atau perempuan...saya fokus sekejap...ok, dari gambar ni, anak Puan...lelaki ye...sebab saye nampak something between his leg...and Puan cuba tengok..ni tali pusat ye, jgn tersilap, Puan tgk kat bawah lagi, antara kaki dia...nampak???

Saye: NAMPAK....*oh termenjerit pulak* hahahahahah memang nampak lah tersangat ni....huhuhu~

Ok, habisss...that was all about jumpa doctor kat UMRA Sabtu lepas.......i dapat baby boy, insyaallah :) cerita pasal gender ni, from the 1st time i tau i pregnant, i dah rase i dapat anak lelaki......entah, mmg perasaan macam tu..tapi i suke tgk anak buah sendiri which is a girl, and i suka baju baby girl..tapi perasaan kuat utk anak lelaki. Sampai laa semua org tegur perut i kecik, mesti anak perempuan....bila jumpa org aje, org kate mcm tu, i pun terus 50-50..hahahhaah..but boleh dikatakan everytime i macam pandang perut sendiri, i akan terase mcm anak i lelaki.......rase lelaki lebih kuat dari rase die anak perempuan...kalau cari nama pun, i cari nama lelaki......heheheh~

Now, dah tau gender, mission i ialah mencari nama.....yey~!!! k...nanti update lagi..tata~

September 22, 2010

Astaghfirullah...punya lah saye malas!

cakap aje nak suruh buat ape..jawapannye malas...sekian..

kesian anak dalam perut, nak update gambar baby yg discan before raya pun tak upload jugak... then gambar hari raya, pun tak upload....then gambar bukak puasa dgn BFFs, pun tak upload sehingga BFFs sudah muak tanye dan malas nak dengar jawapan sama "aku belum edit lagi......".

then gambar bersuka ria hari raya, semua nak update pasal kenangan raya zaman kecik2, eh helo...saye pun ade kenangan tu......tapi nampaknya saye tak serajin anda...adeh...*ketuk kepala sendiri* jadi saye rase, cukup laa membace cerita anda yg rajin2 ni sahaja....tahniah untuk anda.

Raya tahun ni byk berjalan, tapi belum update, nanti lah ye.....belum edit gambar..hah!! tgk2!! alasan yg same...cehs..

next week jumaat ade 3rd pregnancy check up dekat UMRA, mmg looking forward dgn penuh excited utk check up ni, sebab konon2 nak tahu baby gender (memang dasar tak reti sabar walaupun doctor dah kate bila 6 months baru nampak)....lantak la..nak jugak scan sampai nampak!

sedar tak sedar dah 4 months dah mengandung.......perut maintain sahaja..macam tak pregnant pun..hehehe tapi bila makan, org kate macam makan 2 org....mmg laa, kan memang ade 2 org ni...ape laa..

skang kat opis pulak asek la handle resignation, manjang org nak berhenti. Cite pasal org berhenti ni, sedih sikit, sebab kebanyakkan semua batch i yg berhenti kerja sebab dapat better offer....ermm...makin lengang...dan tak havoc like before...gelak boleh kire berape harkat...dan berape kali setiap hari...

kat rumah semua i malas buat (oh, berterus terang, sgt tak reti malu). makan dan tido dan tumpuan lebih kepada anak buah yg sudah pandai macam2, termasuk cakar muke Aunty dia yg jelita ini..HOH?? hahahaha tarik rambut i, dan jugak membebel kalau nampak kelibat i tapi tak nak angkat...ape la..bgn la sendiri, suruh org angkat pulak....

Kesian pula dgn hubby yg mmg tak putus2 dr menjadi hubby yg soleh, hahahaha hari2 urut kaki walau pun kaki die sendiri kena sengat tebuan dan bengkak....huhuhu lepas tu dia kemas bilik segala vacum and sapu and cuci2 toilet...sebab diri sendiri tak suke bilik kotor, jd asek kerah suami sendiri kemas...sebab nak kemas tak ada mood...(bila laaa perkara mcm ni nak habis, byk dah menyusahkan org ni..)

ok lah, skang berhenti membebel, sebab perut ni cramp, apesal entah...sgt tegang perut, mcm nak meletup.perlu lihat ape sebenarnya berlaku....daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

August 26, 2010

Bila ditimpa perasaan khas utk muhasabah diri dan KAWAN



Entry kali ini lebih bersifat personal, dan satu penulisan hanya untuk menyatakan apa yg aku rase. Tiade kena mengena dgn yg hidup atau telah meninggal dunia, kecuali lah bila kamu2 bace dan kamu2 tertimpa perasaan sendiri..maka jgn lah salah kan penulisan ini. Lebih baik bawa bertaubat atau bermuhasabah nak2 pula hari ni dalam bulam Ramadhan, dan tadi kamu2 baru je berpuasa. Lebih elok elakkan ditimpa perasaan sendiri dan bila takde syaitan dalam hati, sebab syaitan outstation sekarang, harap maklum, jd jgn lah wujudkan syaitan kita sendiri dalam diri kita...sekian, renung2 kan dan selamat beramal (kata prof Ezi yg pernah sound aku masa melepak tanpa buat pape dekat kampus UiTM Dungun satu ketika dulu...kureng betul die tu!)

Oh hari ni mood adalah tenang walau ade emosi aku sikit2 pelik dan terganggu. Tapi disebab kan aku rasa aku menuju perubahan hidup, nak2 pula aku membawa seseorang didalam badan aku, aku cuba bersangka baik, walau hati aku terasa seperti pelik dgn beberape perangai manusia disekeliling aku.

Ada 1 blog yg aku sgt suka bace bila hati aku terasa tidak keruan. Dan hari ni, aku bukak blog ni buat sekian kalinya dan terjumpa entry ini yg berantai..part 1, part 2, dan part 3 . bila baca, aku tersenyum sendiri. Sebab? aku pernah melalui perasaan mcm ni.. yg kita namakan PERASAN. namun ni bukan perasan ade org minat kat kite, tu GEDIK namenye... tapi ni adalah satu perasaan yg NEGATIF dimana kite melihat sesuatu, merasa sesuatu, melalui sesuatu, tapi kita tidak berbalik pada diri kita, sebaliknye terus melontarkan salah pada diri org lain, sebagai tanda protes! Bodoh perangai ni..sebab kite sedang cuba meletakkan kesalahan, atau masalah ke atas bahu org lain, kita tuding jari pada org dan secara TIBA2 salah kan org lain sebab kita sendiri taknak salah kan diri kita.....ekekekekekek

Aku pernah lalui perkara ni. Dan aku sekarang telah jauh tinggalkan perkara mcm ni. Mungkin sebab dulu aku seorang mencorak hidup aku...aku jadi tak pandai (aka sengal). Tapi since aku kawen, i have my 2nd mirror...which is my husband. Dia akan tunjukkan aku patut mengamuk atau aku patut muhasabah...kalau dia melalui perkara yg sama aku pula jd 2nd mirror dia, cuma aku agak fail (kena mengaku) sebab aku beremosi. PEREMPUAN memang emo. Lelaki lebih relax...

Dulu aku tak suka berterus terang. Sebab aku taknak tahu kebenaran. Kalau aku sakit hati, aku lebih suka jadi bom jangka. Bila dah tak tahan terus meletup. Selagi boleh simpan, aku simpan. Tapi tak bagus perangai ni. Membawa pada penyakit hati yg kronik. Kesian kalau jadi mcm ni. Serius. Kita buat kerja tak usul periksa. Kita bersifat dengki tak tentu masa. Kita tak bersyukur dgn apa kita ada, tapi kita sibukkan dgn org lain yg hidup lebih baik dr kita (kita rasa mereka lebih baik...hakikatnya? Kan Allah je yg tahu?) so kenape mesti kita ada perasaan mcm tu?

Selalunya hubungan persahabatan yg akan selalu dilanda perasaan PERASAN ni dgn hebat. Dan hanya org pandai berfikir dgn baik, akan melaluinya dgn cara yg betul. Macam2 perasaan datang, perasan betul, perasan hebat, perasan cool, perasan vouge, perasan pandai, perasan bersalah, perasan disisihkan dan mcm2 perasan lagi ada. Puncanya, kita tak berbalik pada diri kita, betul ke aku pandai? betul ke kawan aku kate aku bodoh? betul ke aku ni cool? betul ke kawan aku dah tgglkan aku? betul ke die kutuk aku...atau...BETUL KE SI AINI NI TULIS KAT BLOG, DIE TENGAH MENGATA AKU??? ahahahahah PERASAN tu semua beb!

Ape ubatnya? Pertanyaan.........bertanya, dan berterus terang. Tiba2 kita tak bertanya..tiba2 kita amik kesimpulan dr ape kite lihat, ape kita dengar...dan ape org buat pada kita........kita bukan yg MAHA MENGETAHUI...kita tak tahu....sebab tu bila tak tahu..kita tanya :) bila tanya, kita jd pandai...bila tak tanya dan buat andaian sendiri..kite jd yg bertentangan dgn pandai tu..apekah die? Lu Pikir Lah Sendiri.

lama2 cerita pasal org perasan ni boleh mati tau. Dan mati sebab pk pasal org perasan ni tak berbaloi...we had fun we had joy (mcm lagu season in the sun), tapi at last, kite musnahkan semuanya atas sebab kite DITIMPA PERASAAN.....sedih bila fikir2. Kawan mana tak tergigit lidah??? kawan mana tak buat salah? kawan mana yg tak pernah bergaduh? kawan mana tak pernah kecik hati? Kawan mana???? Tapi dalam jangka umur dah masuk 30 ni.....aku tak rase kita sesengal itu utk jadi mcm budak2...........kite cari kawan, sahabat, teman........bukan buang segala yg kita ada...sebab PERASAN kita punya ramai sahabat, kawan dan teman......selalu aku dengar dr mulut org, dan dulu aku sendiri pernah cakap...ayat mcm ni.."eh, tak matinya aku takde dia tu..." or "eh, aku ade melambak lagi kawan lain yg lagi bagus berganda2 dari die tu..." aku pun penah cakap dan aku menyesal cakap mcm tu.....sebab, hakikatnya, kita bukan Allah...kita tak tau. Ada jalan didepan kita, tapi hanya Allah yg tau..siapa yg akan berjalan didepan dan di belakang kite...kan? Mungkin kah org yg aku buang tu adalah org yg akan berjalan dgn aku????? atau org yg 1 hari nanti akan tahan belakang aku, bila aku nak terjatuh? Aku tak tau..dan aku menyesal.. :)

aku ade pesanan, yg aku baru je terfikir sekejap ni......ini adelah pesanan untuk diri aku.....dan pada yg bace, dan rase ape aku pesan ni betul....simpan dalam hati..dan kite same2 lah perbaiki diri kite :)

Kite cari sahabat, bukan utk gelak ketawa saje, bukan jugak utk kongsi kisah duka semata, sahabat akan bermakna lebih dari 2 perkara ni...umur kita dah meningkat....kite dah rase makin tua.....kite dah dekat nak jumpa yg MENCIPTA kita....apa kita bawa bersama? Hati yg sarat dgn emosi? Hati yg berhasad dengki? atau hati yg penuh prasangka??? Terus terang aku cari sahabat yg kalau pun tak mampu iring aku ke kubur...die berdoa utk aku...sebab tu aku cari ramai kawan, dan takkan buang walau seorang pun....biar pedih mana ape yg die buat pada aku..sebab, siapa tahu...org tu lah yg akan doakan aku bila aku takde...aku taknak PERASAN BEST dan tinggalkan semuanya sebab aku  PERASAN SEMUA ORG TAK BEST......at last, when the final day come, aku takut apa aku ada...rupanya tak cukup...dan aku dengan masa yg sedikit yg masih bersisa tu...aku kutip semula yg telah aku campak dulu...utk penuhkan bakul aku............sadisss......aku taknak jd mcm tu.... :)

Buat semua yg membace, kite lebih baik eratkan silaturrahim..bukan memutus kan.....tak perlu aku ni bercakap pasal agama..aku tak pandai...so..kalau korang ni sume ade yg membace entry ni....moh laa kite berbaik2 dgn kawan2 baik kite, dan kawan2 tak baik kite sempena raya tahun ni...mane lah tahu...ni raya kite yg terakhir..............kan?

Love you BFFs....daaaaaaaaaaaaaaaaa

jgn tanya kenape aku tulis entry ni..asalnye aku nak tulis pasal hari raya tau! tapi tetibe lepas bace blog yg aku suka tu pasal entry ni, aku terdetik nak menulis......itu sahaja..aku pun pelik kenape aku tulis camni....tapi, mmg ni yg terlintas dalam otak aku.....dan ni jugak reminder untuk aku dikemudian hari....sekian!

August 24, 2010

Berbuka Puase bersama teman sekolah :)


Bila sorang dekat sana, sorang dekat sini, sorang keja sana, sorang keje sini, bila je dapat jumpa? Berterima kasih lah pada FB dan YM kerana menjadi penghubung, tak lupa jugak hp (tu pun kalau tak kena barred kan?) hahahahahaha

Kebanyakan kawan sekolah i dah kawin. Dah ade anak dan bakal ade anak dan mungkin sedang planning untuk ada anak. Yg single bukan lagi majority, tetapi kaum minority yg i sendiri tengah tunggu kad jemputan mereka, insyaallah jodoh mereka ni sampai tak lama lagi dan akan join club Isteri2 pulak. cewah!

Setelah dibincang2 akhirnya 3 pasangan setuju untuk berbuka puasa bersama (my husband and i, Her & Izwan, Mira and Dzul). We all ni keje kat area KL except Her, so, bukak puasa area KL aje lah kan senang. Yg lain keje merata, jd kami assume saje mereka takkan jejak ke KL hari jumaat meredah jem kalau takde pasal. Hehehe seronok betul bukak puasa dgn kawan2 lama ni. Macam2 cerita keluar. Maklum la, sekolah bersama 5 tahun, jumpa 2 jam, mana boleh compressed semua cerita 5 thn tu kan? hahaha

I rase best gile jumpa this time, gelaaaaaaaaak je manjang. Then, our husbands memang memeranjatkan, they can get along jugak rupanya. Mula2, i takut lah kan, husband i buat pasal diam aje, taknak bercakap mcm ade emas dalam mulut die (kalau ada tlg kasi gelang sebijik ye..harap maklum raya dah dekat), rupanya tak, yg perempuan sibuk cerita gossip2 and catch up byk benda, yg lelaki pun sama cerita mcm2...lega~

Ok cut it short, jumpe pukul 630pm, before that i pergi Parenthood Expo dkt ruang legar atas Midvaley tu, then i turun ke The Gardens, semua dah tggu dekat Paddington House of Pancakes. Kami order2 and teruskan berbual mcm2 hal..ketawa mcm tak ingat2 dunia...and rase mcm kedai makan tu penuh sebab ketawa kuat sgt....hahahahaha

Tepat pukul 725pm kami berbuka puasa, makanan semua best2.....then kami sambung borak sambil makan (tak senonoh perangai) naseb baik tak tergigit lidah) huhuhuhuhuhu sampai laa seperti biase, cikgu displin masing2 (husband masung2) dah cuit2 paha, nak inform maghrib dah nak habis, kami belum sembahyang lagi gamaknye...huhuhu lantas buat muke tersipu2, kami berhenti bercakap, terus lah bayar dan ke surau untuk solat.

Yg kelakarnya, dalam surau, lepas solat pun masing2 boleh bantai jugak pakai tudung lambat2, lipat telekung pun lambat2 sebab nak berborak lagi padahal laki masing2 dah lama selesai solat and tunggu kat luar...hahahaha tepat 845pm kami pun balik dgn haluan masing2, my husband and i ke Klang, sama jugak Mira and Dzul....then Her and Izwan ke Putrajaya......balik kenyang dan tidur gamaknye..huhuhuhuu

Indahnya Ramadhan kali ni, dapat berbuka puasa dgn kawan2 sekolah yg mmg dah lama tak jumpa. Yg penting, untuk Her and Izwan, jaga baby dalam perut elok2, nanti date bersalin tak lari jauh mane..selang seminggu aje kot...huhuhu tak sabar ni... and utk Mira and Dzul, sempena Ramadhan ni, semoga korang berdua dilimpahkan dengan rezeki yg byk dan happy selalu....

*Selamat Hari Raya* hahahahha :))

*Eh2, senangnya hati ketawa besar2, buka puasa dgn kengkawan dah update, pergi 2nd cek up tak update2 lagi gambar baby kat blog and development die....habis laa baby merajuk dalam perut..huhuhu *sabar ye baby, mummy ni selalu aje hilang ingatan entah kenape lately ni..kuikuikui*

August 1, 2010

Susu dan petua untuk ibu mengandung


Heeyaaa :)
Dulu nak kahwin, so asyik lah mintak tolong ex-bridezilas kat luar sana suggestion lah, advices lah, macam2. Sekarang, dah kahwin, pregnant pulak...so??? ekekekekek kene jugak minta tolong readers2 yg dah ade pengalaman untuk beberapa perkara :)

Start dengan susu, alahai..my sister minum Anmum masa anak buah i yg 1st tu dalam perut dia, until now, stil Anmum. i morning sickness agak teruk, selalu muntah tak tentu pasal, so my gynea kate, better tak perlu minum susu sebab jgn risau, rakyat malaysia tak ada yg kurang kalsium masa lahir. Katenyer~ dia kata kalau i minum susu, i akan lebih muntah. Erk...cemane tu?

I bertahan lah sampai nak habis 1st trimester ni, untuk tak minum susu, konon2 i bace morning sickness ni untuk 1st trim je, so masuk 2nd nanti i konon2 tak ade morning sickness dah. Boleh lah i minum.......i cube laa 1 day amik bau Anmum my sister, pergghhhh..tak boleh blah. Terus loya dan ke sinki jawapannyer. So, discuss with my few friends, dorang minum Enfamama A+. I pun ajak hubby ke Jusco, nak beli Enfamama tu. Beli lah starter pack, RM20 ada 6 paket. Sehari 2 paket kena minum..katenyer~ Ada 2 perisa, vanila and chocolate, i suka chocolate, tapi since preggy ni, chocolate adalah makanan yg i tak boleh makan atau bau sekalipun. I muntah. Tak boleh sangat2. So. i amiklah Vanilla......tak sabar nak try....

Sampai aje rumah, i mintak hubby buatkan, ikut sukatan pada pack tu. 1 paket + 200ml air suam. Siap aje i pegang lah cawan tu nak nak minum...teguk sekali...what happened next was......i tak boleh telan susu tu... :(( huwaaaaaaaa i rase mcm dia manis, mcm ais krim. Rase die macam u beli sundae vanilla kat McD tu, pastu u biar cair...dah cair macam pekat2 tu kan, u minum.......OMG!!! Tak boleh blah... rase nak menanges...

Hubby pulak mcm cikgu displin (sebab dia yg buat susu tu tadikan) dia kate "jgn tinggal walau setitik pun, HABISKAN!" terkebil2 i.....buat muka kesian pun dia bulatkan mata dia pulak :( Susu 200ml tu i habiskan dalam masa 2 jam tau tak....i kene minum macam 1 sudu..then 1 sudu lagi but every spoon i kene minum air kosong untuk bantu i telan susu tu.....i tak boleh lah...macam mana ek?? Kalau i tak minum susu boleh ke? Ape substitute pada susu ye? Sebab org asyik takutkan i, kalau tak minum susu tak boleh breastfeed nanti...susu tak cukup lah ape laa..bla..bla..bla...(menakut2kan ibu mengandung itu adelah kejam ye!!)

Ok masalah kedua, petua untuk ibu mengandung :
Ape boleh makan? ape tak boleh makan? ada byk gile petua i bace kat internet and ade yg mengelirukan pulak...haha so better org yg ade pengalaman sendiri ceritakan....boleh jugak i amik mane2 petua yg ade bukti kesahihahnnya....macam:

Durian: i bace, semua kata tak boleh makan durian (my fav fruit ye..), sebab panas and tak elok untuk baby, tapi i bace kat Babycenter.com.my, dia kata takde pape kalau makan durian ni. Sebab tak ada fakta sains pemakanan yg mengatakan Durian tak elok untuk baby tak kira lah dari awal pregnant sampai ke sudah.

Air kelapa: i tak minat, but kalau betul2 ia boleh membantu my baby, i kena lah minum tak? ada i bace, tak elok untuk ibu mengandung dan baby, sebab ubat2 yg kita makan akan keluar semua and tak tinggal langsung / terkesan langsung. So sia2 lah kalau makan ubat / vitamin then minum air kelapa, sebab air kelapa akan cuci habis semua drugs ke, ubat ke, vitamin yg kita makan. Tapi, bace punya bace, ade org pulak kate, air kelapa paling bagus untuk ibu mengandung sebab dia kurangkan dihidrasi (melayu habisss vocab i...haha) dan paling bagus jugak sebab die cuci plasenta ibu supaya baby dalam kandungan tak terkena jangkitan kuman akibat makanan si ibu. Ia jugak akan membantu menguatkan sistem imunisasi baby, supaya bila dia besar. dia tak kena flu selalu, and tak kerap demam.Then bila anak lahir, kulit baby kita jadi lebih bersih dan rambut dia lebat dan sihat...oh betulkah???

Air soya lah pulak :
I tak minat air soya, tapi, ramai kata air soya bagus untuk ibu mengandung, supaya nanti anak lahir kulit putih melepak.......cantik kulit baby kita tu...(oh siapalah tak terpengaruh kalau dengar benda mcm ni....please!) ekekekekek so, i start lah minum air soya....konon2 berangan nak sangat anak kulit putih.....tiba2 bace dalam few blog yg mengatakan, minum soya yg banyak masa pregnant akan buat kulit anak bukan sahaja putih melepak, tetapi juga terlalu sensitif....ok, tgk my sis yg suka minum soya, anak buah i sgt putih melepak......sekali tgk mcm bukan family i..hahaha tetapi....memang kulit dia super duper sensitif....kurap susu dgn dia tak boleh dipisahkan...and lengan die tu asek merah and ade 1 time berdarah padahal dia ruam aje semata and tak usik pape pun......ermm....cemane tu???

Kicap: hah, dah nak sgt anak kulit putih melepak tu mestilah sebenarnya korang takut anak kulit hitam kan..? ahahahahaah i penggemar kicap. Tak kira lah kicap manis ke masin ke, kipas udang ke, adabi ke, jalin ke, ape saye kicap, i suka. Makan nasi kosong, letak kicap, dengan telur goreng pun dah sedap sgt, makan dgn ikan goreng je pun dah super lazat dah bagi i..asalkan...ade kicap. Bila i pregnant ni, my mum selalu marah i makan kicap, dia asek tegur, "hah, makan lah kicap banyak2, nanti anak hitam baru tau!" ooohhhh??? apekah???? jgn lah mengugut sampai begitu...sgt tragis ok! betul ke tak boleh?? betul ke effect warna kulit baby?? urghhhhhh~

lain2 makanan yg dah terbukti secara saintifik tak boleh makan, i memang dah tak makan lah..macam Sushi (fav i ni...adoi laaa....), ikan sardin, ikan2 besar, nenas, makanan laut mcm kerang, udang, sotong etc yg memang ade byk toksid, buah2 yg sejuk macam tembikai dan lain....semua i dah kurangkan sangat2.....walaupun terasa mcm nak sgt makan....sedih gila..ekekekeek

I pun cuba nak makan benda2 yg bagus untuk baby, macam buah delima (untuk elokkan penglihatan baby dan cantikkan mata dia), dan dah nak masuk bulan puasa ni lagi bagus sebab ada kurma....i bace mmg sangat2 baik untuk baby dan memang patut dimakan dalam kuantiti sangat banyak.....kalau taknak..makan kismis pun bagus.....Buah pulak, i memang suka apple hijau.....so, tadi baru beli stock apple untuk letakkan kat opis (harap2 tak ada budak opis bace kalau tidak apple itu bakal hilang dengan sgt cepat), hahahaha...

Ermm...ok lah....harap2 ade readers yg nak exchange pendapat pasal semua benda ni.....best kan kalau boleh share2 info.........thanks and take care....daaaaaaaaaaaa :)

July 23, 2010

1st check up and a story about daddy to be

Today story basically for my beloved husband (daddy to be), and this is also a note, for my lil munchkin, so when he grow up one day, and terbace this entry, dia akan tau, dan sentiasa ingat, how lucky we are, to have such a wonderful husband/father like him :) (oh sungguh emo, sehingga airmata sudah mahu jatuh,haha ibu mengandung sgt sensitif ye...mintak maaf..huhu) For those yg dah bace 1st paragraph ni, and ade terase loya melebihi org mengandung, sila tukar ke blog lain dan jgn sambung membaca :)

Where to start, oh, ok, this week i dah 8 weeks preggy, and dah pun buat 1st check up at UMRA Medical Centre Shah Alam. At time i realised i was 5 weeks preggy, so, dah about 3 weeks lah both of us tau that we are insyaallah goin to be a mummy and daddy :)

3 minggu ni memang indah, but, 1st time pregnant, semuanya i rase tak betul and agak susah. BUT, i'm learning, so, i accept all those kind of feeling supaya i lebih redha, and to make this pregnancy wonderful. Talking about pregnancy, ade ibu2 mengandung yg melalui morning sickness dan ade jugak yg tak. If yes, then morning sickness ade berjenis2 dan bermacam.....terpulang pada setiap preggy lady tu sendiri.

Macam i, i loya like setiap minit. Haaa..best? and asam sebenarnya tak dapat membantu i utk prevent i dr muntah. Muntah pulak like everyday secara confirm, cuma tgk la, muntah air, muntah angin, or muntah segala jenis makanan yg i makan couple hours ago. Bukan nak mengomel, or merungut, tapi ni semua as a note for my baby, so that 1 day dia tau, how hard i tried to face semua stage ni utk dapatkan dia.... :)

I kerja, but i selalu pulak MC, tapi i rasa mcm dah taknak MC starting next week, sebab i rase mcm dah used to this feeling, muntah, loya and all that lah kan. Tapi susah jugak, sebab ofis i toilet kat luar, tingkap pulak kat tepi meja boss i. so everytime i rase nak muntah, i mcm kelam kabut, tak tau nak lari mana. Nak muntah kat tingkap tu, nanti boss i terperanjat pulak..hahaha nak pegi toilet, alahai, jauh pulak...nak muntah dlm tong sampah kat tepi i...habis laaa 1 ofis berbau nanti...tgk!!! serba salah tau..sebab tu malas pegi ofis..rase nak setel everything at home aje :(

A Husband Like Him:
I just cant face all these by myself, i'm so glad and thankful that i have my husband right beside me, everytime i need him. Betullah org cakap, tunggu sampai mengandung and ada anak, utk tgk sejauh mana sayangnya husband kita pada kita. Kata lah apa nak kata while you are reading this, like i care kan? huhu but, so far, i rasa, masa i pregnant ni, he is more sensitive towards what i need, what i request, ape i mintak tolong and so on.

Ingat lagi bila malam, perut i akan selalu rase cramp, rase die mcm u buat sit up, tapi tak warming up dulu..then perut u rase sakit giler, mcm kejang. I selalu rase tu, everynight, during day time kurang, tapi kalau malam, sampai i susah nak tidur, then my husband lah yg akan urut perut i slow2, sebab die takut efect baby pulak...die urut sampai lah i tido atau i kate stop.... even i know, die baru balik keje, and penat sgt drive...oh..so sorry... :|

then every weekend for us adalah hari mengemas....but dah 3 minggu i tak kemas pun bilik ni..semua benda husband i buat, dari kemas katil, tuka cadar, vacum carpet, basuh,sidai,lipat baju semua i tak buat. I nak buat, but entah la, i angkat vacum, opah menjerit, jgn angkat vacum nanti bla bla bla bla bla...i nak pergi angkat bakul kain, husband bising, takpayah, die buat....ermm..serba salah (konon), but deep down, waaaah...this is good!! hahaha

Dapat husband yg ringan tulang and berdikari memang best giler, sebab tak payah ajar, pandai buat sendiri, iron baju, basuh baju, semua 10/10......tapi....bila tgk dia buat kerja, i rase sedih pulak. Kesian...yela, selama ni, i buatkan for him, now 9 months die nak buatkan for me...dgn tahu kerja opis dia byk, dia tensen dgn ofis, then balik die nak layan i yg sikit2 dah sakit sana sini..rase sedih jugak..mcm mana penat pun, everynight without failed husband i akan urut kaki i or kepala i sebab pening or loya.....kalau i tak mengadu sakit, dia mcm dah di terbiase, tetap urut jugak tgn ke, kaki ke...huhuh bagus betul :)

i should be proud of him, setiap 1 benda keluar dari mulut i, semuanya memang dapat especially makanan. Sampai i rase tak boleh cakap ape2, takut i sebut tetibe die pegi cari....like 1 day i nak mangga/pelam muda. Mane ade jual kan? org jual yg dah masak, manis.....i nak yg muda, tak masak lagi.....i nak cicah kicap and gula, i baru cakap........tiba2 i toleh, my husband tengah pakai baju, i tanya, nak ke mane? dia jawab, cari pelam....i terkejut, sebab masa i cakap, mata die half tertutup sebab nak tidur..hahaha

And many more sweet things he did sepanjang 3 minggu ni...i rase blessed and happy.. :)

1st Check Up at UMRA Medical Centre, Shah Alam:
At 1st, we decided to go to Pantai Med Centre, Klang, tapi after chatting with few friends, ade suggest UMRA, so i decided to give a try. Yela, why not, 1st check up aje pun. Later on i boleh pergi mana2 hospital lain utk try lagi..kan..i nak jumpe dr.Ummul, tapi die tak ada. Yg ade Dr.Nikraj tak silap.

So after nurse amik darah, blood preasure and everything, doc pun panggil i masuk. i gabra ok..haha :) my husband dia taknak masuk, i paksa dia masuk, nanti i bersalin, die kena masuk takkan lah scan ni pun dah gabra kot??? Haih!!! so, die pun masuk join i dgn doc tu. Friendly lah doc tu, die sgt lembut cara cakap, and muke die mcm nak pastikan every explaination dia, both of us faham. So dia cakap kat i...then ulang kat husband,, die tunjuk monitor dekat i, then explain, after that kat husband i, then explain jugak. Mcm dwi bahasa dia buat....hahahah english-BM lepas tu..huhu

He explained very well and very detail. Lagi2 sebab 1st pregnant, so dia byk bg nasihat and consult regarding pemakanan, aktiviti harian, and kesihatan..then suggest buku2 yg kene beli utk tambah knowledge. Both of us satisfied dengan amount yg kami bayar dan servis yg diberikan. balik dgn senyuman ye..hehehe

I know my husband die mcm tak berape percaya i pregnant, sebab dia selalu mcm konfius2, and i tau die selalu mcm pelik2 je tgk i..hahah..then bila sampai masa utk membuktikan yg i pregnant, masa nak scan tu, we both excited gile, i baring and nurse tu buat kan semua benda, angkat kan kaki i...letak kasut i kat tepi, letak segala mcm benda lah ape bende ntah, then, doc tu scan....... i gabra, sebab nampak kosong aje...gelap..haha

i was like, habis la...tak pregnant ke?????? tiba2, doc tu cakap, "now we can see that you are definitely pregnant!" i terus renung monitor tu..huhuh waaaah, i nampak sesuatu....mcm kacang bentuk dia..heheh :) comel..kat perut i.....husband i fokus gile kat monitor, then the doc zoom in lagi, kasi nampak bebetul...and...tu dia, i dah nampak..sooooooo comel....1.6cm, and doc tu terlupa nak off sound, kuat gile terpasang tiba2, bunyi jantung dia......Dup! Dup! Dup! Dup! sgt laju..twice dr kelajuan jantung kita :) i pulak rase mcm..oh adekah my baby panic sebab masuk tv?? and panic sebab mummy and daddy sedang tgk dia?? heheheh


Doc terangkan kat husband i, mana rahim i, mana kedudukan baby, kat mana die melekat, mana air ketuban what so ever dunno if he was listening or not sebab dia ralit sgt tgk "kacang" kat screen tu..heheh i was amazed. Actually i wanted to cry la..dah agak bergenang kan..but tahan...relax aje..huhuh then Doc suruh i amik folic acid and so on.....and bagi nasihat lagi dan lagi...and inform bila i kene dtg check up lagi.....

After that, DONE! We paid RM67.00 for all, including segala scan, consultation and vitamins, then kami balik rumah tersengih2 happy :)

Itulah cerita for today.....nanti i update lagi ok!! Take care you all...daaaaaaaaaaaaa :)

p/s: harap2 en azuan tidak bace entry ini walaupun die memang akan bace, harap2 sangat lambat..kalau tidak nanti saye malu..bahahahahah :)) opsss!

July 10, 2010

I am mummy to be!


Dunno how to start my post today, it is so overwhelming, until i dunno how to say it. Its been 2 months i was waiting for this moment, and finally, Alhamdulillah........ :)

Tgk gambar kat atas tu? Yup, pregnancy test, and....positif! yeeehaaa~ Happy sgt, but biar aku ceritakan kronologi peristiwa ni ye..

Middle of June : i was at my desk, kat office, when my boss suddenly datang dekat meja aku, untuk tunjuk beberape documents that need to be corrected as soon as possible utk big boss. At that time, before that dah rase tak sedap badan, sebab mcm tak kena semua benda. Then, masa boss bebetul dalam jarak beberape inci aje dari aku tu, i can feel that air liur dalam mulut aku penuh gile. Sampai rase mcm mulut banjir, aku kene tutup mulut dan tak boleh cakap, aku just angguk2 aje kat bos sambil doa gile2 boss cepat habis berleter. Then, habis je boss blah aku terus lari pegi toilet, muntahkan semua yg ade dalam mulut, sampai terduduk atas lantai toilet. At that time, tak fikir ape2, except, aku tak sihat....couple days after that, aku terus buat medical check up, untuk tahu kolestrol, diabetis etc.

a week before majlis bertandang 3 july,2010:
selalunya aku pening, tapi aku mmg selalu pening, dan aku ingat perkara biase. i also often lost focus bila org bercakap, sebab rase loya. but, masa tu aku fikir, maybe sebab selalu escape lunch, breakfast, so perut masuk angin, sebab tu nak muntah selalu.

3 july, 2010:
Hari ni majlis bertandang, aku stress sikit hari ni, sebab entah gabra ke macam mana, so, usually bila aku gabra, stress, and mebggelabah, aku akan rase nak muntah. i thought it was normal. Kan bile nerves aje mesti nak termuntah, hahahaha so, normal lah kan? huhuhu berlarutan sampai majlis habis and semua org dah balik, aku rase letih melampau2. Masih tak tau lagi ni..hahaha

4th July, 2010:
Semua org sibuk mengemas, me too. Cuma aku rase cepat penat dan asek nak tido. Aku pun tak ade mood nak buat keje luar rumah and folus kerja2 dalam rumah walaupun dalam hati rase mcm nak tolong kat luar sikit, but aku buat sikit2 aje laaa. Hubby pulak mmg active habis. Semua kerja dia balun. tried few times to help him, but end up with "B masuk dalam laa, buat keje dalam.." so..i felt ok kot..haha then aku buat keje sikit2, pastu tido...tetap, rase penat gile2 mcm aku yg buat keje sgt byk!

5th july, 2010:
weird sikit, bila aku basuh periuk, then aku jugak angkat periuk belanga besar2 tu, dan aku rase teramay nyilu dekat perut aku...sgt2 mcm kene hiris pisau. Aku relek aje, buat lagi keje lain, angkat pinggan yg byk2, angkat bakul, rasa nyilu everytime angkat barang agak berat. Sakit mcm takleh cakap, so aku duduk jap, diam, relek. Aku sgt loya. So, aku ingat maybe perut kosong. Aku suruh husband beli asam. Dia beli, and rase lega gile bila dapat makan asam :)

6 July,2010:
ok, start sgt tak larat, asek tido bila ade peluang. Pantang nampak bantal, aku asek tido. Masih kat rumah pahang, so aku segan nak tido byk, tapi apekan daya, gile2 mcm pening and loya. Aku byk tido hari selasa ni. Lepas tu, ada 1 masa tu, aku amik fon, then check calender, saje2, sebab terasa mcm period aku still tak dtg lagi. Cek punya cek, aku mcm pelik, and a lil bit confused, period tak datang dah 10hari???? aik.....period cycle aku dalam 31-39 hari...so...last period was 26th May,2010. May tau...hahahaha

7th July,2010:
Pagi2 suruh hubby pergi beli pregnancy test, sebab die nak pegi pekan jap. So, die pun blur2 but excited jugak...terus pergi beli, petang pukul 4pm mcm tu die balik, and terus suruh aku test. Aku kate takleh lah...aku belum nak terkencing taim tu..hahaha padahal gabra...kuikuikui...dalam pukul 6 kot tak silap, aku pegi toilet and test benda tu...........and the result is..POSITIVE!!

At that time i was so happy, but masa tu rumah mak mertua, have to control a bit...aku termenangis sikit, lepas tu kesat2 mata sume, inform husband aku...he was excited and happy, tapi mcm blur2 jugak. Dia takut tak betul kot......he hugged me, and i had lot of kisses lah of coz....from him... :)

Itulah ceritanya, and after cek doctor semalam, i am 5 weeks pregnant! Woow...5 weeks? sebulan lebih la? Indahnye.....................Tapi morning sickness aku sgt teruk. Only God knows how terrible it is, from the beginning until now. Hehe, ok lah, nanti nak tulis lagi pasal hidup as mummy to be, i bet you, your husband will be the one who changed a lot, sebab thats what happened to En.Azuan. Nanti i cerita next post...

Utk semua yg ucap congrats kat fb, bffs yg sms cakap congrats and everything...i love all you much, and thanks a lot :)

Take care ya...daaaaaaaaaaaaaaaa :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...