CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

April 29, 2010

Bride's Journey Begins : Semi Final checklist :)

Adoi.....kenape sepatutnya sgt excited, tetapi jd tak berape excited, sebab hari ni demam, tiba2 demam...lusa nikah pulak...sgt benci.. :(

Semua dah 90% siap, tinggal kotak gift perlu masukkan telur pindang dan segala muffin, candy dan sebagainya...Esok, org pasang khemah, dan org pelamin nak dtg pasang pelamin dah... Kire setel dah tu.

Kasut sanding dah beli dah..nanti hari kahwin aku upload boleh laa tgk entah cantik entah tak.......simple dan comel mcm tu je laa..kire setel jugak.

Walking asle yg sepatutnya DIY belum siap lagi, kene tunggu esok ade buruh kasar cousin datang buatkan. Same goes with pelamin kat dalam rumah untuk nikah. DIY jugak, simple (ikut lakaran), so tunggu jugak buruh kasar cousin datang buat esok. Rasa mcm ok dan sempat sebab esok khamis. Insyaallah~!

Bilik pengantin ni sepenuhnya DIY decorationnya. Pergi ikea beli cermin, beli pomander ball, and mcm2 lagi buang2, potpuri, gantung2 grass ball kat siling bilik.....dan mcm2 lagi...skang rase mcm dah cantik :) ngeh ngeh ngeh~

Majalah pengantin terkahir telah pun dibeli...Bulan May 2010 punya. Ini adalah yg terakhir sebelum bergelar isteri. Lepas2 ni akan jd mcm makcik2 yg belek majalah sebab nak tgk fesyen baju raya, atau pun nak tolong org buat hantarn, atau nak menghias rumah..hahahahaha~

Meja utk guess book telah sepenuhnya sedia utk dihias, memandangkan perhiasan meja tu baru je setel membeli tadi. Cuma, ada 1 perkara tak buat lagi, print gambar lah pulak..adeh :( Esok perlu disetelkan. Esok jugak kene pergi buat henna pukul 7pm...ermm..tiba2 terasa malas dan nak mintak org tu dtg rumah memandangkan bukan jauh sgt pun rumah dgn kedai die..cehs!

Ok lah..ape lagi? Takde ye? oh...fresh flower, opah pesan suruh beli rose 30 kuntum semuanya...adoi...mane nak cari yg murah ni.. Dan...alamak, buah strawberry utk choclate fountain lah! Omaigot.........mane mau cari ni...habis laaa :(

Ok, kene stop membebel...kene set jadual esok supaya semua benda disetelkan dalam masa 24jam esok.. *mungkin kah?*

Take care readers! Wish me luck ye..daaaaaaaa

April 26, 2010

Sendiri pandai letak countdown, sendiri gelabah!

Hahaha..

Ketawa plak. Yela, tadi tgk wedding label yg countdown tu kan kat page sendiri...tulis mcm ni :
..5 days until our Wedding Day..

Terus gelabah menggelupur bagai. 5 hari lagi? Biar betul...Arrgghhhhhh~! Byk lagi tak siap ni..Masak la.. *Sarah tolong amil balik title u bagi i sebagai the Calmest Bride* skang dah menggelupur gile. Hahaha...Now 1am, tak tido lagi. Baru siap susun hantaran...Habis laa..

Tadi pagi katil sampai boleh plak tertidur. Adoi.. India tu yg kejut aku bangun. Dgn tak mandi bukak pintu rumah *buruk perangai* harus lah india tu tak tau bahawa aku lah bakal pengantin. Sebab mesti die ingat bakap pengantin sure dah bgn awal gile dan buat sarapan utk family sendiri ala2 prektis menjadi isteri solehah...HAKIKATNYA?? Aku tak mandi pun bukak pintu. Mesti die ingat aku maid! Cehs~!

Hati senang gile tgk katil and perhiasan yg dah siap. Punya lah tak sabar, dah siap pasang cadar pengantin dah pun..tak boleh blah perangai aku ni. Langsir baru pun dah pasang...Bilik pengantin ni 70% dah siap. Tgl lagi nak cantik kan sudut mengadap kiblat, supaya bila En.Azuan nak sembahyang sunat nikah kat bilik pengantin, cantik lah sikit.. OP nak amik gambo...konon~

Kasut pengantin still tak dapat lagi...ape nak jd entah. Tggu laa this week nak cari sorang2..ermm..then, ape lagi ni tak siap? Guest book dah beli tadi kat memory lane, nanti aku upload pic, warna pink putih. Hiasa, meja guest book pun dah beli segala potpuri candle and segalanya, ditemani dan hasil consult dari BFF Nani.. :)

Ok lah...sekarang adalah sgt gabra. Kepada otai2 pengantin lama,hahaha, sile beri nasihat...yg lambat lagi nak kawen, nasihat laa pape yg patut utk bride to be yg huru hara macam aku ni...

Tido lah! Daaaaaaaaa~!

April 24, 2010

Bride's Journey Begins : Katil sampai esok

Waaaa..

Sebenarnya baru balik dari 2 tempat. 1, Famista, baru bayar habis bedroom set kat situ. 2nd, Ryn's Avenue, dah bayar habis jugak untuk set pelamin....

Huhu...best2..rase mcm dah hampir complete semuanya ni...Set katil tu tak mahal..mmg pilih yg murah tapi cantik. Anyway, Famista mmg murah, bagi tilam free and tambah2 sikit dah dapat set alas tempat tidur pengantin dgn bantal free lagi. Lepas tu tambah lagi, utk hiasan rod2 kayu dan kain nak nampak cantik lagi.. :) Then masa nak bayar, bodek sikit2 lagi, nak bunga hiasan katil..letak atas katil...die kasi laa free terus..haha

sama tak serupa

Berbeza warna dan design kot...ini set mahal la..mine was cheaper..alot more cheaper than this. Ok la, mine is black color...sekarang trend semua pengantin suka sgt set warna putih. Me too..hehehe but, memandang kan set warna putih kene beli mahal sikit, supaya kayunya lebih tahan lama, dan cat dia takkan jadi kuning after some times, dan ditambah lagi, mama kate, watna putih utk org yg mmg pandai jaga barang, aku surrender lah. Hahahaha terus amik hitam..tak payah jaga dah! huhuhu

For those yg cari katil, pergi famista, the price wont let you down punya. Set below RM1000 siap tilam pun ada tau. Pilih aje. Yg mahal pun RM5000 tu you boleh dapat the very2 grand set punya.. :) Lagi mahal, lagi byk brg free die bg....Cepat!!! Famista ni dekat dgn rumah aku. Aku kan duduk Klang..so, if ade mane2 bride to be yg nak pegi Famista ni, dan anda tersesat, atau nak kan landmark.....sila contact aku! :)

Ok lah, katil sampai esok, bilik tak kemas lagi..*oh apekah*...daaaaaaaaa :)

April 22, 2010

Attention : Wedding Invitation for all of you!!

Dear All readers, bloggers, everyone..

I would like to extend my wedding invitation to all of you. Secara seriousnya, aku nak sgt jumpa bloggers and readers yg selalu komen and bace entry2 aku yg kadang2 berguna, selalunya mengarut ni..hehehe so, come on my wedding ya..Tapi rumah aku jauh kot. Kat Port Klang, *kalau kau sampai aku rase kau gagah* my old frens yg bace blog tapi tak pernah komen but selalu bg email, my cousins *mmg kau tak akan dapat invitation card, sebab kau wajib* and semua lah. I attached map later k.

Kalau ada masa terluang, dtg ye, if nak card, inform, i can give you sebab i nak sgt bg card, but dunno who wanna attend and address.. :)

Date : 1st May, 2010.
Time : 12 noon to 4:00pm
Add : No.74, Lengkongan Melikai, Kawasan 8, 42000 Port Klang, Selangor.

Ok thats all.....Take care, and love u guys much!


*perasan sgt budak ni ade org bace blog dia..uurghhh*

Bride's Journey Begins : Khemah Pengantin

Khemah Pyramid ke, arabic ke, gazebo high top? *blur*

Aku baru je jumpa dgn vendor khemah 5 minit yg lepas. Baru habis discuss. And this is the 1st discussion and will be the last discussion jugak with him utk majlis aku. Gile kan? next week majlis, hari ni baru nak jumpe vendor...hahahah semua last minit aku ni. Seperti biase.

Siapa vendor aku? Ermm..malangnya dia tak ada sebarang webpage utk korang lawati. Takpe2, tgk kat bawah ni contoh2 yg aku letak (apa yg aku request), so, nanti, bila on 1st May, kite tgk ape jadi ya. Errmm, hati aku tak risau pasal khemah. Sebabnya, dia dah pernah buat for my sister last year. Everything ok..so, aku rase, my turn pun akan ok, insyaallah~

Biase kalau khemah sekarang, semua org nak gazebo high top. Kan? Cantik, siap mcm ade bendera kecik sekali..kan??? Comel2...aku dinasihatkan oleh vendor, jgn amik arabic, sebab beza bentuk sikit aje dr Pyramid. Tapi harga mahal..Kalau nak, amik gazebo terus. Fikir punya fikir........kan aku pengantin bajet, so, aku telah pilih pyramid *ape? tak cantik? cili mulut kau nanti!!*

Actually, lain org lain fikir nya kan? Me too....utk aku yg dah selalu ke kenduri kahwin ni, bahagian luar tak selalu masuk gambar..kan? Tetamu pun tak selalu tgk khemah dari luar..kan? kejap die tgk taim nak dtg, then taim balik..kan? So, terfikir plak aku, bahagian luar ni tak penting..yg penting adalah deco khemah aku bahagian dalam..hehehe..

Maka terjadilah request seperti dibawah bertemakan Hijau Cream, garden katenyer..hehehe :

1. Khemah Pelamin (Backdrop, red carpet, underlayer, chandelier, scallop) - 1 Unit
2. Khemah Makan Beradap / VVIP (Banquet set for table, chairs, skirting, underlayer, chandelier,scallop,meja kek) - 1 Unit
3. Khemah Tetamu (Scallop, 1 layer scallop tengah khemah, VIP Table set with alas meja bulat, skirting, plastic alas meja, center piece (bunga), kerusi sarung) - 4 unit
4. Khemah memasak with pangkin - 2 Unit
5. Tambahan : meja utk Guess Book plus kerusi yg bersarung reben *eceh,mcm korang penat sgt nak menulis*
6. 3 buffet line banquet style.

Hehehe.. itu lah die..Total harga utk 8 khemah ini, dan semua tambahan serta segala hiasan VVIP adalah...mane boleh kasi tau.. hahahahha...but, name me as pengantin budget, harussss harganya murah sahaja, secara serious.

Nah, enjoy gambar2 yg i dah tunjuk pada vendor supaya dia buat like this.. :)

Ini adalah cth meja dan kerusi tetamu. Cuma alas meja hijau tu kat dalam, skirting putih luar, and akan ade plastic alas meja...kerusi bersarung tapi takde reben :)


Semua meja tetamu akan ada center piece (something like this,maybe kecik sikit)


Chandelier and underlayer like this for khemah pelamin and makan beradab / VVIP


Ok, utk khemah tetamu, underlayer putih tu tak ade..yg ada hijau tu saje kat bumbung tu.. :) baru laa beza dgn khemah pengantin..kan? ngeee


For khemah makan beradab / VVIP, semua kerusi dan meja adalah banquet, bukan kerusi plastik :) dan hiasan banquet style jugak. *suka*


and, last one...my Wedding Guest Book table.. with skirting and chair yg bersarung dan reben.. *sila tulis dlm buku ini nanti ok!*


 Haaa..itulah dia..so? How? hehehe weh, ini ape yg di request, outcome belum tahu lagi tau jd ape..wait and see ok! :)

Penat ni layan pakcik vendor tersebut.......nak tido..tatatata :)

April 21, 2010

Bride's Journey Begins : Make Up

Hah! Make up!!!! Macam biase, semua pengantin nak muke dia jd cantik, tiba2 cantik, tiba2 menarik, tibe2 ade bibir seksi? Oh?? Tibe2 ade mata redup..*selama ni mata sgt daring* hahahahahaha semua TIBA2!! haha so, who is gonna be the god mother or angel yg akan transform pengantin jadi Bidadari *konon,muke mcm jamban tak siap, bidadari kate kau*..The answer is, your Make -Up artist or Mak andam.. tak kisah lah which one u choose ok..asalkan u confident with them, then ok lah..Kot..heheh :D

So sebagai bride to be lagi seminggu lebih aje ni, aku pun same menggelupur sikit cari make-up artist utk konon2 buat muke aku jd meletop! oh? jgn2...jgn meletop...nanti hitam..ekekkekeke secara serious nya kan, teringin sgt nak tgk kat cermin (after make over) then cakap.. "oh my god, ni aku ke..." dgn nada riang ok..bukan sebab muke aku jd mcm pondan siam or whatever..haih! Ok, yg penting teringin sgt! Kata kunci hari ini ade lah TERINGIN.

After surfing2 lah kan, biase lah, pengantin berbudget ciput mcm aku, harus servey mcm nak rak, sebab nak cantik, tapi taknak mahal..(apekah??) but, kite hanya merancang, tuhan menentukan..oh?? *yela tu padahal ko yg nak sgt jd mcm siti nurhaliza masa bersanding* i end up chose make up artist below utk nikah and reception. Harga both of them mcm langit dan bumi...1 is affordable, another is really not in my budget, but i nak dia jugak! hahahahaha

Make - up for Solemnization (30th April,2010):
Mula2, really2 dah out of idea, dan menggeluur sebab takde sape nak make  up masa nikah. Serious! Mula2 my officemate ada bg number make up artist ni, Aida nama dia. But, i tak call2 Aida ni until 1 day aku call tak dapat2.. *sigh* After mintak idea my besties Nani, dia cadangkan nama2 yg hehe, i tak mampu bayar lah pulak. Hahaha sedey giler, but their make up mmg fantastic cuma duit aku yg tak fantastic weh! Then, borak dgn ex-officemate yg giler, Reen, terus dia kasi link2 make-up kat aku....ape lagi...zaaaaass la...msg2 few name and i got 1, thanks Si Giler, Reen. heh~!

Her name is Diyana Shukor, if not mistaken dia owner Butik Bisik-Bisik Design. Ni antara hasil kerja dia: Sila lah lihat ok.. :

Ini lah dia. For those yg nak tgk blog dia klik pada nama dia kat atas ok!

Dan, hasil kerja dia, sile tgk kat bawah ni pulak..or boleh tgk kat blog ada lagi byk :

Make up nikah


Make up berinai

Ok lah kan? Harga ok lah. Actually ok, serious. But jgn lah harap below RM100 pulak. Tak dapek la kot. Hahaha..Anyway, aku nak make up nikah ni simple. Sebab nikah kan..takyah laa muka mcm udang celup tepung..Oh? Tepung gomak laaa, ahahaha nanti future husband aku nak ciom dahi melekat semua make - up kat mulut die..hahaha *ok, melampau* ala kadar je make up aku nanti..kite tgk outcome mcm mana k!

Make - up for Reception (1st May,2010):

This make - up artist was introduced to me by my BFF Nani. She said, if i wanna look good, this guy can help me out seriously..hahaha aku pun terus bukak fesbuk dia, add dia, and tgk gambar2 hasil make - up dia. Ok, meletop..hahahaha mmg padan dgn harga pun.Sebab dia make - up flowless ye! Thanks to Bff Nani sebab suggest Najeeb, cousin dia ni, hope his touch on my face will come out FANTASTIC! *wink*wink*

His name is Najeeb Azami. He owned his very new launched (semalam launched, with Fazura as his model tak silap) Luscious by Najeeb. Sile klik pada nama tu utk ke website tersebut ye. Then, he was in TV3, Wanita Hari Ini, few weeks back utk segment Make - up. And plus, dia Duta Shu Uemura, awarded on July, 2009 onward. Boleh tgk Facebook dia for more detail ok. *eh,dah mcm mempromote Najeeb tak pasal2* hahahah
The guy dalam big screen tu adalah Najeeb

Dan hasil kerja dia adalah seperti dibawah *haha skemanya ayat*:

This is the one yg i hearted much! adoi..cantik nya!


Antara make up pengantin yg Najeeb done. Well-well-well DONE!


This girl mmg dah naturally cantik, with a simple make - up, she look extremely gojes!

Haa, that is it. So mcm mana? Ok ke, for those yg pernah ada pengalaman with these 2 make-up artist, sila laa bg komen ok. Yg memberangsangkan please, coz i already paid them. *jgn kau nak bg aku menanges ditengah malam kerisauan!*

Sekian utk berita 3:30am oleh seorang budak (bakal pengantin) yg baru terkena ruam diseluruh badan akibat alergic for the 1st time in her life! Mencinye!

p/s: Teknik make up yg betul yg sebenarnya akan buat muka pengantin akan outstanding. Tak semua make up artist pandai olah muke pengantin. Tak semua pengantin dah semulajadi cantik. So, as pengantin, pilihlah make up artis yg tak cepat putus asa nak mencantikkan muka kita, dan kene survey betul2 until puas hati. Mahal tak semestinya cantik. Murah tak semestinya buruk. Hehehehe *nak cakap lagi tapi badan gatal2* huhu tata!

April 19, 2010

Bride's Journey Begins : Hantaran

Setiap pengantin mesti nak sesuatu yg berharga utk hantaran masa pernikahan / perkahwinan masing2 kan? Same laaa *angkat2kening*. Aku pun mcm tu. Since mula2 plan for wedding ni, hantaran antara benda yg pertama masuk dalam bajet and checklist. Sebab? Selalunya hantaran lah akan makan duit yg banyak. Yela, kalau korang dah nak sangat kasut Gucci, Jimmy Choo bagai.....boleh ke dapat RM10? hahahahahahaha

Then, same story jadi kat sini, En.Azuan and i memang selalu sgt berbincang pasal hantaran. In fact, we both dah start survey since right after bertunang. Nak budget and simpan2 duit *konon2*. Dari 1st month surveying lagi dah masuk butik CK, DKNY, Tods, Aigner, Coach and tah hape2 brand yg aku sendiri baru tau ade brand tu. Hahahahaha gile kampung. En.Azuan plan utk beli semua CK, sebab die tak pernah guna perfume selain CK..so, nak hantaran die semua barang2 CK..*amboi3*tunjukjarikelingking* dari baju, perfume, belt, kasut, jam, semua CK *katenyer..*

And aku? Plan for barang2 DKNY sebenarnya, dah pegi butik, tgk sandal dia, beg, jam and perfume... :) Oh indahnya mimpi2 hantaran ni. Mimpi kan..harus lah indah. Aku pun actually tak cerewet...So, time utk buat budget dah sampai.......kire2 punya kire2, total semua sekali hantaran sahaja ada dalam approximately RM5k..full set.. hahahahaha terus kitorang gelak *byknye duit ko, nak makan lunch pun asek mamak* hahaha

Gile? RM5k hantaran saje? Lepas tu aku yg sengal ni nak set barang kemas (taknak cincin aje) konon...ko tgk berangan tu...tak sudah2...while En.Azuan pula, mcm biase, cool aje, die kate taknak pun cincin *sewel kot* mane ade org tak bg cincin time menikah dekat lelaki..dah tu nak sarung ape kat jari die? takkan glove bola pulak? haih..mule lah dah bercanggah pendapat.

Setiap pasangan ada sebab musabab die pilih ape die nak utk hadiah hantaran...and kami telah sepakat utk bg item2 kat bawah ni. Puncanya, bila kami fikir2, En.Azuan kate, kasut aku byk. Ayah pulak kate, kasut aku melampau sampai amik rak kasut family members yg lain sebab tak cukup nak letak. Plus tanpa pengetahuan aku, ayah dah buang kasut2 yg die kate aku tak pernah pakai (padahal kalau tak pakai bukan pasal tak muat tapi mungkin kasut tu utk majlis formal sahaja..adoi).

Then, perfume pulak, En.Azuan kate, after perfume dah hbs, aku nak simpan ke botolnya? Ke aku beli perfume lain dan botol hantaran tu aku campak dalam tong sampah? *pedih* lepas tu, handbeg aku die kate, aku selalu beli handbeg, adekah bile handbeg ak dah outdated aku akan buat clearance dan bg sedara mara seperti yg dah terjadi pada handbeg2 lama aku? *pedih jugak*..

Same thing utk En.Azuan, kasut, baju and perfume or semuanya lah, lunyai jugak nanti. Masalah........ape yg boleh tahan lama? Last2, both of us fikir2, and with the same budget, kami beli barang2 idaman kami sekian lama....he will buy me 1 barang yg aku mmg nak sgt, and i buy him barang yg die nak sgt..........maka terjadilah hantaran kat bawah (item disusun mengikut dulang) :

From En.Azuan to me:
1. Sireh junjung
2. Bunga rampai
3. Set barang kemas (rantai, cincin, gelang, earings) + Mas kahwin
4. Cheque duit hantaran + Jam tangan
5. Camera Canon DSLR 1000D (rebel XS)
6. Tafsir Al-Quran + Buku agama
7. Telekung
8. Buah-buahan
9. Cake / kuih / etc

From Me to En.Azuan:
1. Sireh junjung
2. Bunga rampai
3. Cincin nikah
4. Laptop Acer TimeLine 4810T
5. Al-Quran + Tasbih
6. Sejadah
7. Patchi / FR / BeRyls
8. Halwa / Manisan
9. Kuih / cake
10. Makanan (tak decide lagi, mama buat,haha)
11. Makanan (tak decide jugak lagi)


Itu lah dia akhirnya. With the same bajet as before, last2 i will get my dream DSLR camera (sgt jakun dgn camera ni) and he will get his lappy yg ikut spec yg dia idamkan selama ni *bakal tidak dihiraukan sebab dia akan asyik buat keje grafic kat laptop* :(


Siape aje yg tak tau aku sgt suke bergambar. Sebab tu bila org suruh tukar hp canggih aku taknak. Sebabnya, hp aku sekarang ade camera 5mp....hp lain selalunya 3mp..BFF Nani suruh tukar pakai BB, hahahaha tak teruja sgt sebab BB ade 2MP or 3MP aje...aku cuma takleh tahan nafsu tgk Sony SATIO..12MP..tggu lah aku akan beli.....Aku memang takkan beli sendiri DSLR kalau takde pasal. Harga dia tu membuatkan aku tak mampu..dan terpaksa telan air liur setiap kali tgk camera ni. But i admire those who have it especially perempuan, sebab org yg takde minat dalam fotografi mmg takkan beli camera ni, officemate aku ade sorang (perempuan) ada this camera. Dia bawa masa ofis aku buat workshop dekat langkawi, masa tu teruja sgt, sebab camera ni mampu buat org tak cantik pun jd cantik..hahaha dan pemandangan yg huduh jd superb *berangan lah ko, bace guide book pun ko dah tertido,pemalas).

Hehe, mama kate aku pelik sebab suke benda2 mcm ni, termasuklah aku sebenarnya tak suka brg kemas sgt. especially yg berwarna kuning..hehehehehe..lantak laa, ramai jugak kate pelik, sebab aku patut excited bila nampak handbeg coach or kasut gucci, tapi nyatanya tidak..hahahahaha...i will buy benda2 tu 1 hari nanti...ok..lebih excited utk amik gambar tepi pantai guna DSLR dan matahari terbit / terbenam using my DSLR ni..yey~! Tak terkata bila En.Azuan terus pergi kedai dan beli..hahahahaha :)

Ok, itu sahaja.. nanti kite borak lagi...

p/s: Sebenarnya, apa2 barang pun boleh dibuat sebagai hantaran. Soal harga, adalah ke 2, yg penting, ukur lah baju kat badan sendiri supaya after kahwin kite tak sengsara sangat dgn duit hutang.. Life after wedding tu lebih penting..Puji-pujian org kan sementara saje? *pandainya cakap,cili mulut tu nanti* heh

April 16, 2010

Bride's Journey Begins : Bridal Bouquet (Bunga Tangan Pengantin)

Tgk aje tajuk entry ni, sadiskan? Cuba kalau guna mak andam, aku rase semua dah siap dah. Tak yah pk2 lagi dah. Tau2 kawin je *sigh*...Disebab kan tak ada mak andam or wedding planner yg sebetul2 nya, kene laa pergi tempah bunag tangan sendiri. Sadis lagi..ok, jom kita cerita about bunga tangan.

Penting ke bunga tangan? Kalau tak ada, is there any problem occur then? Ermm..rase mcm tak. So, tak payah laaa..hahahahahahha sudah2, kene ada. Nanti mama bising cakap bunga tak ada itu laa ini laa..plus, actually aku rase, bunga tangan ni adalah "ubat penenang" pengantin. Kan2?

Yela, nerves tak masa nikah? Haruss....so bila ada something yg kite boleh genggam kuat2, maybe hilang nerves laaa kot *hah,memandai2* Dalam nak cari bunga tangan pulak, bunga apa yg sesuai? Roses? Derghhhhh...kenape asek roses je? Bercinta bg rose, tunang pun rose, kahwin pun rose...hahaha mcm taknak. Tapi kalau roses digubah jd cantik sgt2 mungkin nak! *ceh,demand*

Baju nikah aku warna cream ke hijauan...then baju bersanding pure white, so, what color should i take for bunga tangan kedua2 majlis ni ye? Bunga apa yg cantik? Ermm..tade idea. Jom tgk gambar nak? hehehe

Erm..die punya border ni kacau la.haih!


Hah!! Tema hijau..mcm ni cantik tak?


Ade diamond2 tu yg cantik..lawa kan?


Wah! Bersinar2! hehehe comel?


ni officemate aku kate, kalau mcm ni die nak buatkan aje la..*wink*wink*


colorful kan? comel je..tapi mcm nak kasi budak tadika punya besday aje la pulak..

Weh, cane? semua cantik2, tapi still tak tau nak pilih mana. Erm.......kalau tak bunga pegang pomander ball yg ade tali mutiara cantik ke? macam ni.. :)

Kecik la pulak gambar tu..dah la..pening. Pasal bunga pun pening.. :D Nanti update lagi ok! Take care :)

April 14, 2010

Bride's Journey Begins : Bridal Henna (inai pengantin)

Hari ni kerja mcm ulam surfing (eh,hari ni je ke? bukan hari2 mmg kerja dan surfing ke?), tiba2 terfikir pasal corak henna atau inai pengantin yg aku kene buat hari Khamis (29th April,2010) kat satu beautician kat Klang. Dah siap booked and bayar deposit dah pun. Cuma, dia kata, corak dia akan pilihkan.

Actually aku terjumpa aje butik tu, masa tu En.Azuan tengah repair kereta kat Proton betul2 sebelah butik tu. Then, aku masuk nak tanya harga la if nak buat THREADING, dia kata, RM15, full face. Eh, mcm murah. So, aku terus try buat. Dlm 15 minit siap. Saje je try dulu, takut kalau2 muka aku ni sensitif (eceh..sudah laa muka kulit biawak, sensitif kebende?" hahahahaha...

Dia oter sekali laa kening bagai semua memandang kan aku mmg tak menjaga kening dan segala bulu2 yg ade kat muka aku, tiba2, waaaaaaah, LICIN! hahahaha..oi2, kening ada laa...muka licin, kening dia betulkan aje..ish! Terus aku belek2 price list die, and tgk ada henna, aku terus aje la booked sebab dekat dgn rumah.

Sekarang, after 1 week aku pegi sana, aku terfikir, aku kene cari design, takut design dia buat tak kene selera aku. Dia Indian lady, mesti dia taste ke arah design2 India lah tak? aku melayu, nanti design henna mcm india cemane? So, aku sufing la gambar2 henna. But still, tak tau nak pilih mane 1..hahaha..

Nah tgk!
ni bahagian kaki, perlu ke mcm ni? atau di simplekan?


corak ni mcm comel kan? rase mcm nak mcm ni. Ke huduh weh?


ni simple aje..pun berkenan jugak.. :)


Erk..kecik plak gambar ni...cantik kan? ke sebab kulit putih? kulit aku itam..hahaha


cantik henna kaki ni..pandai yg lukis ni.. :)





ok. bercakap pasal henna atau inai ni, perlu ke aku pakai 1 jari penuh? atau hanya kat kuku? pening ni...cantik ke kalau penuh? ke letak kat kuku je cantik..aik..pening lagi....En.Azuan tak setuju pakai henna ni. Dia kate, inai aje. Tak payah lukis2, die kate org melayu kawen tak buat mcm tu. Pastu die kata, jgn nak ikut2 budaya bangsa lain...hehehe kene marah..pasal henna...

Tapi naseb en.azuan tak baik sgt, sebab dapat Tunang degil dan tak suka dengar cakap org bila hati dah berkenan satu2 benda, lepas tu ditambah rasa yg amat excited, menjadikan aku taknak dengar cakap dia. Lagi teruk, aku plak paksa dia pakai inai 6 jari (kiri 3, kanan 3) dan..dia kate aku GILE! En.Azuan kate dia akan pakai, tgn kanan aje..or tgn kire aje...*sedey*

Sudah laa cite pasal dia, cepat bg solution, mana corak yg best? hehehehe Take care! daaa

April 13, 2010

Bride's Journey Begins : Hunting for Wedding Shoes

Erm...where can i find my wedding shoes ye? Any idea? Then, aku still mcm confuse sikit, should i wear yg bertutup or not? Open toe mcm comel kan? but, biasanya tgk bride yg pakai ipen toe or kasut tali2 aku mcm rase tak cantik...eh2 suka2 hati je cakap org tu tak cantik kan? ekekekekek..entah laa...

Nak cari yg mcm dalam gambar kat bawah ni, mane nak dapat? lepas tu, nak yg murah pulak tu? Member2 suggest Nine West, Lewre, aku rase mahal tu. hahahahaha...yela2, aku sgt bajet kan? haruss la, nanti papa kedana lepas kawen cemane?

simple aje kasut ni, tapi nampak comel

kasut pengantin yg ni pulak rase mcm boleh DIY, masalahnye, rajin ke aku?adeh!

Haaa...breathtaking kan? ade sape2 nak sedekah kan? Ya Allah, cantiknya!

Still hoping i can find one, nak kene DIY ke kasut kahwin? serius? huhuhuhuhu...dah la..enjoy the above photo, later on, after i got my Wedding Shoes for nikah and reception, aku paste gambar kat sini k...sementara ni, korang layan laa aku berangan... :)

If ade bride to be or ex-bridezilla nak share where to find kasut pengantin, lagi best! :)

April 10, 2010

Bride's Journey Begins : My Reception Outfit

Today En.Azuan and i, pergi Ipoh, collect my wedding outfit. Ngeeee Sgt lah best our journey penuh dengan borak2 pasal majlis kami plus dgn cerita tentang betapa excitednya kami towards our big day. Heh, siapelah yg tak excited kan? Gile tak excited? kuikuikui...

My wedding outfit ni kain dia ade sentimental value sikit la :) dan ini lah hasilnya :


inilah baju pengantin aku, Putih

mane boleh tunjuk semua, tak serprise gamaknyer kan? kan? kan? :)

Ok lah...itu saje, kasut untuk reception tade, nikah pun tade..cemane? Kusut lah aku ni..huhuh semua last minit. Maybe i should go to Charles and Keith utk servey. Tunggu En.Azuan tade, if not kene marah nanti sebab asek beli barang je dan membazir.. *sedey* :(

So, nanti tunggu my entry untuk hunting for wedding shoes k...Take care guys! *muahss*

Bride's Journey Begins : Maid Of Honor

*eh helo, bukan baju mcm ni kamu kene pakai ye*

To my Bffs.....ape lagi? jgn nak tercengang2 bace dan buat2 tak faham, as if kamu semua bukan MOH cum Bridesmaid.

Ye, mmg kamu lah Maid of Honor saye, pengantin perempuan bernama Aini Qamariah Binti Mohd Yusof *cekakpinggang* pada 30th April and 1st May nanti..amacam? *angkatkeningsebelah*

To my pengapit : Syazana Nadiah (cousin)
My Bridesmaid : Siti Hernani Jauneh, Rashida Najihah Mohd Yusuf, Emy Suraya Nor Azizi

Please READ this entry from blogger ZLA, so nanti hari kenduri aku, korang tidak seperti Ratu Cantik atas Red Carpet lantas membiarkan muka ku berserabai seperti perempuan meroyan...


Harap maklum.


Thanks to ZLA for this good tips!


:)

Bride's Journey Begins : Kad Kahwin and Wedding Favor Box

Dengan hati yg gembira yg teramat, aku nak inform yg kad telah pun siap. Perghhh....aku dan En. Azuan aje yg tau betapa penantian kad ni satu penyiksaan batin!

Ok, kad ni ade cerita disebaliknya, semua tau vendor kad kahwin aku kan? SeriSireh. At first, aku dah pun hantar request, then dorang hantar la design kad. Masa tengk design kad tu (poster film), memang aku rase jantung luruh, mcm nak pitam. bahahhaha Alangkan rock kapak pun aku tak minat, inikan pula ayat2 jiwang2 ala2 lagu dalam rock kapak yg hanya diminati oleh En.Azuan sahaja. Perlukah aku letak gambar kat sini? Tak payah laaa.....ade ayat mcm "mahligai cinta, aini&azuan" ekekekekekek apekah?

Aku terus agak2 buntu (hampir2 ade huruf T kat perkataan tu), dan actively berfikir mcm mana nak buat kad aku jd elok and tak buat org gelakkan aku. masa tu betul2 ada 2minggu before date aku akan collect kad tu. Hah, sengal kan?

Well, mcm biase la, bila dah tersekat otak ni, hanya BFF yg boleh membantu. Terus aku email kan design kad tadi pada BFF aku, Nani the angel.. (bodek sudaaa). Mcm yg aku dah jangka, dia telah memaki hamun kad itu..bahahahah relax beb, baru draft, maybe bukan taste kita..kuikuikui..Saje je aku kasi die, sebab aku tau, dia kalau tgk bende merapu, last2 mesti dia offer diri utk tolong aku, and, seperti yg dijangka ayat dia mcm ni "Sudah la, biar aku aje yg design, kamu tunggu, malam nanti aku kasi kad kamu! Aku design lagi cantik kot!" ekekkekekekekekekekke :))

Hasilnya, lihat lah dunia : Tu design asal yg nani buat..after aku suruh vendor kad aku ikut design Bff Nani, jadi mcm ni hasilnya.. :) ok lah kan? Dan...pada 2hb April 2010 yg lepas, aku telah collect kad dan V-box utk tetamu aku, ini lah dia...Last sekali, bunting utk my wedding designed by SeriSireh which aku tak minta tukar sebab malas, heheheheh ok aje lah... ni dia :
Ok, sekian entry kali ini! :)

Bride's Journey Begins : Hunting for Tiara, and jeweleries for bersanding

Dahling2 sekelian..

Memandangkan baju telah di buat, tidak menyewa...dan tiada mak andam or pak andam dlm kamus journey aku (which is unexpected), terpaksa laa aku pergi cari hiasan2 yg berkenaan, mcm veil, tiara dan sebagainya.. :)

pergi la dekat butik pengantin, ingat nak laa sewa sehari kan, boleh plak yg paling murah adalah RM250...apekah? boleh beli sendiri tau!

Kaedahnye, aku gagahkan kaki lepas balik keje kerah En.Azuan bawa jugak aku g jalan TAR, nak beli segala perhiasan utk dia dan aku...

Ok, ini dia segala set tersebut, tiara, veil, necklace and earing! :)
ni kalau close-up :
Rantai untuk bersanding
Ni pulak gambar aku yg tiba2 jadi model selepas beli barang2 hiasan En.Azuan.. MOTIF???????? aku pulak jadi model..
Abaikan muka berminyak dan aksi yg mengundang penampar itu..
Sekian entry kali ni ok! :)

Bride's Journey Begins : Hunting for Chocolate Fountain

Konon2 mcm ni lah yg akan terjadi :P

Ladies,

Since i've started to prepare for my wedding, aku dah asyik terfikir berape tinggi cake pengantin yg aku nak potong. Haruskah setinggi cake bantal Mawi Ikin? atau sehebat cake Dato' CT dan Dato' K? Bahhahahahahah berangan lah kau Aini duit ade tiga posen aje!

So i did blog walking, jalan2 tgk blog bridezilla and ex-bridezilla....cari punya cari punya cari, tiba2, ternampak 1 iklan yg best (gambar yg best sebenarnya), CHOCLATE FOUNTAIN!! huhuhu terus terpadam semua cake 8 hingga 10 tingkat dalam otak aku selama beberapa bulan ni.. terus mcm org gila cari kat mana boleh beli bende ni..dan akhirnya.... ini lah dia..
Chocolate Fountain menggantikan kek 50 ratus tingkat *konon*

Harga? sama macam korang tempah kek 4 tingkat.. :) bezanya, aku boleh buat lagi bende ni sambil tgk tv kat umah bila majlis kahwin aku dah pun jd sejarah.. hehehehe :)

nanti cite lagi.. :) kite tggu hasilnya nanti on 1st May!

April 6, 2010

Bride's Journey Begins : Hunting for Pelamin


Ok..dah penah tgk entry pelamin idaman? Ok2, sekarang dah dapat vendor pelamin, dari RYN's Avenue, Shah Alam. Tengok dalam majalah Pengantin, iklan dia mesti ada :)


abaikan camera hp yg hanya 5mp ini..huhu

Ni lakarannya, harga sgt ok :) kite tgk nanti hasilnya k.. wish me luck! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...